Kenapa Al-Quran ?? ( Siri II )

Kewajipan Kita Terhadap Al-Quran

Memperbaiki / memperelok bacaan dan pendengaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan memperbaiki bacaan? Memperbaiki bacaan ialah membaca secara tartil – cermat dan jelas bacaan huruf serta baris di tempat yang betul.

Pembacaan secara ‘tartil’ ini adalah pembacaan Nabi s.a.w dan para sahabat. Ia penting bagi menjaga sebutan dan hokum tajwid. Andai kita menukar huruf dan hokum tajwidnya maka maka kita telah merosakkan maknanya. Sesetengah individu sering terlepas pandang pada makhraj huruf –tempat keluar huruf seperti pada huruf ( kha dll ).

Pembentukan lisan dengan Al-Quran.

Diceritakan oleh seorang sasterawan Nasrani Mesir bernama Nazmi Luqa : Sebahagian orang Kristian Mesir mengajarkan anak-anak mereka membaca Al-Quran sejak dari kecil demi menjaga kefasihan mereka apabila mereka dewasa kelak.

Keperluan mengetahui hukum Tajwid.

Tidak memadai kita sekadar mengetahui secara teori hukum-hukum tajwid. Tidak dapat tidak kita perlu mempraktikkan hukum-hukum Tajwid sehinggalah pembacaan Al-Quran kita selari dengan pembacaan Nabi s.a.w dan para sahabat bahkan kita perlukan mendidik anak-anak dan pelajar-pelajar kita dengan pembacaan Al-Quran yang bertajwid ini.

Penelitian dan khusyuk.

Selain kita mengetahui dan memelihara hukum-hukum Tajwid, hendaklah kita meneliti / menghayati dan khusyuk .

Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghidupkan Al-Quran dalam hati dan pemikiran kita. Tidak seharusnya kita membaca sedangkan hati kita lalai kerana kita akan menafikan ketinggian Al-Quran dan keagungannya.

( Maksud membaca Al-Quran ialah kita memahami, menghayati, maksud ayat dan hukum yang terkandung dalam al-Quran serta peringatannya.-Halal & Haram, ikhtibar kaum terdahulu, adab-adab terpuji, dan lain-lain lagi)

Contoh :

Seorang penyair di Pakistan Muhd.Iqbal Rahimahu Allah menceritakan akan kisah hidupnya : Aku membaca dan mengulang membaca al-Quran selepas solat Subuh setiap hari. Ayah ku melihat perbuatan ku lalu bertanya kepadaku “Apa yang sering kamu lakukan?” Aku menjawab “ Aku membaca Al-Quran”. Peristiwa ini berterusan selama 3 tahun. Ayahku bertanya dan aku menjawab saban hari. Pada suatu hari aku bertanya kepada ayahku “Duhai ayahku, kenapakah engkau sering bertanya kepadaku soalan yang sama?” Ayahku menjawab “Aku akan menjawab soalan itu dan aku tidak akan mengulangi pertanyaan itu lagi.”

“Begini duhai anakku, bacalah Al-Quran seolah-olah ianya –Quran-turun kepada dirimu sendiri”

Semenjak dari peristiwa itu aku mula belajar memahami isi Al-Quran.

Beramal dengan Al-Quran

Al-Quran tidak diturunkan untuk dibaca sahaja akan tetapi ia merupakan ;

1. 1. Manhaj bagi individu.

2. 2. Dasar perlembagaan Negara.

3. 3. Hukum-hakam kehidupan.

4. 4. Hidayah dan petunjuk.

Individu muslim yang mengikut Al-Quran, melaksanakan hukum-hakam di dalam Al-Quran adalah sebaik-baik umat. Islam pernah memimpin dunia, membuka timur dan barat dengan hidayah Al-Quran dan beramal dengannya. Bukanlah penyebaran Islam itu dengan mata pedang sepertimana dakwaan Orentalis Barat. Contoh pimpinan Amr Ibn `As yang memainkan peranan penting bagi membebaskan Mesir dari jajahan orang Rom. Kepimpinan yang tiada paksaan orang memasuki Islam, malah sepanjang tempoh penyebaran Islam kepada penduduk Mesir, tiada walau sebilah pedang terhunus, mahupun kerahan tenaga tentera namun mereka menerima dengan hati yang terbuka.

Hatta ketika Saidatina Khadijah disoal tentang akhlak Nabi, beliau menjawab akhlak Nabi adalah Al-Quran.

Bagi kaum muslimin, dari soal individu hingga perlaksanaan sebuah kerajaan, Al-Quran sebagai manhaj hidup. Al-Quran sebagai manhaj yang sempurna boleh dilihat pada :

1. Hubungan individu dengan Allah s.w.t dari sudut Akidah mahupun Ibadah.

2. Hubungan suami isteri. ( Al-Baqarah :228 )

3. Hubungan ayah dengan anak, anak dengan ibubapanya.

4. Hubungan sesame manusia.

5. Hubungan pemerintah dengan rakyat. ( Al-Nahl :89 )

Al-Quran menerangkan sehingga adab berziarah sesame insane turut dijelaskan. ( An-Nur : 27-28 )

Kesimpulan :

Menjadi kewajipan kita :

1. Kembali hidupkan al-Quran dalam kehidupan.

2. Perelok bacaaan dan pendengaran.

3. Memperbaiki kefahaman & ketelitian terhadap Al-Quran.

4. Hidupkan Al-Quran di hati dan pemikiran.

5. Menjadikan Al-Quran hukum hakam dalam kehidupan.

Al-Quran merupakan ruh Umat Islam. Namun amatlah mendukacitakan, kita sebagaai umat Islam tidak mengambil pengajaran dan ikhtibar dari Nur ini sedangkan ia sudah berada bersama kita dan di tangan kita. Menjadi tanggungjawab kita untuk :

1. Melaksanakan tuntutan Dakwah kepada Al-Quran.

2. Seruan kepada kaum muslimin untuk kembali kepada Al-Quran.

3. Mengambil intipati Al-Quran sebagai hukum hakam kehidupan.

4. Sedia menyeru dan diseru.

5. Seruan kepada non-muslim agar sedia mencuba dengan seruan Al-Quran dan beriman dengannya.

( Rujuk : Bagaimana berkomunikasi dengan Al-Quran Al-Karim; Dr.Yusuf Al-Qaradhowi )

Harapan :

Semoga Allah s.w.t menjadikan kita tergolong dalam golongan Quranii Muslim dan menjadikan kita golongan mereka yang mendengar bicara ( Al-Quran ) dan mengikutnya dengan sebaiknya.

Disediakan oleh ;

Abdul Mukmin Zulkifli & Adam Adnan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini