Pengenalan Madrasah Wasatiyah

Pendahuluan

Madrasah Wasatiyah Merupakan satu ungkapan ideal yang diambil daripada kalimah wasat yang beerti sederhana dan pertengahan. Ia juga merupakan salah satu ciri-ciri am yang penting bagi Islam. Ia juga beerti seimbang yang boleh dijelaskan dengan satu fenomena mengambil jalan tengah dan menambil sikap adil tatkala berlaku pertembungan , tidak cenderung antara dua perkara yang penting tapi bertentangan, tidak cenderung lebih kepada satu pihak sehingga membuang terus pihak yang berlawanan dengannya.

Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam, agama yang seimbang dan ideal bagi manusia seluruhnya. Dia juga meletakkan barisan Anbiya' seterusnya Ulama sebagai teras agama yang utuh bagi menyampaikan mesej-Nya kepada setiap hamba di muka bumi. Merekalah yang membawa obor dan cahaya Allah yang menerangi kehidupan. Risalah ini dibawa dengan berdasarkan manhaj dan kefahaman yang sahih lagi tepat terhadap sumber-sumber wahyu yang ma'sum dan juga akal yang terpimpin.

Tidak syak lagi bahawa Wasatiyah merupakan ciri terpenting Islam yang hari ini segenap umat membicarakannya bermula daripada ahli ilmu dan akademik sehinggalah kepada ahli politik. Namun Madrasah Wasatiyah hari ini cuba memahami Wasatiyyah berdasarkan kefahaman ulama muktabar kerana merekalah pembawa cahaya Islam sebenar.

Merujuk kepada suasana akademik di Mesir khususnya di kalangan pelajar-pelajar Al-Azhar, jelas terlihat keadaan tidak seimbang dan sederhana di dalam beberapa sudut sehingga terabai dan terbiar sesetengah sudut yang lain. Contoh terbaik bagi fenomena ini ialah ketidakseimbangan dalam memahami perkara turas dan mu'sarah. Justeru pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dengan berbekalkan kesungguhan untuk mendapat yang terbaik bagi ahli dan dengan bantuan ahli-ahlinya yang mempunyai kesedaran dalam hal ini mengorak langkah mewujudkan satu komuniti yang dinamakan dengan Madrasah Wasatiyah.

Madrasah Wasatiyyah ditubuhkan pada tahun 2008 dan berdaftar di bawah Badan Ilmiah dan Pengetahuan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah .

Objektif

Menggerakkan para sahabat mahasiswa memahami manhaj sederhana dan seimbang dalam semua perkara.

Memahami dan menghayati perjuangan ulama membawa mesej Islam masa kini dan seterusnya bergerak mengikut rentak mereka.

Menggerakkan perkongsian ilmu secara lebih agresif ke arah penambahan input ilmiah baru.

Mengkaji dan mempraktik manhaj ulama rabbani dalam ilmu, dakwah dan harakah.

Memupuk kesedaran dan semangat akademik di kalangan sahabat pelajar.

Mengkaji dan memahami tulisan ulama moden tanpa mengenepikan turas.

Membimbing rakan mahasiswa mengkaji manhaj ulama moden dalam membawa islam yang betul dan tepat pada zaman ini.

Menambah nilai prestasi kebolehan mahasiswa.

Method dan manhaj bergerak

Komuniti Madrasah Wasatiyah ini cuba bergerak berdasarkan manhaj yang bersesuaian dan berkesan. Beberapa pertemuan akan diadakan pada peringkat awal untuk menerangkan berkenaan fahaman sederhana dan seimbang (Al-Wasatiyah) seterusnya bermulalah kajian terhadap tulisan-tulisan ulama moden seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ali Jum'ah, Dr Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain. Selepas itu komuniti ini akan dibahagikan mengikut bidang-bidang kajian seperti al-quran dan hadis, Akidah dan aliran fikiran, fekah dan usul fekah, sastera dan bahasa arab, tasauf dan dakwah dan lain-lain lagi.

Sahabat komuniti

Sahabat wasatiyah adalah mereka yang merupakan ahli Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dan sahabat-sahabat dari negeri yang lain.

Beberapa orang penyelia akan dilantik bagi menggerakkan dan memantau perjalanan komuniti ini. Berikut merupakan susunan organisasi cadangan asas dan sementara bagi komuniti ini

Penaung : Badan Ilmiah dan Pengetahuan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.

Mursyid Liqa': Muhsin bin Ahmad

Mudir / Moderator Liqa' : Muhammad Abdul Hadi Bin Ishak

Setiausaha/Ketua Penal Blog : Hasanah binti Mohd Yusof

Bendahari /Mas'ul Wanita : Wardah binti Mohd Yusof

Unit Perancang/Mas'ul Lelaki : Adam bin Adenan & Mukmin

Silibus dan Pengisian

Madrasah bukanlah platform untuk mengeluarkan fatwa. Ia hanyalah pentas bagi perbincangan ilmu bermanhaj dan dakwah bersistematik di kalangan mereka yang berminat.

Fokus kepada tulisan-tulisan Yusuf Al-Qaradawi dan ulama sebarisnya dalam membawa manhaj dan kefahaman Wasatiyyah berlandaskan 30 Ma'alim yang telah digariskan beliau. Ini kerana karangan-karangan beliau merangkumi aspek-aspek kajian yang pelbagai dan memenuhi keperluan segenap bidang daripada usul-usul agama sehingga cabang-cabangnya seperti bidang Akidah, Ekonomi Islam, Ulum Quran dan Sunnah, Dakwah dan Tarbiah, Aliran Pemikiran serta Sastera dan Bahasa Arab.

Menerusi liqa'-liqa' ilmu dan perbincangan pelbagai hala, penyediaan dan pembentangan kertas-kertas kerja, seminar, forum dan sebagainya.

Rujuk karangan-karangan beliau dijadikan umdah atau sandaran bagi kajian-kajian Madrasah Wasatiyyah dengan tidak mengenepikan karangan ulama kontemporari lain seperti Dr Ali Jum'ah dan Dr Wahbah al-Zuhaili yang juga mempunyai sumbangan besar dalam mengisi aliran sederhana dan seimbang.

Kos dan Perbelanjaan

Dianggarkan kos menghidupkan Madrasah Wasatiyyah ini berjumlah le 3000.00 . Ia berdasarkan perbelanjaan tahunan seperti berikut :

Kitab rujukan moden : le2000.00

Pengurusan/jamuan : le1000.00

Jumlah : le3000.00

Penutup

Diharapkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan bantuan tidak kira material atau moral agar Madrasah Wasatiyyah berjalan dengan jaya bagi mencapai objektif-objektifnya. Moga usaha kecil ini menjadi titik mula kearah kecemerlangan akademik dan semoga ia diberkati Allah dan mandapat perkenan-Nya.


Pengasas / Mudir Madrasah Wasatiyah 1 FB
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor 2008-2010

Mudir Madrasah Wasatiyah 2 FB 2010-2010
Ustaz Firdaus Hat

Mudir Madrasah Wasatiyah 3 FB
Ustaz Muhammad Abdul Hadi Ishak 2010-sekarang

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini