WANITA DALAM PENULISAN AS-SYEIKH DR. YUSOF AL-QARDHAWI DARI KACAMATA INTELEKTUAL DAN ULAMA'



المرأة في كتابات الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي مفكرا و فقيها
أ. وسيلة خلفى

(WANITA DALAM PENULISAN AS-SYEIKH DR. YUSOF AL-QARDHAWI DARI KACAMATA INTELEKTUAL DAN ULAMA')

PEMBENTANG : SHARIFAH INTAN SYAFINAZ SYED JASIN

1) PENGENALAN ISU MASYARAKAT ISLAM MENURUT PANDANGAN INTELEKTUAL DAN ULAMA'
1- Perbezaan di antara pemikiran Islam dan Fiqh Islam
Fikr Islam: Pandangan seseorang muslim yang berlandaskan wahyu.
- setiap perbahasan yang berkait rapat dengan realiti kita masa kini, dari segi pengetahuan, ilmu. Politik, ekonomi dan masyarakat.
Fiqh Islam: Ilmu tentang hukum-hukum Syariah berdasarkan dalil-dalil tafsiliah.
-Hukum-hukum tentang Aqidah dan Akhlak terkeluar, setelahmana definisi ini disempitkan.

2- Kesan memisahkan qadaya Fiqh daripada qadaya Fikr
-sesetengah ulama; telah menyempitkan sesuatu hukum, contohnya: fatwa nisa'.
Kerana sesuatu perbincangan lebih tertumpu kepada individu tanpa diluaskan skopnya.
-Oleh yang demikian, Dr. Yusof Al-Qardhawi telah meluaskan makna Fiqh itu dengan wujudnya: Fiqh Aulawiyat, Fiqh Muwazanah, Fiqh Maqasid, Fiqh Ikhtilaf, Fiqh Siasi dan sebagainya.
-Dalam penulisan beliau, beliau akan menggabungkan diantara Fiqh dan Fikr (wasatiah).

2) ANTARA PEKARA ASAS YANG DIBINCANGKAN OLEH AS-SYEIKH DR. YUSOF AL-QARDHAWI TENTANG WANITA:-
1- Wanita adalah insan.
-Islam memuliakan wanita: dengan persamaan yang wujud diantara kedua-duanya.
-Akan tetapi, terdapat sebahagian hukum yang khusus kepada wanita.Contohnya: Mirath, kepimpinan, Syahadah dan Talak.
-Sesuatu perkara ditegah kepada wanita bertujuan sebagai "saddu Zaraai'" atau "al-ihtiyat".

2- Penulisan yang merendahkan wanita yang bertentangan dengan pandangan Islam yang sahih.
-Terdapat penulisan-penulisan yang bertujuan untuk merendah atau menghina wanita.
-Contonhya, "wanita adalah salah satu panahan daripada panahan syaitan"- wanita itu fitnah, perhiasan dan sebagainya.
-Terdapat juga hadith-hadith makzub dan tidak sahih yg dijadikan sebagai hujah atau dalil.
-Salah tafsir .

3- Perbezaan di antara fatwa nisa' yang berdasarkan wahyu dan perkara-perkara yang dibenarkan oleh u'ruuf(suasana).
-Dalil Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW adalah wahyu yang terpelihara.
-Ijtihad, pandangan dan Istihsanaat adalah perkara-perkara yang boleh diterima dan ditolak.Perkara ini adalah berdasarkan suasana (uuruf) hari ini, selagimana ia tidak melanggar maqasid nusus.
-Contohnya; wanita hari ini dibenarkan untuk keluar bekerja, belajar pelbagai ilmu, selagimana dia memelihara batas-batas Syariah
-Jika sesuatu pandangan masih relevan pada masa kini, perkara tersebut harus dipelihara.
-Contohnya; wali ijbar.

4- Himpunan fatwa nisa' diantara Fiqh Nusus dan Fiqh waqi'.
-Kepentingan mengumpulkan nas-nas, pengetahuan mendalam tentang Bahasa Arab, Maqasid Fiqh, sebab-sebab penurunan sesuatu nas kepada golongan pentafsir dan syarahan hadith.
-Contohnya; sentuhan(al-lams), adakah ia lafaz hakiki atau majazi?, safar mar'ah, perkahwinan muslim dengan ahli kitab, perkahwinan misyar dan sebagainya.

KESIMPULANNYA:-
-Sesungguhnya, Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi telah mengajar kita, bagaimana untuk berbicara sebagai seorang pendakwah, sebagai seorang mufti, Fikr dan Fiqh, dan tika mana kita berhadapan dengan golongan awam serta golongan mutakhassisin.

"Wanita, bukan kaca, tetapi kilauan mutiara, carinya dijejak dalam lautan, gadainya sukar dilepaskan, simpannya dalam kotak kalbu, letaknya bukan untuk dijijak, tapi untuk disemat, dipahat, dilentur dengan acuan Quran, disuci dengan sunnah, disayangi seluruh makhluk, andai malu menjadi penghias diri, andai alpa tidak selubung kotak akal"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini