Fiqh Islam


Fiqh Islam

Fiqh Islam adalah hasil dan natijah daipada pemikiran ulama-ulama besar dalam Islam yang bersandarkan kepada usul Islam iaitu Al-quran dan Sunnah bagi mengeluarkan hukum hakam.

Tidak wujud di dalam pendapat ulama kita terkeluar daripada usul syarie melainkan dalam kuantiti yang sedikit dalam keadaan mereka dimaafkan oleh Allah. Bagi pengamatan saya hamba yang kerdil ini,tidak ada pendapat-pendapat di dalam fikh islam melainkan ia bersandarkan usul syarak sama dalam bentuk khusus atau umum.

Mereka ulama Islam yang begitu ikhlas di dalam ijtihad mereka,mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah keran ijtihad adalah ibadah akal yang begitu tinggi nilainya di dalam Islam. Kalau kita melihat kepada khazanah fikh islam kita,kita menyakini bahawa ia adalah satu system yang mampu menyusun corak kehidupan manusia daripada ibadat sampailah politik.

Sesungguhnya fikh islam tidak jumud dengan permasalahan-permasalahan semasa, bahkan ia sentiasa berinteraksi dengan kehidupan dengan kekuatan yang asli. Ini kerana fikh islam merupakan satu system pada umumnya berubah mengikut keadaan semasa,zaman,adat,perubahan politik ekonomi,maklumat sains dan teknologi. Ini bukan bermakna fikh islam hanya mengikut rentak keadaan semasa dan tunduk kepadanya,sebaliknya ia menyusun keadaan semasa berlandaskan syaiat yang mulia.

Sebagai satu maklumat penting,terdapat perbezaan di antara syariat islam dan fikh islam,syariat islam tidak menerima perubahan sampai bila-bila,manakala fikh bersedia menerima perubahan dengan syarat ia dilakukan oleh ulama yang muktabar. Contoh syariat seperti solat lima waktu, puasa ramadhan,ia tidak menerima perubahan,dan fikhnya seperti adakah fatihah wajip atau tidak ,niat diwaktu malam di bulan ramadhan adakah ia wajip atau sunnat dan badakah boleh di niat waktu malam. Jadi kita melihat fikh ia terdapat khilaf di antara ulama dan syariat.

Kebanyak pertelagahan di antara di antara umat islam bukannya pada syariat tetapi pada fikh islam. Tetapi yang malang kita melihat kita menjadikan pertengkaran didalam masalah fikh sebagai satu punca perpecahanumat kita. Sedangkan kita mempunyai kaedah di dalam berinteraksi denga fikh atau mazhab di antaranya,

1: Tidak boleh menginkari dan menganggap masalah khilaf itu berdosa,iaitu orang yang berpegang kepada kewajipan berniat ketika wuduk,dia tidak boleh mengingkari penganut mazhab hanafi yang tidak berniat ketika berwuduk ,atau wanita yang memakai purdah dia tidak boleh marah kepada meraka yang tiidak berpurdah yang hanya bertudung kerana terdapat khilaf dikalangan ulama dan menganggap orang tidak memakai purdah itu berdosa.

2: Sekiranya terdapat kesusahan di dalam beramal di dalam sesuatu mazhab,seseorang itu itu mengambil pendapat yang lebih mudah untuk diamalkan kerana taisir.bukan untuk bermain-main.sebaliknya dia diuji.

Bagi saya,kebanyakan pendapat –pendapat ulama adalah tepat dan boleh diamalkan walau[pun berlainan mazhab kerana bertaqlid kepada satu mazhab adalah tidak wajip sebaliknya perlu ada mazhab ketika beramal di dalam sesuatu masalah, dan boleh bertaqlid kepada mana –mana mazhab islam selagi ia tidak merosakkan syariat. Pendapat yang menyatakan talfiq adalah harus adalah pendapat yang kuat selagi mana tidak membawa kepada keruntuhan syariat dan tidak mengikut hawa nafsu atau bermain-main dengan syariat, kerana ia(talfiq) boleh mengurang ketaasuban mazhab dan memberi kemudahan kepada hamba-hamba Allah Taal,sesiapa yang ingin mempelajari fikh secara begini bacalah kitab fikh sunnah oleh syeikh said sabik.

Cara begini bukanlah bermasuk kita anti kepada mazhab-mazhab islam,bahkan inilah satu cara penghormatan kepada semua mazhab islam yang membawa kita kepada Allah. Membuka pintu ini adalh merupakan satu kerja mulia bagi penndapat saya kerana ia mencerminkan Islam yang mulia dan mudah.

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Malaysia,pertengkaran berlaku di dalam perkara-perkara kecil sehinggakan membawa kepada perpecahan. Cuba tengok masalah talqin, tahlil,pertangkaran yang berlaku seolah-olah ia adalah asas kepada agama sedangkan ia adalah perkara tahsinat bukan daruri atau hajiat.kalau tidak dilakukan pun tak mudharatkan agama kalau buat pun tak salah. Cuma yang salah apabila kita menjadika ia sebagai perkara wajip yang perlu dilaksnakan. Tidak boleh perkara sebegini dijadikan wajip. Jadi janganlah duk marah orang yang melaukan talqin atau tahlil. Sebab bagi saya,perkara-perkara sebegini paling kurang ia adalah harus. Jadi perkataan masyru’ sesuai digunakan dalam masalah ini daripada dikatakan sunnah untuk mengelak kumpulan madiyun(wahabi) marah. Tidak ada masalah di dalam istilah.

Sebenarnya,kita perlu membincangkan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat,kita mesti memikirakan apakah penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka di dalam kehidupan,pemikiran ekonomi yang boelh yang menjadikan mereka bergerak lebih maju daripada menyibukkan mereka kepada perkara yang tidak menghasilkan faedah yang banyak. Inilah perkara yang perlu difikirkan,bukan saya nak kata tak boleh bincang langsung cuam jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai agenda utama dakwah. Kita perlu mengajar manusia memahami Islam yang sebenar,bagaimana berinteraksi dengan al-quraan dan sunnah,bagaimana hendak masyarakat,mengajar manusia kearah berlapang dada kalau ada pendapat berlainan yang tidak diterima oleh sesebuah penduduk. Janganlah kita menjadi diktator di dalam mengemukakan pendapat.

Maka di sini kita nyatakan,fiqh islam adalah satu sitem yang memudahkan orang ramai bukan menyempitkan,kalau terdapat pendapat yang susah di dalam suatu mazhab di sana terdapat pendapat-pendapat yang lain memudahkan.sesiapa yang membaca buku-buku fikh islam daripada pelbagai mazhab dia akan mendapati apa yang saya katakan.

Cuma saya katakan di sini,bukan semua orang mampu untuk menguasai fiqh dengan baik atau menjadi faqih,ia adalah pilihan daripada Allah,maka sesiapa yang tidak menguasai fiqh dia perlu bertanya kepada para ulama untuk menngetahui hukum-hakam.

Insyallah kalau ada masa lain kali kita bincang lagi tajuk ini.insyaallah. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini