Bagaimana Seorang Pelajar Mengatasi Penyakit Tidur Dan Malas


Penyakit mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar.

Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.
Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.

“ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama
Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.

Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya
Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.

Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.

Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin
Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah.

Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

5: Berdoa
Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taalaagar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar

اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.

Muda-mudahan tulisan ini memberi menfaat kepada saya dan pembaca. Amin..

Ustaz Fauwaz Fadzil Noor

Dakwah Perubatan


Dakwah merupakan amalan yang paling mulia kerana ia merupakan warisan para Ambiya.
Kejayaan dakwah bergantung kepada pembawanya danmethod dakwah yang berjaya. Dan dakwah ini luas skopnya. Kita mahu dakwah ini diluakan konsepnya dan peranannya bukan setakat kepada orang yang belajar agama dan tempatnya di masjid sahaja. Kita mahu dakwah disebarkan dimerata tempat agar Islam tersebar diserata kawasan dengan luas dan mudah.

Perubatan pula salah satu ilmu sains yang mulia di mana ia di antara ilmu-ilmu yang sukar dipelajari dan berhajat kepada pelajar yang pintar dan rajin. Maka ilmu ini di anggap mulia dan dituntut untuk dipelajari.

Maka alangkah indahnya kalau digabungkan dakwah dan ilmu perubatan menjadikan kecantikan itu bertambah cantik.

Bagi saya,doctor mempunyai peranan yang besar di dalam dakwah Islamiah samada dalam bentuk menyedarkan pesakit tentang ibadah,mengingatkan diri kepada Allah,berdakwah kepada orang bukan Islam dan banyak lagi.

Dan di sini saya ingin menyebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan dakwah perubatan dan akhlak-akhlak yang perlu dihiasi oleh ahli perubatan.

Pertama: Doktor Atau Pembantu Ahli Perubatan Perlu Menyemaikan Akidah Dan Cinta Kepada Allah Taala Dikalangan Pesakit.Di sini kita nampak peranan doctor atau pembantunya terserlah apabila di dalam keadaan seseorang lemah keyakinannya atau semangatnya ,seseorang doctor itu boleh mengambil kesempatan untuk menanam akidah yang kuat di dalam hatinya.

Doctor bukan setakat memberi ubat bahkan dia membina akidah yang kuat kepada para pesakit apatahlagi sekiranya pesakit itu adalah kanak-kanak. Yang sangat
penting,setiap kali tindakan yang dibuat oleh doctor,jangan lupa membaca bismillah kerana ia usulkepada semua kebaikan dan ia mampu membantu setiap tindak tandukdoctor dalam masa yang sama ia menunjukkan satu contoh yang baik kepada pesakit bahawa doctor hanya mampu merawat dengan izin Allah Taala.

Kedua: Membina Kesedaran Ibadah Di kalangan Pesakit
Para ahli perubatan bertanggungjawab bagi memastikan setiap pesakit yang berada dihospital sentiasa menunaikan solat melainkan di dalam keuzuran seperti koma, ini merupakan satu perkara yang pentingkerana kita tidak mahu ahli perubatan menjadi doctor semata-semata sebaliknya dia perlu menjadi
pendakwah yang berperanan mengajak orang beribadat kepadas Allah.

Pihak hospital juga perlumenyediakan peralatan untuk pesakit-pesakit untuk menunaikan solat, bagi saya kewujudan pegawai agama di dalam hospital-hospital perlu diwujudkan untuk membantu pesakit-pesakit menunaikan ibadat yang kita lihat USM Kelantan.

Sekiranya ahli perubatan berjaya melaksanakan tugas ini, mereka telah menyelamatkan orang ramai daripada murka Allah Taala, bahkan mereka membawa kepada hubungan kuat dengan Allah,

tatkala mereka sakit pun ,mereka perlu berinteraksi dengan Allah. Betapa cantiknya suasana ini.

Mempelajari Bahasa Arab


Terdapat seorang sahabat meminta cara bagaimana untuk memahami bahasa arab. Maka di sini saya menyatakan bahawa cara memperolehi bahasa dia mempunyai kaedah terutamanya bahasa arab.

Saya bukanlah orang yang pakar bahasa arab tetapi saya pencinta bahasa arab dan saya berakidah bahawa bahasa arab adalah bahasa yang paling afdal lebih daripada semua bahasa.

Sebahagian ulama meminta menghafaz syair-syair untu kita memperolehi bahasa,apabila kita mengahafaz banyak kalimat,ia membina keupayaan kepada akal kita untuk berbicara,sebab bahasa terbina daripada menghafaz dan bercakap. Guru bahasa arab di mesir( syeikh Ahmad Jawish) berkata kepada saya menukilkan kata-kata gurunya, احفظ وقل إن الكلام من الكلام ertinya hafaz dan bercakap,sesungguhnya percakapan itu daripada perkataan.

Terdapat ulama menyebutkan untuk berbahasa arab perlu ingat 1000 kalimat, sebahagian ulama mesir berkata seseorang itu mesti hafaz 3000 kalimat dan 300 jumlah ayat. Maka dengan itu kita akan mampu bercakap dengan baik.

Kita peru mengetahu bahawa bahasa arab ada lebih kurang 6 juta 6ratus kalimat, bererti perjuangan kita untuk mendalami bahasa arab amat panjang,tidak hentinya, gigalakan juga menhajafaz kamu seperti mukjam wajiz atau wasit.

Sesungguhnya kalau kita ingin menguasai bahasa arab kita kena mendengar,menghafaz dan bercakap, kalau ingin menulis bahasa arab kita kena rajim membaca buku-buku arab.
Disamping itu kita perlu mempelajari ilmu nahu dan sorof , untuk memperkuatkan bahasa kita.

Jadikan syiar kita membaca dan bercakap bahasa arab. Cintailah bahasa arab ,perjuangkan bahasa ini. Insyallah akan mendapat keberkatan.

Ustaz Fauwaz Fadzil

Sadduzzarai'


Qaedah Sadduzarai’

Qaedah sadduzzarai’ adalah qaedah bagi hukum yang penting bagi menentukan hukum syarie bagi di sisi jumhur ulama.

Tetapi di sana kadang-kadang penyalahgunaan qaedah di ia diguna terlampua meluas disebabkan banyak benda harus menjadi haramn walaupun kadang-kadang perkara itu tidak sepatutnya diharamkan khususnya dikalangan yang tidak mempunyai asas ilmu yang kuat.

Di sini saya inginkan menukilkan kepada pembaca tentang masalah saduzarai’ yang dibincanhkan oleh ulama agar ia menjadi jelas dan menjadi panduan kepada mereka.
Azzariat dari sudut bahasa bererti wasilah yang digunakan untuk kepada sesuatu.
Dari sudut istilah usul: Ialah sesuatu yang membawa kepada sesuatu yang haram.
Takrif ini hanya merangkumi perkara-perkara yang haram sahaja berlainan dengan takrif Ibnu Qaiying m lebih luas: iaitu sesuatu wasilah yang membawa kepada sesuatu perkara, iaitu samada membawa kepada kebaikan atau maksiat.

Maka di sini kita bahagikan zariat kepada sadduzzarai’ dan fathuzzarai’. Seperti yang dinyatakan oleh allamah Wahbah Zuhaili.
Sadduzzarai’ bererti menutup jalan-jalan yang membawa kepada perkara-perkara yang haram.

Adapun fathuzzarai’ ialah membuka jalan-jalan yang membawa kepada maslahah.
Di sini kita rakamkan kata-kata Imam Qirafi:

اعلم أن الذريعة كما يجب سدها يجب فتحها وتكره وتندب وتباح، فإن الذريعة هي الوسيلة فكما ان وسيلة المحرم محرمة فوسيلة الواجب
واجبة كالسعي للجمعة والحج. وموارد الأحكام على قسمين : 1 : مقاصد وهي المتضمة للمصالح والمفاسد في أنفسها. 2: ووسائل وهي
،الطرق المفضية إليها، وحكمها حكم ما أفضت إليه من تحريم وتحليل، غير أنها أخفض رتبة من المقاصد في حكمها،
والوسيلة إلى افضل المقاصد أفضل الوسائل، وإلى ما يتوسط متوسطة ....


Untuk memahami masalah ini, kita perlu menyebutkan bahawa setiap perbuatan ia terdapat implikasi dan kesannya dan ia terbahagi kepada 4 bahagian:
1: Sesuatu yang membawa kepada kefasadan itu secara yakin, tidak ada keraguan.

2: Sesuatu yang membawa kepada kefasadan dalam keadaan jarang berlaku. Seperti menanam anggur, kadang –kadang berlaku lading anggur dijadikan untuk menghasilkan arak. Perkara seperti tidak haramkam sebab sangkaan kepada berlakunya haram sedikit.
3: Sesuatu perkara yang penghujungnya adalah kemudaratan,tetapi ia belaku secara zan,, maka ia dimasukkan kedalam yakin dan hukum juga haram. Contonya tidak boleh menjual senjata ketika waktu fitnah dan tidak aman.

4: Sesuatu perkara penghujungn adalah kemudharatn tetapi tidak secara yakin atau zan, tetapi secara ramalan yang banyak kira-kira 60 peratus keburukan akan berlaku.
Dalam perkara ini, terdapat khilaf dikalangan ulama.

Sebahagioan ulama menyatakan saaduzzrai’ dipakai ketika itu maka setiap setiap akad muamalat yang terdapat sangkaan membawa kepada riba akad itu terbatal, sebahagian ulama tidak mengunakan sadduzzara; maka akad itu tidak terbatal, atau sesuatu perkara itu tidak diharamkan disebabkan sangkaa itu.

Imam Abu Zahrah menyatakan , tidak kita boleh belebihan di dalam zarai’ . bagi saya(fauwaz) akan membawa kepada kesusahan yang banyak, Islam adalah agamayang mudah dan rahmat.

Maka Saaduzzarai’ ini digunakan dalam keadaan yang terdapat implikasi yang buruk sekirang kita membolehkan perkara wasilah yang membawa kepada kefasadan,
Seperti mana seorang nelayan dia akan naik bot ke laut apabila tenang atau pada sangkaan dia akan selamat. Begiulah ,sekirang keadaan masih ok, tidak ada keyakinan atau zan menyyatakan akana berlaku kerosakan, muka keadaan tetapi menjadi harus dan tidak haram.

Di sini kita nak ingat bahawa orang boleh menggunakan sadduzara; adalah ulama yang pakar bukannya orang –orang biasa. Kita ingin menasihatkan para pelajar agar berhati-hati dalam mengeluarkan pengharam tanpa alas an yang kuat.
Mudahan penerangn yang ringkas ini dapat membuka minda dan member ilmu kepada mereka yang memerlukan.

Artikel Tambahan :

Hadis Jumaat

Saya terbaca buku Syeikh Taha Jabir Ulwani, tentang tajdid dan tajmid dalam pendidikan Islam di mana beliau, orang-orang dulu belajar simple, kadang belajar di bawah pokok,tetapi mereka menfaat dengan memahami dan dapat menyebarkan ilmu kepada orang. Yang kita nak fikirkan.

Kita sekarang belajar dengan pelbagai tetapi tahap ilmu kita tidak seperti orang dulu, kemudahan macam-macam, buku banyak,guru pun ada, duit pun ada, tetapi sumbangan kita kepada berdasarkan penyampaian ilmu yang amanah dan tepat tidaklah seperti dulu. Sepatutnya kita lebih hebat daripada orang dulu berdasarkan kemudahan yang adamtetapi minat kita dalam menuntut dan membaca tidak seperti orang dulu, sifat berseronok dan malas merupakan symbol kita.

Berapa ramai pelajar yang menjadikan hobinya membaca,berfikir dengan panjang terhadapt buku yang dibaca, kalau dikira tidak begitu ramai. Entahlah apa yang kita perlukan untuk mentajdid pengajian Islam menjadi pengajian yang dihormati seperti dulu.

Ustaz Fauwaz Fadzil Noor

FENOMENA BERLAMPAUAN DALAM MENGKAFIRKAN ORANG


(ZHOHIRATUL GHULU FI TAKFIR)
OLEH: DR YUSOF AL-QARADHAWI (BAHAGIAN PERTAMA)

MUQADDIMAH

Di dalam kitab kecil setebal 94 mukasurat ini, Dr Yusof Qaradhawi telah menerangkan fenomena baru ini yang berlaku selepas zaman kebangkitan atau ‘ahdi thaurah’ yang melanda Mesir sekitar tahun 70-an. Beliau telah diasak dengan pelbagai persoalan dari pelbagai lapisan masyarakat antaranya terdiri daripada bekas banduan yang merupakan ahli Ikhwan Muslimin dan juga golongan pemuda yang inginkan penjelasan mengenai keadaan berpecah belah yang semakin parah ketika itu;

1) Kepincangan ini telah dimulakan oleh golongan yang berfikiran bebas yang terlampau tanpa mengira siapa. Mereka menggunakan media untuk menghujum golongan yang lain sesuka hati sehingga ke tahap kafir, fasiq dan pembuat maksiat.
2) Golongan ini juga tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh apatah lagi bertaqwa.
3) Sesetengah kitab yang ‘bertopengkan Islamiah’ mengupas fenomena ini secara tidak sedar telah membawa benih-benih pengkafiran dan ‘melindunginya’ dgn ungkapan yang enak dan panas.

Maka masyarakat ketika itu terdidik dengan fikrah ini sehingga memandang golongan yang telah dihujum ini dengan pandangan serong. Akhirnya golongan yang telah dihujum ini telah mengalami masalah komunikasi yang teruk; Mereka tidak dapat solat bersama dengan orang yang berlainan fikrah dan pegangan politik. Akibat yang paling besar adalah apabila mereka menghukum kerajaan dengan kafir kerana bagi mereka kerajaanlah yang berdiri di belakang golongan yang menghujum mereka semata-mata kerana mereka telah menyeru ke arah perintah Allah. Kemudian mereka mengambil sesetengah nas secara zahir ;

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Al-Ma’idah ayat 44.

Mereka mengutip semua hadis-hadis yang berkaitan sehingga sampai ke suatu tahap mereka berkata: “Sesiapa yang tidak menerima fikrah ini yang mana telah disertai dengan dalil-dalil (yang sebenarnya telah dipilih dengan kaedah yang salah) adalah kafir. Sesiapa yang tidak mengkafirkan golongan kerajaan adalah kafir kerana syak di dalam mengkafirkan golongan kafir adalah kafir, sama seperti syak ketika mengkafirkan golongan Musyrikin, Yahudi, Nasrani dan Majusi.”

Maka bermulalah era buruk di dalam sejarah sosial negara ini. Syeikh Hasan al-Hudhaibi R.A.H yang merupakan salah seorang pemimpin IM ketika itu telah mengetahui perkara ini ketika beliau di dalam penjara dan beliau terus menolak fikrah ini dengan berkata : “Kita adalah pendakwah bukannya hakim” Ini adalah kerana pekerjaan sebagai seorang pendakwah dan hakim mempunyai perbezaan yang sangat ketara.

Justeru di dalam kitab yang kecil ini Dr Yusof Qaradhawi telah membahagikan kepada beberapa bahagian yang menerangkan secara terperinci sebab-sebab utama berlakunya fenomena ini, kesan-kesannya dan cara-cara untuk mengatasinya.

1) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA FENOMENA INI

Dr Yusof Qaradhawi telah menyenaraikan sebab-sebab yang menyumbang ke arah masalah ini adalah;

1) Tersebarnya fikrah kekufuran dan kemurtadan secara terang-terangan di dalam masyarakat Islam pada ketika itu dan golongan ini telah menyebarkan perkara-perkara yang batil atau serong mengenai agama Islam dengan menggunakan pelbagai kemudahan media tanpa mengambil kira pendapat golongan yang menolak pemahaman mereka.
2) Sikap sambil lewa dan ambil mudah oleh sesetengah Ulama’ dalam mengatasi golongan ini.
3) Penekanan yang hebat diberikan kepada pendakwah bebas yang membawa fikrah Islamiah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
4) Ketandusan golongan pemuda yang mahir dalam ilmu Fiqh Islami dan Usulnya. Mereka juga tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk mendalami ilmu Islamiah dan ilmu bahasa atau lughawiyah yang mana telah menjadikan mereka berpegang kepada sesetengah nas tanpa nas yang lain, begitu juga dengan perkara-perkara yang syubhat dan juz’iyat tanpa memahami qawa’id kuliyyat, maka ini akhirnya menjadikan mereka berpegang dengan sesuatu fikrah secara membuta tuli tanpa mempunyai kefahaman yang tepat mengenainya.

Sedangkan keikhlasan semata-mata dalam mematuhi sesuatu fikrah tidak mencukupi selagi mana tidak disandarkan dengan kefahaman Fiqh yang mendalam.

Imam Hasan al-Basri telah berkata: “Seseorang yang beramal tanpa ilmu ibarat seorang yang berjalan tanpa arah. Seseorang yang beramal tanpa ilmu lebih banyak memusnahkan daripada mengislahkan, maka tuntutlah perkara ilmu tanpa memudharatkan perkara Ibadat dan tuntutlah perkara Ibadat tanpa memudharatkan perkara Ilmu…”

2)GOLONGAN YANG BERHAK DIKAFIRKAN:

Kita harus sedar siapakah yang sebenarnya harus dikafirkan. Mereka adalah golongan yang terang-terangan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam. Di sisi Islam mereka dinamakan golongan ‘Munafik’ iaitu golongan yang beriman hanya di mulut tetapi tidak di hati. Mereka juga boleh dikenali dengan amalan dan perbuatan mereka yang tidak Islam. Walau bagaimanapun, golongan yang wajib dicop sebagai kafir tanpa ragu-ragu lagi adalah:

1) Golongan Komunis yang membawa ideologi komunisme yang bertunjangkan falsafah dan undang-undang kehidupan yang jelas bertentangan dengan ‘aqidah Islamiyah dan pensyari’atannya serta nilai-nilainya. Mereka juga menganggap golongan yang mempunyai agama adalah candu atau racun masyarakat. Secara umumnya mereka menyifatkan semua agama sebegitu namun secara khususnya mereka menyifatkan agama Islam sebagai agama yang membawa permusuhan dan kebencian.
2) Pemimpin-pemimpin berfahaman Sekular dan juga ahli parti politik yang berfahaman sekular yang secara berterangan menolak syari’at Islam. Mereka berpendapat bahawa sesebuah negara harus dipisahkan dari agama. Jadi golongan yang menyeru kepada meyahut perintah Allah dan Rasul-Nya harus ditentang habis-habisan.
3) Ashab an-Nihal atau golongan agama sesat yang telah keluar daripada agama Islam secara terang-terangan seperti al-Duruz, an-Nashiriyah dan al-Isma’iliyah dan lain-lain kumpulan yang sesat. Imam Ghazali menyifatkan mereka sebagai ; Golongan yang secara zahirnya menentang atau menolak tetapi secara batiniahnya mereka kafir secara mutlak. Ibnu Taimiyah pula menyebut; Mereka ini lebih kafir daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Contoh-contoh daripada golongan ini di zaman kita adalah seperti aliran Bahaisme yang merupakan agama baru yang dicipta dan juga hampir menyerupai al-Qodiyaniyah yang muncul dengan ideologi kenabian selepas kenabian Muhammad S.A.W yang merupakan penamat para nabi. Jika di Malaysia, pengikut Ayah Pin turut termasuk dalam golongan ini.

3)KEWAJIBAN MEBEZAKAN ANTARA UMUM ATAU JENIS DAN INDIVIDU YANG TERTENTU:

Kita harus memberikan perhatian yang serius seperti mana yang dipesan oleh para Ulama’ apabila membicarakan mengenai kafir dari sudut secara umum (nau’iyah) atau individu (syaksiah) kerana terdapat perbezaan yang besar antara dua perkara tersebut.

Apabila kita mengatakan golongan Komunis adalah kafir atau pemimpin-pemimpin berfahaman sekular yang menolak Islam adalah kafir atau sesiapa yang mengatakan sedemikian rupa dan menyeru kepada sedemikian perkara adalah kafir, maka ini dinamakan sebagai hukuman yang diletakkan secara umum.

Namun apabila kita mengaitkan perkara-perkara seperti tadi (iaitu kafir) kepada seseorang individu atau peribadi yang tertentu maka kita wajib berhenti sebentar untuk meyelidik dan memastikan tohmahan tersebut samada benar atau tidak dengan menyoal individu tersebut dan berbincang dengannya, sehinggalah kita mendapat hujah yang kuat tanpa sebarang keraguan. Dalam perkara ini Ibnu Taimiyah telah memberikan contoh seperti nas-nas yang berbentuk ancaman, antaranya:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” Surah an-Nisa’ ayat 10.

Sesungguhnya nas-nas berbentuk ancaman ini adalah benar, tetapi seseorang individu yang melakukannya tidak boleh dikatakan atau digelar sebagai penerima ancaman tersebut, dan dia juga tidak boleh digelar sebagai orang-orang yang pasti akan menjadi ahli neraka. Kerana boleh jadi ada syarat-syarat yang hilang atau tidak cukup atau ada penghalang dalam perbuatan yang dilakukannya. Mungkin hamba Allah tersebut akan bertaubat dan melakukan amal kebajikan sehingga menyebabkannya terlepas daripada menerima hukuman.

Imam-Imam dalam banyak mazhab telah berpegang dengan kaedah yang terperinci ini untuk membezakan antara umum atau jenis dan inidividu yang tertentu. Dapat kita lihat di sini, semua kaedah yang terperinci ini harus dilalui dalam menetapkan hukum kafir, oleh itu, bagaimana mungkin seseorang muslim menghukum rakyat yang bertashid dengan kalimah ‘LA ILA HA ILLALLAH WA ANNA MUHAMMAD RASULULLAH’ sebagai kafir?

Sesungguhnya sesiapa yang berikrar dengan dua kalimah syahadah ini maka darah dan harta mereka adalah terpelihara kecuali dengan hak-haknya, dan hanya Allah yang berhak menghisab mereka. Kita hanya mampu melihat zahir orang lain tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara sebenar.

4) BAHAYA MENGKAFIRKAN ORANG

Apabila fenomena ini melanda masyarakat, maka ia memberikan impak yang sangat besar kepada individu yang telah dituduh sebagai kafir tersebut. Perkara yang akan berlaku kepada seorang kafir adalah:

1) Tidak boleh bersama dengan isterinya. Mereka wajib berpisah kerana seorang muslimah tidak boleh menjadi isteri kepada seorang kafir.
2) Anak-anaknya tidak boleh tinggal bersamanya kerana dikhuatiri akan terpengaruh dengan kekafirannya.
3) Hilang hak untuk tinggal dan pertolongan dari masyarakat Islam.
4) Wajib dibicarakan oleh Hakim Islami atau Syar’ie untuk memastikan bahawa dia benar-benar telah murtad.
5) Jika mati, hak-haknya selepas mati tidak boleh ditunaikan seperti orang Islam, maka mayatnya tidak boleh dimandikan dan disembahyangkan serta dikebumikan secara Islam. Harta-hartanya juga tidak boleh dibahagikan secara ahkam mirath.

6) Akan mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T serta dilemparkan dari rahmat-Nya. Maka dia akan kekal di dalam neraka jahannam selama-lamanya.

5) KEWAJIBAN KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Betapa pentingnya kita kembali berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menghalang kepincangan ini daripada terus membarah dan menimbulkan lebih banyak masalah. Masalah ini boleh dihindari dengan memahami kaedah-kaedah tertentu. Jika kita berpegang kepada pendapat sesetengah Ulama’ maka kita harus mengetahui nas-nas yang digunakan agar tidak berpegang sesuatu perkara secara membuta tuli.

Oleh : Hakemah

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini