KESAN TERHADAP PARA PEMUDA


KESAN TERHADAP PARA PEMUDA
Dicatat oleh Madrasah Wasatiyyah di 19:32 Label: pembentangan
Ringkasan Kertas Kerja

Tajuk:
AL-IMAM DOKTOR YUSUF AL-QARADHAWI DAN KESANNYA TERHADAP PARA PEMUDA
Oleh:DOKTOR ‘ISOM ‘ARYAN
Pembuka Bicara
Bismillahi Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah Wa’ala Alihi Waman Walah.Ringkasan kertas kerja ini dipetik dari kertas kerja asal yang disediakan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan pada pembentangan beliau dalam Seminar Al-Imam Al-Qaradhawi yang diadakan pada tahun dua ribu lapan yang lepas.Maka dari kertas kerja ini bakal dibahaskan secara ringkas untuk makluman semua mengenai manhaj Al-Imam. Al-Imam Al-Qaradhawi dianggap salah seorang ulamak yang paling terserlah sama ada dalam pembawakan fiqh(fatwa) atau dalam memimpin manhaj “wasatiyyah” pada suasana hari ini.Dalam kertas kerja ini akan dikhususkan perbahasan mengenai kesan Al-Imam terhadap para pemuda dalam pembawakan beliau terhadap manhaj ini. Kita akan dapati beberapa faktor atau gejala yang menyebabkan kepada perlunya perubahan.Perubahan inilah yang dibawa oleh Al-Imam menerusi manhajnya:

Keterlaluan sesetengah kelompok muslim dalam mengkafirkan muslimالتكفير1]
-Terdapat sebuah kumpulan di Bumi Mesir yang digelar “Jemaah Muslimin” yang terlalu segera dalam mengkafirkan beberapa individu muslim yang dirasakan telah melanggar beberapa syariat tuhan.
Keganasan dalam kalangan pemuda
-Sesetengah golongan pemuda(الشباب] yang ingin merubah sesuatu keadaan kepada lebih baik atau dengan erti kata ingin berdakwah tidak menggunakan manhaj atau wasilah yang dianjurkan oleh Islam.
-Golongan pemuda yang ingin mengguling pemerintah dengan kekerasan.
Waspada terhadap para pemuda dalam mengeluarkan pendapat(fatwa)
-Mengingatkan kepada individu yang berfatwa tanpa mengikut manhaj atau kaedah yang tepat

Politik dan senarionya
-Perbahasan mengenai suasana politik di Mesir dan seluruh negara Islam.Berlakunya pemberontakan atau demonstarasi, kepelbagaian parti dalam meyertai pilihanraya mengikut ruang demokrasi, cengkaman kerajaan sekular.
Keberadaan Islam di Barat
-Muslim yang bermusafir ke barat sama ada untuk bekerja atau belajar.
-Menjadi masyarakat minoriti di bawah kuasa kerajaan bukan Islam.
-Kurangnya kemahiran Al-Imam bertutur dalam bahasa asing membuatkan sukar mesej pembawakan beliau sampai ke masyarakat barat.
-Adanya kumpulan(jemaah) muslim di Amerika dan Eropah.
-Kehadiran Al-Imam ke majlis fatwa bagi negara-negara Eropah.
Al-Imam juga menggunakan beberapa wasilah sebagai platfom dalam penyampaian mesej dakwah beliau ke seluruh pelusuk alam.
Penyampaian dalam bentuk lisan

-Khutbah Jumaat
-Menghadiri apa saja program atau nadwah untuk menyampaikan ucapan.
Penulisan
-Puluhan kitab hasil dari penulisan Al-Imam tersebar ke seluruh dunia dan diterjemahkan dalam berbagai versi bahasa.Di antaranya:
(البنية الأساسية, الحلال والحرام فى الإسلام, الخصائص العامة للإسلام, الإيمان والحياة)
-Al-Imam banyak menyentuh perihal wanita dan kekeluargaan dalam karangannya sebagai pendorong kepada kemajuan wanita.
Bersua muka dengan pemuda
-Mengahadiri seminar atau kursus yang dianjurkan khas oleh pemuda dalam merapatkan ukhwah serta bertukar-tukar pendapat.
-Bermalam atau singgah dikediaman murid-muridnya.
Penyampaian mesej Al-Imam dalam bentuk globalisasi (web rasmi)[
-Laman web rasmi beliau yang sering dikemaskini dan senantiasa memuatkan
maklumat tentang aktiviti Al-Imam.
-Segala penjelasan isu antarabangsa tetap termuat dalam laman web tersebut mengikut komentasi dari Al-Imam.
- Menyertai seminar dan perhimpunan antarabangsa
-Mengahdiri mana-mana jemputan dari seluruh dunia.
Keanggotaan yang ramai dalam pertubuhan badan fekah جامع فقهية]
-Menubuhkan antaranya Kesatuan Ulamak Sedunia dan Majlis Fatwa Bagi Negara-Negara Eropah seperti yang diharapkan.

Menyertai badan kebajikan
-Badan Kebajikan Islam Antarabangsa di Kuwait.
Galakan kepada para pemuda
-Senantiasa memberi galakan kepada golongan pemuda dalam meneruskan usaha ilmiah dan gerakan dakwah serta memberi petunjuk dalam setiap amal mereka.

Seusai kalam
Demikian ringkasan hasil dari kertas kerja yang disiapkan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan.Dimuatkan dalam ringkasan ini beberapa pendapat saya pada bahagian nota kaki.Sekadar perbahasan pada ruang yang sempit ini mampu memberi kefahaman kepada kita mengenai manhaj “wasatiyyah” yang di pimpin oleh Al-Imam.Menjadi impian kita semua agar manhaj akan terpasak pada sanubari setiap insan untuk mengharungi oda kehidupan.Sepotong athar yang sering kita temukan,sebaik-baik perkara adalah pertengahan.

Semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur Al-Imam dan dikurniakan kesihatan berpanjangan disamping kita mampu untuk mengambil intipati pembawakan manhaj beliau dalam era dunia globalisasi hari ini mengikut acuan Quran dan Sunnah.Segala usaha Al-Imam dalam memperjuangkan manhaj ini, suka duka, mehnah yang dilalui, jatuh bangun dari perjuangan mudah-mudahan mendapat balasan yang terbaik dari tuan punya alam.Amin…

Ringkasan dan ulasan:Muhsin bin Ahmad Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    7 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini