Kenapa Al-Quran?? ( Siri I )


Muqaddimah

Al-Quran – yang Allah s.w.t turunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w merupakan sebesar-besar anugerah yang Allah s.w.t turunkan kepada ummat.

Penurunannya juga merupakan tanda pelengkap kepada agama dan sebagai tanda penyempurnaan nikmat.

(( اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا ))

Al-Quran adalah kitab yang kekal terpelihara tidak ada keraguan mahupun kesangsian.

(( لا يأتيه الباطل بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد ))

Kita umat Islam merupakan satu-satunya umat yang memiliki anugerah ini, iaitu kalimah-kalimah Allah yang tetap kekal sehingga akhirnya. Kalimah-kalimah yang ada di dalam mushaf ini terjamin keasliannya daripada ditukar, diseleweng oleh orang lain.

(( إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون ))

Akan tetapi kitab-kitab samawi yang terdahulu seperti Taurat,Zabur,Injil telah ditukar isi dalamnya samada penyelewengan tersebut baik dari segi penyelewengan lafaz atau penyelewengan maknawi.

Berdasarkan dalil tersebut jelaslah Al-Quran terpelihara akan isinya dari segenap penjuru.

Penjagaan Al-Quran Al-Karim

1. Terpelihara melalui petuturan & penyampaiannya.

Sebagai contohnya dari dengungnya, madnya (panjang), izharnya (kejelasan) dan selainya. Oleh yang demikian, disusun satu ilmu untuk menjaga kesemua ini iaitu “Ilmu Tajwid”. Ilmu Tajwid cukup penting kerana ia akan menjaga lahjah makhraj huruf (tempat kelur huruf) agar pembacaan kita selari dengan pembacaan yang dirurunkan di zaman Nabi.

2. Terpelihara dari sudut penulisannya.

Disamping memelihara tulisan-tulisan lama, contoh (As-Solat;Az-Zakah) dan lain-lain perkataan, tidak ada seorang pun yang berani untuk mengubah kalimah-kalimah ini kerana ingin mengekalkan keaslian kalimah tersebut.

Di dalam Al-Quran juga mempunyai 114 surah yang dimulai dengan basma Allah (nama Allah) kecuali surah At-Taubah (surah Al-Bara ah).

Jelaslah disini bahawasanya Al-Quran tetap terpelihara dari segenap penjuru. Bagi umat Islam sepatutnya berasa mulia & berbangga akan kurniaan agung ini.

Keistimewaan Al-Quran Al-Karim

Antara keistimewaan Al-Quran ialah ia merupakan kitab tayassar (kitab yang mudah).Mudah dari peringkat hafalan, kefahaman dan pembacaan.

1. Kemudahan dalam hafalan.

Sudah berapa ramai dari bangsa Arab & bukan Arab yang semenjak dari kecil telah menghafal Al-Quran, membaca sehingga lekat di hati tanpa salah mahupun silap.

Sebagai contoh :

Dr. Yusuf Al-Qaradhowi ketika berada di Pakistan, beliau telah menziarahi beberapa madrasah di sana. Beliau telah mendapati ramai pelajar di sana yang masih kecil tetapi sudah menghafal Al-Quran. Ada yang sudah selesai hafalan setengah malah ada yang sudah selesai hafalan keseluruhan al-Quran.

Dr.Yusuf Al-Qaradhowi telah bertanya kepada sebahagian pelajar yang menghafal Al-Quran ini dan beliau merasakan pelajar-pelajar ini seperti record (perakam). Tidak berlaku sebarang kesilapan mahupun kesalahan. Ketika Dr.Yusuf bertanya kepada pelajar tersebut : “Ma Ismu ka? (Apa nama kamu?)-Dr Yusuf telah bertanya dalam bahasa Arab-pelajar tersebut tidak memahami akan maksud ‘Ma Ismu ka?’.Ini bermakna dia lansung tidak memahami bahasa Arab dan tidak mengerti maksudnya tetapi dalam waktu yang sama telah menghafal Al-Quran. Bukankah ini merupakan rahsia kemudahan hafalan pada kitab ini yang dikurniakan oleh Allah?! Sesungguhnya tidak ada kitab yang mampu dihafal oleh manusia tanpa memahami maksudnya melainkan Al-Quran.

Dr. Yusuf Al-Qaradhowi juga telah menziarahi Negara Bangladesh beberapa tahun yang lepas. Syeikh telah melawat madrasah-madrasah yang terdapat di sana, dan mendapati pelajar-pelajar di sana belajar dengan berlantaikan tanah. Mereka ini berusia sekitar 9 tahun ke bawah tetapi telah menghafal keseluruhan al-Quran. Dr. Yusuf bertanya beberapa soalan dari (At-Tawasin) – surah yang dimulai dengan (Tho Sin Mim) iaitu surah As-Syuarak, An-Naml, Al-Qasas dan (Al-Hawamim) – surah yang dimulai ( Ha Mim ) iaitu surah Ghafir, Fussilat, As-Syura, Az-Zukhruf, Ad-Dukhan, Al-Jasiyah, Al-Ahqaf. Pelajar-pelajar ini telah menjawab tanpa sebarang kesalahan atau kesilapan walhal mereka ini masih kanak-kanak, bukan dilahirkan dari kalangan bangsa Arab juga bukan tinggal di nagara Arab. Bukankah ini merupakan rahsia kemudahan hafalan pada kitab ini yang dikurniakan oleh Allah?! Adakah pendeta, paderi @ cardinal-pendeta Rom Katolik mampu untuk menghafal helaian kertas dari Taurat dan Injil?!

2. Kemudahan dalam pemahaman.

Mana-mana Insan yang berbangsa Arab atau memahami bahasa Arab berkemampuan untuk membaca Al-Quran dan memahaminya dengan kadar kemampuan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Kadang-kadang tiada pemahaman maksud Al-Quran secara mendalam.

Kadang-kadang tiada pemahaman sebahagian kalimah Arab.

Namun dengan hanya membaca Al-Quran semata-mata kita mampu merasai maknanya. Ini kerana kita telah memiliki hatinya iaitu Al-Quran itu sendiri. Contohnya : Berapa ramai orang buta huruf tidak tahu membaca malah tidak mampu menulis tetapi mampu menangis tatkala mendengar ayat suci Al-Quran dibacakan.

Berapa ramai yang menangis tatkala dibacakan Al-Quran kepada mereka diwaktu-waktu senggang mereka?? – Rujuk surah Ad-Dukhan : 58

Ini merupakan keistimewaan Al-Quran dalam masa ia adalah ayat,ia juga merupakan hidayah, petunjuk yang sempurna dan merupakan mukjizat teragung bagi Nabi Muhammad s.a.w. –Rujuk Surah Israk : 9

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w juga ada Nabi-Nabi lain yang Allah s.w.t kurniakan beberapa mukjizat antaranya :

-Nabi Musa a.s. dengan mukjizat tongkat ( Surah Taha ;18-20 ) dan mukjizat tangan baginda yang bercahaya ( Surah Taha ;22 )

-Nabi Isa yang berupaya menyembuhkan penyakit buta dan sopak dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t ( Surah Maidah;11)

Bukti-bukti yang ditunjukkan ini dinamakan ( Ayat Hissiyah & Al-Kaunniyyah ) yang tiada keraguan dan tidak akan dipercayai melainkan bagi mereka yang hidup sezaman dengan kejadian tersebut.

Akan tetapi mukjizat Nabi Muhammad s.a.w merupakan mukjizat yang terbesar iaitu Al-Quran Karim yang merupakan ayat sastera, mantiq dan fasih dan ianya kekal sepanjang zaman.


Dicatat oleh;
Abdul Mukmin Zulkifli & Adam Adnan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini