Berkata Saidina Abu Bakar:
إن لله عملا بلليل لا يقبله بالنهار، وعملا بالنهار لا يقبله بالليل.
Sesungguhnya bagi Allah terdapat amalan di waktu malam ia tidak diterima diwaktu siang dan terdapat amalan diwaktu siang tidak diterima diwaktu malam.Apabila kita merenung wasiat Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar ini. Ia amatlah memberi kita penegertian amat mendalam tentang kepentingan mengetahui jenis-jenis amalan ketika mengerjakan. Sesungguh amalan kebaikan ini terlalu banyak untuk dlakukan. Disebabkan terlalu banyak jenis-jenis amalan inilah kita berhajat kepada mengetahui jenis apakah amalan yang wajip,sunat ,harus yang perlu kita laksanakan.
Kemungkinan amalan itu mulia,tetapi tidak kepada sesorang yang melakukan. Contohnya kita sebutkan,pekerja-pekerja yang berkerja disiang hari,dia al-quraan dengan menggunakan mushaf atau memanjangkan solat sunat sedangkan dia kerja-kerja wajip di pejabat yang belum diselesaikan maka segala sunatnya itu tidak diterima kerana belum melakukan kerja wajip. Ini dapat difahami melalui kata-kata Saidina Abu Bakar lagi
dengan kata-katanya:
وإنه لاتقبل نافلة حتى تؤدى الفريضة.
Sesungguhnya tidak diterima amalan sunat sehingga dilakukan amalan wajip.Maka perlu kita masing-masing memahami tugas kita tersendiri kerana kewajipan berlainan mengikut kemampuan,tugas,keadaan seseorang. Fikh terhadap qaedah ini perlu di dalami oleh semua umat Islam agar amalan mereka diterima oleh Allah Taala. Ustaz Fauwaz Fadzil
0 ulasan:
Catat Ulasan