WASATIYYAH ISLAMIYYAH & TAJDID

WASATIYYAH ISLAMIYYAH & TAJDID:

“Al-Qaradhawi Misalan”

Wasatiyyah dan tajdid amat sinonim dengan Syeikh Al-Qaradhawi. Satu pertemuan talamiz dan ashab Al-Qaradawi telah diadakan di Qatar pada tahun 2007 mengiktiraf sumbangan beliau dan menabalkan beliau sebagai Imam dengan maksud beliau mempunyai manhaj tersendiri di dalam usul dan pemikiran sehingga mencambahkan khazanah furu’ fekah, pemikiran, dan rampaian dakwah yang kaya. Beliau sebagai teraju madrasah(aliran) feqh, pemikiran dan dakwah zaman ini mempunyai ashab tersendiri iaitu mereka yang sama manhaj usul dengan beliau sekalipun berbeza buah fikiran dengan beliau dan juga talamiz tersendiri iaitu mereka yang mengambil faedah ilmu dan belajar daripada madrasah beliau. Rugilah sesiapa yang tidak mengenali Imam zamannya yang membawa mesej dan ajaran Islam sebagaimana difahami oleh para salafussoleh.

Layaklah dengan sumbangan pemikiran dan amal, beliau dikedepankan menjadi Imam era ini. Manakan tidak, beliau begitu aktif dalam perjuangannya menegakkan Islam dan membawa mesejnya dalam bentuk yang segar berbekalkan asas ilmu yang kukuh, manhaj yang ideal, serta penyampaian yang moden. Para ulama, pemikir, dan intelektual Islam moden bersama di belakang beliau. Amat mendukacitakan jika umat Islam di Malaysia tidak dapat bersama-sama mengenali dengan lebih dekat Imam yang memimpin mereka, perjuangannya, apatah lagi beliau sememangnya mempunyai jasa yang amat besar kepada masyarakat Islam Malaysia khususnya, dan dunia Islam amnya.

Rahsia Imam Al-Qaradhawi bukan pada susuk tubuh beliau, akan tetapi pada manhaj dan pola pemikiran yang beliau bawa yang disimpulkan di dalam ungkapan: “Wasatiyyah & Tajdid”. Beliau bukanlah membawa perkara baharu dalam agama apatah lagi dinamakan bid’ad, malahan beliau sebenarnya menggagaskan semula pembawakan Islam suci tulen sebagaimana ditegaskan oleh ulama-ulama muktabar, muhaqqiqin, dan mujaddid-mujaddid Islam terdahulu. Sumbangan besar beliau terletak pada penyampaian gagasan Wasatiyyah & Tajdid ini sehingga dunia membuka mata melihatnya, memahaminya, sekaligus mereka memahami Islam sebagaimana ia diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW. Hakikatnya inilah tugas sebenar ulama Islam.

Maka proses mempromosikan gagasan “Wasatiyyah & Tajdid” terpundak di bahu umat dari kalangan mereka yang benar-benar memahaminya agar ia sampai ke minda umat moden dan amal mereka. Penyampaian gagasan ini merupakan satu usaha dakwah yang murni lagi diberkati kerana kita bersama dengan perjuangan para ulama dunia Islam yang menjadi pewaris para Nabi. Ia perlu disesuaikan dengan suasana Malaysia agar garapan gagasan ini benar-benar dapat memberi kesan positif selepas diterima dan diyakini oleh ulama, pemikir dan intelektual tempatan.

Inilah antara tugas Madrasah Wasatiyyah khususnya Azhariyyun kerana Al-Azhar merupakan institusi yang membawa gagasan Wasatiyyah & Tajdid atas kapasiti institusi kubu Islam, sementara Al-Qaradhawi sebagai personaliti anak kelahiran Al-Azhar.

WAllahu a'lam.

firdaushat,
Sri Putra, Selangor.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini