Misi Al-Azhar; Dulu,Kini&Hari Esok


Misi Al-Azhar;Dulu,Kini & Hari Esok


1. Dunia hari ini berkehendak kepada penyelamat.

2. Keperluan manusia kepada umat bermisi.

o Umat Yahudi tidak berkelayakan dalam misi penyelamat.

o Umat Nasrani tidak berkaliber dalam misi penyelamat.

o Umat Islam satu pengharapan dalam misi penyelamat.

3. Misi Dunia Arab dan peranannya kepada Umat Islam.

4. Peranan Mesir dalam misi penyelamat.

5. Misi Al-Azhar dalam menyelamatkan manusia.

o Al-Azhar & Sejarah; Penentang Penjajah,Diktator & Tempoh Kemunduran.

o Misi Al-Azhar Hari Ini



Misi Al-Azhar Hari Ini


1. Al-Azhar & Perindustrian Daie


Apa yang menarik perhatian, sesungguhnya Al-Azhar tidaklah selebih dari sekadar institusi ilmu agama, bahkan peranannya adalah untuk mengeluarkan perkumpulan pakar dari ilmu agama, bahasa Arab, fakulti Kemanusiaan, Kemasyarakatan, dan saintis yang memiliki pengetahuan agama.

Ribuan keluaran Al-Azhar keluar dengan memegang sijil akademik akan tetapi mereka tidak sedar hakikat misi yang dibawanya dan visi yang dipegang oleh mereka. Walaupun akal mereka sedar tetapi hati mereka tidak merasainya, walaupun perasaan mereka sudah merasainya tetapi mereka tidak menuju untuk mencapai kehendaknya kerana mereka hidup bersama Azhar namun mereka tidak hidup di dalam Azhar dan tidak hidup untuk Azhar !.

Sesungguhnya ulama Al-Azhar merupakan warisan kenabian, pemegang panji-panji risalah, yang mana kerjaya dan pekerjaan mereka adalah semulia-mulia kerjaya yang ada kerana kerjaya mereka merupakan kerjaya para Nabi dan Rasul. ( Surah Fussilat : 33 )

Al-Azhar membawa misi yang besar iaitu untuk membentuk para pendakwah menyeru kepada Allah dan mengeluarkan produk mujahid Islam yang faham Al-Quran & Sunnah, yang kenal riwayat hidup dan sejarah umat, yang bicara dan penanya berperanan di seantero dunia.


2. Al-Azhar Pendokong Visi Pembaharuan dan Halatuju Masyarakat


Al-Azhar bukanlah sekadar institusi ilmu yang mengeluarkan para ulama dan pendakwah kemudian peranannya terhenti disitu sahaja…Sesungguhnya Al-Azhar merupakan Jamiah,Jamie` & Jam`iyah ( Universiti,Masjid & Kesatuan ). Universiti untuk ilmu dan pengetahuan, masjid untuk ibadah dan pendidikan dan kesatuan untuk dakwah dan pembaharuan.



Ya! Sudah tentu! Bagi Al-Azhar –yang mendokong tanggungjawab agama,sejarah,masyarakat-untuk menunaikan hak Allah dengan menyampaikan dakwah, mendirikan hujah, menyebarkan agama dan pendidikan hukum-hakam, sebagai penjaga yang sentantiasa berjaga, memelihara iman di hati, ibadat di masjid, ikutan yang baik bagi masyarakat, pensyariatan yang adil dalam kehakiman dan menjadi penasihat kepada Allah, RasulNya, kitabNya untuk umat Islam dan seluruhnya. Apabila melihat kebaikan semakin meyempit, dia menyeru kebaikan dan beramal dengannya dan ketika melihat kemungkaran dan kefasikan bertebaran, dia berusaha mengubahnya dengan nasihat yang berkesan.


6. Tanggungjawab & Peranan Al-Azhari.

o Kewajipan berdakwah & Bimbingan

o Kewajipan Penerangan dengan ilmu dan rohani.

o Kewajipan memberikan Halatuju yang khusus.

o Kewajipan menyediakan panduan As-Sohwah ( Kebangkitan )

7. Al-Azhar & Dunia Islam.

8. Al-Azhar & Pembimbing Dunia.


Faktor Kejayaan & Komponen dalam Misi Al-Azhar


1. Faktor Kejayaan dalam Misi Al-Azhar


o Penyediaan Masyarakat ke arah agama dan penerimaan pemikiran Islam.

Contohnya masyarakat Mesir sendiri. Kita mendapati mereka merupakan masyarakat mukmin yang beragama dengan fitrah dan sejarahnya. Sewaktu pembinaan pyramid di zaman firaun, mereka membina atas nama agama. Kemenangan mengalahkan tentera Salib Eropah di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi adalah di atas panji-panji Islam. Kemenangan mengalahkan tentera Tartar jelas diceritakan dalam novel karangan Ali Ahmad Baksir bertajuk “Wa Islama Hu”. Kebangkitan tentera Perancis pada tahun 1919 yang menghujum para ulama mencetuskan gelombang revolusi daripada Al-Azhar yang membawa ruh Ad-Din. Tiada yang tega mempetahankan negara Palestin melainkan dari ahli Ad-Din.

Seorang sejarawan Kuno Yunani ‘Herodus’ mengatakan : “Bangsa Mesir merupakan satu kaum yang beragama”.

Justeru apabila dibicarakan kekuatan iman masyarakat Mesir dan kesucian fitrahnya, semuanya berkait rapat dengan kewujudan Al-Azhar disitu. Mereka lahir dan hidup dibawah tarbiah Al-Azhar.

Sesungguhnya bangsa Arab lain selain Mesir juga tiada bezanya dengan Mesir seperti masyarakat Turki, Algeria dan selainnya yang dahulunya pernah dikucar-kacirkan oleh tangan-tangan kezaliman.

Oleh itu, andai ingin melahirkan kembali umat yang ajaib ini, melahirkan semula Khalid&Salahuddin Al-Ayyubi maka berbicaralah atas kalimah Allah, memimpin dengan teraju Iman, bersatu di bawah panji-panji al-Quran & kalimah tauhid, meneladani guru pertama iaitu Muhammad s.a.w , mengikatnya dengan Islam, warisan Islam dan beriman dengan Islam.


o Keunggulan Misi yang diseru oleh Al-Azhar ; Misi Islam

Tiada akal yang akan menafikan dan tiada halangan yang akan membatasi pembangunan dan pemodenan kerana sesungguhnya Risalah Islam datang memerangi paganisme(penyembahan patung) dengan tauhid, liberalism dengan keunggulan dan kemuliaan, kejahilan dengan ilmu, kejumudan dengan keterbukaan, kemunduran dengan kemajuan, kezaliman dengan keadilan, kekacauan dengan sistematik, ta`sub dengan tolak-ansur, dictator/autocrat dengan syura, hireraki dengan persaudaraan dan persamaan, perkauman dengan seruan seluruh alam, kerakusan dengan ransangan dan semangat pada jiwa.

Matlamat ini dibantu dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Islam tidak datang untuk menentang atau mengubah bahkan ia hadir untuk melurus dan meninggikan manusia itu sendiri. Surah Ar-Rum : 3


o Keperluan Zaman Kini

Dikatakan oleh Henry Brangyah dalam majalah siri ke 24 dari majalah Perancis : “Sesungguhnya masalah agama merupakan isu paling utama yang dibisingkan oleh dunia agamawan hari ini kerana tamadun generasi akan datang akan terhenti dengan hilangnya agama.”

Ini jelas bahawa Islam kini berada di paras kesedaran, umat Islam lahir semula, pemuda Islam dalam kebangkitan merentasi dari benua ke benua, mereka dan kita bakal memenuhi harapan bahkan dengan sepenuh yakinnya mengatakan : Islam tidak dapat tidak bakal mengetuai dunia, dan kerajaan Islam bakal kembali. Justeru itu kita memerlukan gelombang pendakwah, fuqahak yang berlandaskan Islam, maka siapa lagi yang mampu membentangkan mereka melainkan Al-Azhar?


2. Komponen Kejayaan Al-Azhar

o Institusi Kesedaran kepada Islam & Zaman.

o Teladan yang Baik

o Akhlak Ulama : Keberanian, Zuhud, Ikhlas, Kekuatan

o Dakwah & Gerakan dalam masyarakat

3. Andai Hilangnya Al-Azhar….

o Wujud pemikiran Materialistik

o Pemikiran Khurafat

o Wujud Pelampau Agama


Al-Azhar…Kritikan Peribadi

1. Pemilihan Pelajar

2. Pemilihan Tenaga pengajar

3. Kepentingan Universiti

4. Manhaj Rujukan

o Ilmu Tauhid

o Ilmu Fiqh

o Isu Lama & Baru

5. Majmak Buhus Islamiyyah ( Akademik Penyelidikan Islam )

6. Tuntutan kepada Al-Azhar dan Tuntutan Al-Azhar


Disediakan oleh : Hasanah Mohd Yusof


SSalam Comey : )

Laporan Gerak Kerja Mingguan (13 Oktober 2011M)




Laporan Gerak Kerja

Tempat : Bilik Tutorial DMAK

Masa : 8.00-10.30mlm

Hari : Khamis

Kehadiran: 16 orang

1. Ucapan pengerusi majlis : Saudara Abdul Mukmin

2. Ucapan alu-aluan oleh Saudara Abdul Hadi Ishak

3. Pembacaan kitab oleh Saudara Abdul Hadi Ishak

التعصب للفئة أو الحزب \ الجماعة

3.1 Perkembangan pemikiran/Revolusi orang Islam

3.2 Gejala-gejala taksub

4. Penambahan Info oleh:

Saudara Adam Adenan

Saudari Wan Izzat Aiman

5. Pembentangan umum oleh Saudari Hasanah Mohd Yusof

“Misi Al-Azhar :Diantara Dulu,Kini&Hari Esok”

6. Pembentangan oleh Saudari Nur Hidayah Mohamed

“Islam yang Kami Seru”

7. Pembacaan Kitab (Sambungan فقه وسطية )

7.1 Kefahaman dari sudut bahasa

7.2 Kefahaman wasatiyyah yang kita seru

7.3 الخصائص العامة للاءسلام

8. Penutup

Disediakan oleh,

SU Madrasah Wasatiyyah

Laporan Gerak Kerja Migguan ( 6 Oktober 2011 M)




Laporan Gerak Kerja

Masa :8.00 mlm-10.30mlm

Tempat :Rumah Kedah Darul Aman 1,Haiyyu Sabiek

Hari :Khamis

Kehadiran :23 orang

1. Ucapan alu-aluan oleh Saudara Abdul Hadi Ishak

2. Pembentangan umum oleh Saudari Asma Adnan

الدنيا في العصر العلم

2.1 Perinsip Islam dalam Ilmu

2.2 Islam menyatukan Agama dan Ilmu

2.3 Keperluan manusia tehadap Agama:

1) Keperluan akal mengetahui hakikat sebenar

2) Fitrah Manusia

3) Perbezaan antara orang Islam dan Bukan Islam

4) Agama tidak dapat dipisahkan dengan Ilmu

3. Penambahan Info oleh :

Saudara Adam Adenan- Pelihara Iman,Masyarakat dan Undang-undang

Saudara Abdul Hadi Ishak -Perkembangan Pemikiran Orientalis

4. Perkongsian Isu-isu terbaru di Malaysia oleh:

Saudari Hasanah Mohd Yusof

5. Pembentangan Oleh Saudara Hadi Johari

“Kepentingan Ilmu Usul Fiqh”

5.1 Faedah-faedah Ilmu Usul Fiqh

1) Mendisiplinkan ilmu

2) Menghormati manhaj-manhaj Ulama’

3) Mengetahui bagaimana Ulama’ mengeluarkan hukum

6. Kata-kata Nasihat daripada Ustaz Rosli (Cik Li)

7. Penutup

Disediakan oleh,

SU Madrasah Wasatiyyah

"قضايا المرأة في فقه القرضاوى"


الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر

* التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى

* القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في

قضايا المراة

الفصل الثاني : النماذج والقضايا التفصيلية

* شخصية المرأة المسلمة

* أهلية المرأة المسلمة

* مكانة المرأة في الأسرة المسلمة

* زي المرأة المسلمة وزينتها

* قضايا المرأة في الأقاليات

* في الثقافة الجنسية

Disediakan oleh,

* Saudari Hasanah

Perbahasan ( 4 ) : Penglibatan Wanita Muslimah dalam Masyarakat

( A ) Isu-isu Penglibatan Wanita Muslimah dalam Kehidupan Sosial

* Ikhtilat di antara lelaki dan perempuan

Pelbagai pendapat dan perbahasan berkenaan dengan isu ini diperkatakan dan diantara yang sering disalah ertikan dengan menyifatkan Islam sebagai satu agama yang meletakkan tembok yang tinggi diantara lelaki dan wanita sehinggakan keduanya tidak dapat melihat antara satu dengan yang lain!

Jawapan :

* kalimah Ikhtilat1 tidak pernah wujud didalam kamus Islam didalam menerangkan perhubungan diantara lelaki dan wanita. Ia sebenarnya lebih sesuai digantikan dengan kalimah ‘pertemuan’/ ‘perjumpaan’/ ‘penglibatan’ diantara lelaki dengan wanita dan sebaliknya.

* Tiada hukum yang umum diletakan didalam Islam tetapi perlu dilihat dari sudut tujuannya dan menimbangtara kebaikan & keburukannya.

* Tiada petunjuk lain yang dapat diberikan melainkan kembali kepada petunjuk yang diutuskan oleh Allah s.w.t iaitu Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebagai petunjuk yang benar.

* Penglibatan Wanita Muslimah dalam masyarakat sewaktu zaman Rasulullah s.a.w :

1. Hadir solat berjemaah dan Solat Jumaat.

2. Hadir Solat Sunat Hari Raya.

3. Hadir pengajian ilmu bersama golongan lelaki.

4. Penglibatan sebagai aktivis sukarela dalam siri peperangan.

5. Penglibatan dalam gerak kerja dakwah.

6. Diberi jawatan pengurus kewangan.

* Wanita dalam lipatan sejarah zaman para Anbiyak :

1. Kisah 2 puteri Nabi Syuib a.s yang bekerja kerana ayahanda mereka sudah berusia.

2. Kisah Saidatina Maryam AL-Muqaddasah dengan Nabi Zakaria a.s bersoal jawab sewaktu beliau di dalam mihrab.

3. Kisah Pemaisuri Balqis bermesyuarat dengan kaumnya berkenaan dengan perintah Nabi Sulaiman a.s. dan dialog diantara baginda dengannya.

قال تعالى : (( وَالَّتِى يَأْتِيْنَ الفَاحِشَةَ مِنْ نِّسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةَ مِنْكُمْ فَإِنْ شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي البُيُوْتِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُنَّ المَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُنَّ سَبِيْلاً ))النساء -15

Maksudnya : Dan para wanita yang melakukan perbuatan keji2 di antara wanita- wanita kamu, hendaklah terhadap mereka ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Apabila mereka telah member kesaksian, maka kurunglah mereka(wanita itu) sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah s.w.t memberikan jalan(yang lain)kepadanya3.

* Mengurung wanita didalam rumah dengan dikelilingi dinding merupakan nas Al-Quran yang diturunkan sewaktu peringkat sebelum turunnya hukum hudud terhadap penzina sebagai balasan kepada wanita yang melakukan perbuatan buruk. Jadi adalah tidak boleh diterima akal untuk mengurung wanita muslimah yang tidak berdosa dengan hanya memahami ayat dari surah An-Nisa ini membuta tuli tanpa mengkaji dengan lebih mendalam sebab penurunan dan keadaan yang sebenar!

* Kesimpulannya :

Pertemuan/perjumpaan dia antara lelaki dan perempuan adalah harus/digalakan sekiranya penglibatan diantara keduanya adalah dengan tujuan yang baik, untuk ilmu dan amalan soleh dengan syarat-syarat berikut :

1. Kedua-dua belah pihak menjaga pandangan dari melihat aurat, pandangan bersyahwat dan memandang tanpa sebarang hajat.

2. Wanita itu berpakaian menutup aurat.

3. Menjaga adab-adab sebagai seorang wanita muslimah sewaktu berinteraksi dengan golongan lelaki dari sudut percakapan, cara berjalan dan pergerakan serta tidak memakai hiasan yang membawa unsur tabarruj4 seperti wanita jahiliyah.

4. Menjaga dari berdua-duaan tanpa mahram.

5. Menjauhi dari memakai pewangi yang boleh menarik perhatian dan menaikan syahwat.

6. Pertemuan dengan tujuan yang penting dan jelas tanpa bualan kosong yang membuang waktu

1 Ikhtilat : Percampuran / Hubungan Sosial.

2keji : sebahagian besar mufassirin menafsirkan : perbuatan zina.

3jalan lain kepadanya : sebahagian besar mufassirin menafsirkan bahawa jalan yang lain itu ialah hukum hudud yang dijelaskan dalam surah An-Nur : 2

4Tabarruj : Perhiasan yang berlebih-lebihan.

( B ) Penglibatan Wanita dalam Bidang Politik

Sektor politik merupakan satu kewajipan syar`ie dan hak berpolitik merupakan tanggungjawab setiap individu yang bergelar warganegara –seperti hak melantik pegawai, hak pilihanraya dan hak pencalonan.

* Para Ulama menetapkan wanita sebagai ahli yang sempurna dalam hak pemilikan harta persendirian dan hak pemilikan dalam penjagaan anak. Justeru mereka memiliki hak politik dalam memilih pemimpin yang baik, yang melaksanakan amal ma`ruf dan nahi mungkar.

* Ayat al-Quran jelas menyebut perkara berkenaan penglibatan lelaki dan wanita dalam politik melalui ayat 71 surah at-Taubah :

قال تعالى : (( وَالْمُؤْمِنُونَ وَالمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ))

Allah s.w.t menerangkan dengan jelas bahawa wanita turut memiliki hak mutlak seperti lelaki dalam bersaudara dan usahasama dalam ekoposial.

* Sejarah Baiah ke-2 turut mencatatkan dengan jelas kewajipan penglibatan wanita dalam politik. Wanita zaman Kegemilangan Kerajaan Islam Madinah memainkan peranan yang penting sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri bermesyuarat bersama mereka di dalam perkara-perkara umum dan khusus.

* Perlantikan Wanita sebagai Ketua

* Tiada nas al-Quran yang melarang wanita menjadi ketua dan golongan yang mengatakan wanita dilarang menjadi ketua hanya bersandarkan kepada sepotong hadis sahaja daripada Abu Bakrah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

Rasulullah s.a.w telah bersabda ketikamana baginda telah mendengar perlantikan Buran Bint Qisra sebagai Raja di Parsi :

" لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً "

Imam Al-Qardhowi menyebut beliau tidak mahu membahaskan dengan lebih lanjut berkenaaan pendapat-pendapat yang mempertikaikan kesahihan matan hadis kerana hadis ini telah diriwayatkan selepas peristiwa pembunuhan Saidina Usman dan sewaktu Saidatina Aisyah r.a. mengetui peperangan Jamal yang masyhur.

Namun, sekiranya matan hadis ini sahih bukan bererti wanita dilarang menjadi ketua kerana hakikatnya , larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah larangan kepada wanita menjadi pemerintah yang mutlak(khalifah)-yang kelazimannya perlu mengetuai siri-siri peperangan, menjadi imam dalam solat dan lainnya.

* Rasulullah s.a.w sendiri pernah melantik Samra Bint Nahik Al-Asadiah sebagai pengurus kewangan di pasaran sekitar Makkah dan tugas itu setaraf dengan jawatan Qodhi ( hakim )ketika itu. Saidina Umar r.a. sewaktu pemerintahannya turut melantik Syifak Bint Abdullah al-Adawiyah sebagai pengurus kewangan di pasaran Madinah.

* Syiekh Ghazali RahimahuAllah menyatakan bahawa :

“ Kes ini bukanlah berdasarkan si polan itu lelaki atau wanita tetapi ia meliputi akhlak, kemampuan dan kemahiran masing-masing serta kebolehan ilmu yang dimiliki.”

* Hakim

Perbahasan berkenaan ini sudah lama diperbincangkan oleh ulama-ulama terdahulu bahkan Jumhur Ulama melarang wanita dilantik menjadi hakim. Ini jelas apabila diantara syarat yang disenaraikan untuk menjawat jawatan hakim ialah : Lelaki, Islam, Baligh, Berakal, Adil, Cukup pancaindera, boleh Mendengar, Melihat dan Bercakap. Pendapat ini berdasarkan daripada hadis yang telah disebutkan di atas.

Namun ada pendapat sebahagian ulama yang membolehkan wanita menjadi hakim seperti Imam Abu Muhammad Ibn Hazam dan Imam Abu Hanifah sendiri mengharuskan wanita menjadi hakim selain dari kes jenayah.

Imam Al-Qaradhawi mengatakan : Aku tidak melihat nas syarie yang mengatakan larangan wanita menjadi hakim bahkan Syiekh Al-Ghazali sendiri bersetuju dengan lantikan wanita sebagai hakim namun aku lebih suka hukum pengharusan ini disertai dengan syarat-syarat tertentu iaitu :

1. Wanita itu menjadi hakim sewaktu dia mampu.( سن قابلة.( : Tidak menghakimi sesuatu kes sewaktu sedang mengandung/ dalam keadaan haid .

2. Wanita yang memiliki keahlian sebagai hakim ( psikologi/ilmu/akhlak ) kerana jawatan ini memikul tanggungjawab yang berat dan besar1

3. Sistem kehakiman yang dipersetujui oleh masyarakat untuk melantik wanita itu sebagai hakim.

1Kenyataan ini berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan At-Tarmizi

* Ketua Pemerintah :

Larangan kepada wanita mengetuai pemerintahan dalam sesuatu kerajaan adalah disebabkan kebiasaan sifat wanita itu tidak mampu untuk menghadapi konflik-konflik yang berat, yang mengerah tenaga jasmani yang banyak namun disebut –kebiasaan- kerana tidak dinafikan wujudnya wanita yang dianugerahkan kemampuan yang hebat untuk memikul tanggungjawab besar ini seperti mana kisah Pemaisuri Saba` yang dinukilkan di dalam al-Quran. Namun perlu diingatkan sesuatu hukum tidak terbina atas perkara yang ganjil ( Nadir )1

Tetapi Islam tidak melarang wanita untuk menjadi ketua didalam sebahagian perkara seperti dalam Majlis Fatwa/Ijtihad, pendidikan, pejabat pentadbiran dan lain-lain perjawatan yang wujud pada zaman moden ini.

1Kaedah menyebut : Suatu hukum tidak berlaku dengan perkara yang nadir (perkara yang jarang berlaku)

( C ) Penglibatan Wanita Muslimah dalam Kerjaya Profesional

* Wanita Bekerjaya

* Wanita adalah INSAN seperti lelaki. Insan : satu kejadian semulajadi yang hidup, mampu berfikir dan bekerja. Ayat al-Quran jelas menyebut :

قال تعالى : (( فَاسْتَجَابَ لهَمُ ْرَبُّهُمْ أَنِّي لآ أُضِيْعُ عَمَلَ عَامِلِ مِّنْكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىج بَعْضُكُمْ مِّنم بَعْضٍ ))

آل عمران-195

قال تعالى : (( مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلِنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلِنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ

مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ )) النحل -97

Justeru wanita berhak untuk bekerja sepertimana lelaki berhak untuk bekerja.

* Wanita adalah sebahagian MASYARAKAT insani. Islam tidak akan memberi hak kemasyarakatan sekiranya menghukum mereka dengan kejumudan. Memberikan mereka untuk hidup tetapi tidak memberi kehidupan! Ini bukan ajaran yang dibawa oleh Islam!

* Tugasan utama wanita ialah mendidik generasi akan datang. Antara tugasannya seperti mengurus rumahtangga, membantu suami, membina keluarga bahagia yang disinari cahaya kemesraan dan rahmah. Namun tiada pengharaman syarie untuk mereka keluar bekerja bahkan hukumya adalah harus dan menjadi pengharusan yang dituntut sekiranya benar-benar berhajat-seperti wanita yang ditalaq dan tiada tempat bergantung.

* Faktor keperluan Wanita bekerja :

1. Keperluan keluarga yang menuntut mereka bekerja –seperti membantu suami/ mendidik anak-anak@saudara perempuannya yang masih kecil/ membantu ibubapa yang sudah tua seperti disebut di dalam al-Quran mengenai kisah 2puteri Nabi Syuib a.s. yang membantu ayah mereka mengembala kambing.

2. Keperluan masyarakat –seperti bidang perubatan terutama dalam lapangan Obstetrik1 & Ginekologi2, bidang pendidikan dan bidang-bidang yang memerlukan perkhidmatan wanita untuk wanita.

* Apabila hukum pengharusan diletakkan perlulah disertai dengan beberapa syarat untuk wanita itu keluar bekerja :

1. Pekerjaan yang dihalalkan syarak yang bermaksud tidak terlibat dengan pekerjaan yang haram atau yang membawa kepada haram seperti menjadi setiausaha peribadi kepada majikan lelaki, atau pramugari dan lain-lain.

2. Menjaga adab-adab sebagai wanita Muslimah dalam perhiasan, perjalanan, pergerakan dan percakapan.

3. Memastikan tanggugjawab utamanya sebagai isteri, ibu dan anak tidak diabaikan.

* Tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Muslim ialah:

1. Membantu menyediakan suasana bekerja yang selesa seperti bekerja hanya separuh hari, cuti khusus pada mereka yang baru berkahwin, dan cuti untuk melahirkan dan menyusukan anak.

2. Pembinaan sekolah/universiti khas untuk golongan wanita yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan bebas.

3. Pembinaan tempat khusus untuk wanita yang bekerja di dalam sektor pentadbiran, perbankan dan lain-lain supaya tidak berlaku fitnah.

1Obstetrik : Ilmu berkaitan melahirkan anak.

2Ginekologi : Ilmu sakit puan.

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini