Fiqh : Hiburan & Rekreasi

“ Tarian “

( a_syierra88 @yahoo.com )

Tarian merupakan salah satu warna-warni yang menghiasi dunia hiburan sejak zaman-berzaman. Setiap ketamadunan bangsa pasti memiliki seni tarian yang berbeza-beza mengikut adat dan tradisinya yang tersendiri.

Tarian : merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

Kita tidak boleh mengatakan tarian itu semua dibolehkan dan kesemua tarian itu dilarang kerana seni tari lahir dari fitrah kejadian manusia itu sendiri. Pergerakan harian manusia sentiasa diiringi dengan seni tarinya yang tersendiri bermula dari dia bangun dari tidur sehingga dia berbaring semula untuk tidur. Kesemuanya dihiasi dengan pergerakan cuma ia tidaklah dikira sebagai satu jenis tarian kerana tidak diiringi dengan pergerakan dan muzik tertentu.

Jadi Islam meletakkan garis panduan dengan bergantung kepada jenis tarian dan individu yang menari.

Di dalam kitab karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi ini, beliau telah mengkategorikan hukum tarian seperti berikut :

1. Tarian yang Dibenarkan dalam Islam.

2. Tarian yang Dilarang dalam Islam.

Subtopik 1 : Tarian yang Dibenarkan dalam Islam.

Diantara tarian yang dibenarkan ialah tarian lelaki sewaktu perayaan ( tarian kebudayaan ) dengan syarat tidak mendedahkan aurat, tiada unsur pengejian dan pemujaan terhadap sesiapa, tidak melewati waktu solat/ urusan-urusan wajib, serta tidak menghilangkan nilai moral dan akhlak yang diseru oleh Islam.

Ini berdasarkan dalil yang jelas : Pada suatu hari raya, sekumpulan lelaki Habsyah telah mengadakan persembahan tarian dengan lembing di dalam Masjid Nabawi dengan disaksikan oleh baginda s.a.w sendiri. Bahkan Rasulullah s.a.w turut memberikan galakan dan merai akan persembahan itu dengan sabda baginda : (( Dunakum Ya Bani Arfadah )).

Ada beberapa lagi dalil yang disebut di dalam buku ini.

Tetapi yang paling asasnya ialah Islam tidak melarang sebarang bentuk tarian kebangsaan dan kebudayaan selagimana menepati syarat yang telah digariskan.

Selain itu Islam membenarkan, tarian wanita meraikan hari perkahwinan bersama dengan pengantin perempuan dengan syarat mereka mengadakanya sesama kaum wanita sahaja dan tidak menjurus kepada maksiat.

Subtopik 2 : Tarian yang Dilarang dalam Islam.

1. Tarian Wanita Timur

Tarian ini dilarang kerana ia adalah sejenis tarian yang menjadi satu kerjaya professional ( penari kelab )bagi wanita dengan pergerakan-pergerakan yang menggeliang-geliut seperti ular yang memberikan kesan erotism kepada kaum lelaki yang menontonnya dan menghabiskan wang demi menikmati tarian tersebut. Tambahan pula, penampilan yang ditonjolkan adalah menggiurkan dengan pemakaian yang mendedahkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan seolah-olah dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kaca putih jernih.

2. Video Klip

Mutahir ini, dunia hiburan semakin canggih dengan kehadiran video klip yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Bahkan ia lebih berbahaya dan memberikan impak yang buruk terhadap umat Islam memandangkan penghasilan video klip adalah secara bebas dan terbuka. Tarian yang ditarikan oleh wanita dengan pergerakan-pergerakan yang memalukan dan diiringi dengan lagu dan muzik. Bagi mereka adalah ia adalah kesenian yang sebahagiannya adalah kegilaan. Bukan sekadar tarian secara biasa malahan tarian berbentuk horizontal ( berbaring ). Paling menyedihkan ia menjadi satu bentuk perniagaan yang memberikan keuntungan yang lumayan!

3. Tarian Ballet

Tarian jenis ini mula dipopularkan di Itali, kemudian mula berkembang sehingga ke Perancis dan ia kini menjadi salah satu jenis tari yang begitu digemari oleh dunia. Ia merupakan sejenis tarian yang menggabungkan muzik, drama,syair dan konsep pemakaian yang tertentu. Tarian ini memerlukan kelincahan, kelembutan dan ketangkasan bagi penarinya.

Islam tidak menghalang sekiranya tarian ini hanya sekadar untuk riyadhah dan hanya bersama kaum sejenis sahaja. Namun bagi kaum lelaki, sekirnya ia menutup aurat maka tiada larangan bagi mereka untuk dipersembahkan di kalangan umum.

4. Tarian berpasangan

Tarian jenis ini amat popular di Negara-negara Barat. Kita dapati tarian ini menyebabkan wanita akan kelihatan berpelukan dengan lelaki ajnabi dan tarian ini akan diiringi muzik yang mendayu dan mengalunkan. Bagi bangsa Barat, bertukar-tukar pasangan adalah satu kebiasaan dan melambangkan keterbukaan.

Ini merupakan satu kefahaman yang merosakkan pemikiran umat Islam sedangkan Islam itu sendiri telah mengharamkan melihat wanita dengan syahwat, berdua-duaan tanpa muhrim, bicara yang membawa kepada syahwat inikan pula dengan tarian yang saling bersentuhan kulit dan memberikan kesan erotisme kepada kaum lelaki!

Sesungguhnya Islam itu meraikan kesenian tetapi bukan keseniaan yang melampaui batas-batas moral sesama manusia dan menghilangkan kesucian seni itu sendiri.

WaAllahu`alam.

Oleh Saudari Hasanah

Kaherah, Mesir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini