Keperluan Tajdid Di Dalam Islam


Perkataan tajdid ini,kadang-kadang membimbangkan sebahagian pencinta Islam, “apa lagi yang perlu ditajdid,apakah sudah tidak cukup tulisan ulama-ulama dahulu di dalam urusan agama,apa yang kita ingin tajdid?. Itu kebimbangan mereka. Jadi penjelasan tentang tajdid ini perlu diperjelaskan agar kita tidak terkeliru dengan apa yang kita seru ini dengan seruan-seruan golongan liberal yang ingin mengubah hukum hakam Islam di atas alasan yang sama seperti ingin mengubah matahari dan hari.

Tajdid yang kita inginkan ialah menambahkan apa yang masih kurang dan mempercantikan apa yang cacat tanpa kita menggugat usul agama kita. Tajdid yang kita ingin kan ialah menghidupkan pintu ijtihad kepada ulama untuk berijtihad di dalam perkara-perkara baru yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama silam dan ia disebut sebagai ijtihad ibtidai atau insyaie. Dan dalam memperelokan benda yang cacat,ia perlu kepada ijtihad tarjihi atau intaqaie di mana ia berlaku dalam bentuk pemilihan daripada pendapat-pendapat ulama silam yang sesuai dengan zaman dan kawasaz dan bersifat mudah tidak bercanggah dengan maqasid syarie tanpa terikat dengan mana-mana mazhab tertentu sebaliknya mengambil kebaikan daripada semua mazhab yang wujud.
Rasullah pernah bersada.

“ Allah Taala akan mengutuskan bagi umat ini setiap awal seratus tahun seorang mujadid yang mentajdidkan urusan agama umat ini.
Jadi tajdid ini tidak akan berlaku melainkan membuka pintu ijtihad kepada ulama untuk berijtihad pada perkara-perkara yang dibolehkan berijtihad. Ia tidak boleh dilakukan oleh orang yang biasa yang tidak ada asas bahasa arab.

Gerakan tajdid ia boleh berlaku dalam bentuk individu,kumpulan,jemaah,tidak terhad pada individu tertentu, tetapi yang lebih penting di dalam membincangkan siapa mujadid,lebih baik dibincangkan apakag peranan kita di dalam mentajdid untuk Islam. Banyak perkara yang boleh ditajdidkan dan perlu di tajdidkan seperti cara berdakwah,perkataa-perkataan yang sesuai untuk berdakwah,ini berhajat kepada tajdid sehingga boleh diterima oleh madue-madue.(orang di dakwah.

Sesungguhnya gerakan tajdid ini bukan membuang asas-asas Islam sebalik ia berperanan untuk mencantik-mencantik luaran-luaran Islam yang banyak dikotorkan dengan bidaah-bidaah dan tomahan terhadap Islam. Mangga tetap mangga yang sama tetapi diwarnakan dengan warna yang baru seperti kata penyair islam muhamad iqbal. Ustaz Fauwaz Fadzil

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini