Soal Jawab Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengenai Wanita

Apakah hukum wanita bercakap dengan lelaki yang bukan di kalangan ahli keluarganya?

-etika-etika :tunduk ketika bercakap,bercakap dengan serius,penuh sopan dan malu.

haram : bercakap melunakkan suara,terlalu berlemah lembut ,berbual kosong atau hal-hal yang melalaikan.

-Berbual dengan Mahram (bapa mertua,abang ipar,bapa saudara dll) : tidak ditegah untuk berkomunikasi namun perlu kepada penjagaan untuk jauh dari fitnah dengan berhati-hati,berwaspada.

-walaupun perkara di atas halal, tetapi ditakuti sebaliknya ada fitnah yang menanti, wajib untuk kita mengambil tindakan berjaga-jaga. Begitu juga setiap perkara haram sekiranya di sana kita perlu (darurat) kepadanya diharuskan kita ambil sekadar yang dibolehkan sahaja.

Apakah hukum wanita berjabat tangan dengan lelaki mengikut beberapa keadaan?

-Bersalaman ketika menyambut kedatangan tetamu lelaki,pendakwah:

kadangkala situasi ini mengikut suasana masyarakat ,keperluan (berhajat kepadanya) dan ketika aman daripada fitnah,hukumnya tidak dilarang.

-Suasana ketika menziarah sanak saudara bersalaman dengan bapa saudara sebelah suami mahupun sebelah keluarga,di sana bersama mereka ada lelaki luar yang bukan mahram,sekiranya keadaan mendesak menjaga kemasyarakatan dibolehkan untuk bersalam.

Jika keadaan tidak memaksa,tidak perlulah untuk bersalaman.

-tidak ada dalil yang mengharuskan namun sebagai tanda penghormatan untuk sesiapa@ ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua,kerana mereka yang menghulurkan tangan untuk bersalam.

Adakah diterima puasa,solat bagi wanita yang tidak bertudung?

-Sudah tentu diterima. Namun bukan senang untuk hidup bertemankan maksiat yang haram yang dilakukan,kerana mendedah aurat adalah haram. Sekiranya melakukan maksiat (tidak bertudung) boleh mengundang maksiat terhadap orang lain.

Apakah pandangan hukum syarak terhadap keluarga atau suami yang menghalang wanita bertudung?

-Menjadi kefardhuan untuk tidak mentaati sesiapa yang menyanggahi tuntutan agama. Hak siapa yang perlu diutamakan? Hak makhluk ataupun hak Pencipta? Sudah pasti hak Pencipta.

Adakah wanita yang menanggalkan tudung selepas memakainya,azab seksaan dilipat kali ganda?

Sudah tentu,kerana sesiapa yang mengetahui hak Allah tetapi meninggalkannya dalam keadaan dia bukan jahil soal hak dan perintah Allah.

Apakah hukum menghafaz atau membaca Al-Quran dan selepas tempoh tertentu menyedari kesalahan dalam bacaan yang tidak disengajakan?Adakah solat sah?Adakah di sana ada kafarah?

Sebenarnya kafarah adalah dengan beristighfar memohon keampunan di atas kesilapan.Dengan pembacaan yang berulang kali dapat menyingkap kesalahan dalam bacaan. Membaca alQuran satu ibadah yang perlu diamalkan oleh setiap muslim setiap hari kerana setiap huruf ada ganjarannya.

Apakah hukum mencantikkan diri,bercakap tentang kecantikan? Apakah hukum menghayati lagu,muzik,berghazal,teater kesenian,mengukir patung,hidup dalam rumah yang dipenuhi kemewahan?

Allah itu indah,cantik yang sukakan kecantikan. Perasaan angkuh,sombong yang merendahkan manusia lain,menghina mereka. Tidak masuk syurga,bagi orang yang ada rasa besar diri walaupun sebesar zarah. Jangan kamu berjalan sambil mendabik dada,rasa besar diri,meninggi hidung(angkuh), jangan berjalan sepertimana merak berjalan.

Allah sukakan kecantikan dan menyeru manusia untuk mencantikkan diri. Allah tidak melarang manusia untuk tampak kemas dan bergaya. Seorang isteri mempersiapkan dirinya untuk suami dan begitu juga suami mempersiapkan diri untuk isterinya supaya kedua-duanya kelihatan cantik. Menghias diri tidak ada salahnya,tetapi bukan bermakna,lelaki itu boleh melihat sesuka hati akan kecantikan wanita,mencium bau wangian wanita sehingga menimbulkan fitnah. Islam meletakkan garis panduan di dalam setiap perkara,oleh itu kita perlu bersikap qannah,berpada-pada dalam melakukannya iaitu berpada-pada dalam menghias diri kerana ia juga dituntut.

Manusia sudah tersimpang jauh mereka menggambarkan (melukis) tuhan dan manusia,menggantung gambar-gambar dirumah yang mana perbuatan ini merugikan masa dan wang mereka. Islam datang melarang untuk menggantung atau mempamerkan gambar,lebih-lebih lagi gambar yang bersifat jisim.

Manakala gambar yang tidak berjisim seperti permandangan dan lain-lain,hukumnya makruh dan ditakuti boleh membawa kepada haram.

Apakah pandangan islam tentang perbezaan warna kulit?

Islam meraikan semua bangsa samada arab,bukan arab. Setiap muslim yang berlainan bangsa adalah sama di sisi islam.

Disediakan dan diterjemah oleh,

(Nuurul Eiffah bt Mohamad Noor)

Syariah Islamiah Al-Azhar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini