Dimanakah Kepincangan Umat Kini??


Dimanakah Kepincangan Umat Kini??
Dr.Yusuf Al-Qaradhowi
( Disediakan oleh : a_syierra88@yahoo.com )

PENGENALAN

Buku karangan Syiekh Al-Alamah Dr. Yusuf Al-Qardhowi ini hanyalah sebuah buku kecil yang mengandungi 91 mukasurat dan dibahagikan kepada 3 bab sahaja. Bab 1 menghuraikan berkenaan dengan Umat Islam sepintas lalu yang membahaskan kepincangan-kepincangan umat Islam dan siapakah yang dipertanggugjawakan dalam masalah ini. Pada bab kedua mengenai Gerakan Islam sepintas lalu dan buku ini ditutup dengan harapan dan amalan yang perlu dilaksankan oleh umat Islam yang sedar akan kepincangan yang berlaku.


HURAIAN

Bab 1 : Umat Islam Sepintas Lalu

Penulis telah mengikuti isu yang dihadapi oleh umat Islam terutama yang dibangkitkan oleh Dr.Nu`man Abdul Razak As-Syamiri melalui artikelnya yang bertajuk “Dimanakah Kepincangan?” dan isu ini menjadi perbahasan para ulama dan ini menghimbau penulis untuk menyertai perbahasan tersebut. Didalam buku kecil ini diletakkan beberapa pembatasan di dalam pembahagian masalah :

1. Apakan tujuan perbahasan ini?
2. Jika punca kelemahan dapat diketahui apakah penyelesainnya?
3. Sekiranya penyelasain sudah dikenal pasti adakah umat Islam sedia menggunakan jalan penyelesainnya?
4. Adakah skop perbincangan hanya terletak di bahu umat Islam atau pergerakan umat Islam semata-mata?

Sub topic pertama yang disebutkan ialah berkenaan dengan kepincangan-kepincangan umat Islam itu sendiri iaitu :
1. Umat bukan lemah,hanya kurang kesedaran.

Kelemahan : sasaran yang hendak dibaiki sudah diketahui, jalan penyelesaiannya sudah jelas, prasarana sudah tersedia namun kelemahan berlaku pada cara melaksanakan jalan penyelesaian.

2. Umat yang lupa dirinya.
• Lupa untuk melaksankan amal makruf nahi mungkar.
• Lupa manhaj kesederhanaan yang disebut didalam Al-quran.
• Lupa umat Islam sebagai satu kesatuan.
• Lupa kepada Allah s.w.t itu sendiri!!

3. Umat dalam timbangan kemajuan dan kebendaan.
Umat pada masa sekarang masih jauh ketinggalan dan kemunduran dalam aspek ekonomi meskipun menjadi Negara pengeluar tetapi hasil bumi tidak mencukupi untuk diri sendiri kerana terpaksa bergantung kepada orang lain.

4. Umat yang tidak menggunakan seluruh kekuatan.

5. Daya fikir umat terencat.
• Kita lebih banyak meniru dari mencipta, meminjam bukan memilki, menciplak bukan berkarya, dan pengguna dan pemindah ilmu tanpa melakukan penyelidikan .
• Malu untuk menggunakan bahasa ibunda.
• Mudah menerima ilmu dari Barat walaupun jelas bertentangan dengan aqidah umat.
• System pendidikan yang melahirkan fahaman taqlid.yang mampu melahirkan para pegawai bukan para cendiakawan.
• Malas MEMBACA & BERFIKIR!!

6. Tenaga kerja umat terbelangkai kerana banyak berbicara dari bekerja.

7. Tenaga ekonomi umat terbantut kerana tidak memanfaatkan sumber kekayaan yang dimiliki sendiri.

8. Daya kuantiti umat tidak berfungsi kerana perpecahan disebabkan berbeza pemikiran sahaja

9. Kekuatan roh umat pudar.

10. Islam hanya sebagai slogan.
• Hanya tertakluk pada 2 hari raya.
• Al-Quran hanya dicetak dan digantung didinding-dinding tapi tidak dibaca, difahami dan dihayati.

11. Kelemahan ssitem pendidikan daan media massa umat

12. Keimanan umat rosak.

Sub topic kedua disebut tentang siapakah yang bertanggugjawab didalam masalah ini? :
1. Tanggungjawab pemerintah.
2. Tanggugjawab ulama.
3. Tanggugjawab rakyat.
4. Tanggugjawab gerakan Islam.


Bab 2 : Gerakan islam sepintas lalu

Sebagaimana yang disebutkan opleh penulis, umat Islam menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap gerakan Islam yang boleh menunjukkan ke arah jalan yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukanlah pada gerakan tertentu tetapi gerakan keseluruhan( gerakan amal islami secara berjamaah). Namun sehingga ke hari ini gerakan Islam masih tidak mampu sampai ke destinasi yang diimpikan.

Penulis menyebut secara ringkas berkenaan sebab ketara yang menjadi punca kelemahan di dalam diri penggerak gerakan itu sendiri :

1. Muhasabah al-Nafs.
• Kurangnya semangat mengkritik diri sendiri kerana manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
• Menutup pintu ijtihad.


2. Perpecahan dan perselisihan.
Dakwaan mengatakan jemaah masing-masing adalah benar dan menolak jemaah yang lain. Penulis tidak mengatakan perlunya satu jemaah sahaja kerana ia adalah satu impian yang mustahil tetapi yang perlu dititik beratkan ialah persefahaman diantara jemaah, menghillangkan sikap prejudis dan buruk sangka terhadap orang lain.

3. Semangat melebihi akal dan ilmu.
Keperluan semangat adalah perlu kerana penolakan semangat adalah bertentangan dengan tabiat gerakan dan Islam itu sendiri. Namun Islam member penghormatan tinggi terhadap aqal manusia dengan seruan supaya manusia melalui aqalnya mengkaji,menyelidik dan berfikir.

Tuntutan disebalik semangat : semangat yang beremosi menjadi hakim sehingga melebihi fikiran dan akhlak yang perlu di elakkan.

Aliran yang mementingkan semangat dan emosi dengan menolak aqal dan ilmu sebenarnya berlatarbelakangkan sebab-sebab tertentu :

• Kurang kajian dan perancangan.
• Sikap gopoh gapah.
• Melampaui batas.
• Takutkan pembaharuan.
Diantara cadangan yang perlu dilakukan oleh gerakan Islam :
• Dialog diantara pihak gerakan dengan pihak yang memusuhi.
• Dialog dengan pihak orieantalis Barat.
• Dialog dengan pemimpim-pemimpim agama terutama golongan Kristian yang sudi bertukar fikiran dan terbuka.
• Dialog dengan ahli politik, ahli diplomatic dan duta-duta Negara Islam.

Bab 3 : Diantara harapan dan amalan.
Permasalahan umat dan gerakan Islam yang dibincangkan bukanlah untuk memaparkan kepada kita bahawa kita sudah hilang harapan, tiada jalan penyelesaian lagi namun terdapat tanda-tanda kea rah perkembangan yang baik dan peningkatan berterusan dalam kehidupan umat dan gerakan Islam secara menyeluruh dimana kesedaran terhadap kelemahan diri adalah merupakan langkah pertama kea rah kesempurnaan.

Hargailah sumbangan gerakan Islam, suasana setempat dan survivalnya disamping melipatgandakan usaha dan sumbangan, mendapatkan sokongan dari kalangan yang berpendidikan( golongan Intelek) antara yang disebutkan di dalam buku ini. Selain itu penulis turut memberikan garis panduan kea rah membimbing kebangkitan Islam kerana semua perlu berkhidmat kepada masyarakat dan perlu semua bekerja.


PENUTUP

Pada akhir buku ini Dr. Yusuf Al-Qardhowi mengulangi sekali lagi persoalan : Dimanakah Kepincangan?? dengan memberikan jawapan secara ringkas bahawa ianya satu kepincangan yang menyeluruh dan umum, setiap pihak sama-sama bertanggungjawab meskipun wujudnya tanggungjawab yang berlebih kurang di antara satu dengan yang lain.
Bukti-bukti yang boleh memperkuatkan harapan bagi masa depan umat di antaranya :

1. Kita memiliki Al-Haq dengan Allah s.w.t mengutuskan RasulNya bersama-sama dengan al-Quran.
2. Bersama –sama kita fitrah semulajadi Islam.
3. Kita mempunyai umat Islam berbagai bangsa yang sama-sama hidup, menegak dan mempertahankan Islam yang menjadi sumber ekoposial dan pemikiran.
4. Kita menyaksikan sendiri kerosakan sejagat dan tidak dapat dipulihkan kecuali dengan hidayah dari Allah s.w.t.
5. Janji pertolongan daripada Allah s.w.t ke atas orang-orang yang berjuang menegakkan agamanya.

Buku kecil ini ditutup dengan 2 ayat dari surah At-Taubah iaitu ayat 32 & 33 yang menyebut tentang Allah s.w.t akan menyempurnakan cahayanya walaupun pelbagai usaha dan taktik untuk memadamkannya.


WaAllah A`lam.
Jam 1230
Rabu 040309, Kaherah Mesir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini