Laporan Gerak Kerja Mingguan (22 September 2011M)
di 8:45:00 PTG 0 ulasan Label: Laporan Gerak Kerja
Pengenalan Madrasah Wasatiyah
Madrasah Wasatiyah Merupakan satu ungkapan ideal yang diambil daripada kalimah wasat yang beerti sederhana dan pertengahan. Ia juga merupakan salah satu ciri-ciri am yang penting bagi Islam. Ia juga beerti seimbang yang boleh dijelaskan dengan satu fenomena mengambil jalan tengah dan menambil sikap adil tatkala berlaku pertembungan , tidak cenderung antara dua perkara yang penting tapi bertentangan, tidak cenderung lebih kepada satu pihak sehingga membuang terus pihak yang berlawanan dengannya.
Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam, agama yang seimbang dan ideal bagi manusia seluruhnya. Dia juga meletakkan barisan Anbiya' seterusnya Ulama sebagai teras agama yang utuh bagi menyampaikan mesej-Nya kepada setiap hamba di muka bumi. Merekalah yang membawa obor dan cahaya Allah yang menerangi kehidupan. Risalah ini dibawa dengan berdasarkan manhaj dan kefahaman yang sahih lagi tepat terhadap sumber-sumber wahyu yang ma'sum dan juga akal yang terpimpin.
Tidak syak lagi bahawa Wasatiyah merupakan ciri terpenting Islam yang hari ini segenap umat membicarakannya bermula daripada ahli ilmu dan akademik sehinggalah kepada ahli politik. Namun Madrasah Wasatiyah hari ini cuba memahami Wasatiyyah berdasarkan kefahaman ulama muktabar kerana merekalah pembawa cahaya Islam sebenar.
Merujuk kepada suasana akademik di Mesir khususnya di kalangan pelajar-pelajar Al-Azhar, jelas terlihat keadaan tidak seimbang dan sederhana di dalam beberapa sudut sehingga terabai dan terbiar sesetengah sudut yang lain. Contoh terbaik bagi fenomena ini ialah ketidakseimbangan dalam memahami perkara turas dan mu'sarah. Justeru pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dengan berbekalkan kesungguhan untuk mendapat yang terbaik bagi ahli dan dengan bantuan ahli-ahlinya yang mempunyai kesedaran dalam hal ini mengorak langkah mewujudkan satu komuniti yang dinamakan dengan Madrasah Wasatiyah.
Madrasah Wasatiyyah ditubuhkan pada tahun 2008 dan berdaftar di bawah Badan Ilmiah dan Pengetahuan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah .
Objektif
Menggerakkan para sahabat mahasiswa memahami manhaj sederhana dan seimbang dalam semua perkara.
Memahami dan menghayati perjuangan ulama membawa mesej Islam masa kini dan seterusnya bergerak mengikut rentak mereka.
Menggerakkan perkongsian ilmu secara lebih agresif ke arah penambahan input ilmiah baru.
Mengkaji dan mempraktik manhaj ulama rabbani dalam ilmu, dakwah dan harakah.
Memupuk kesedaran dan semangat akademik di kalangan sahabat pelajar.
Mengkaji dan memahami tulisan ulama moden tanpa mengenepikan turas.
Membimbing rakan mahasiswa mengkaji manhaj ulama moden dalam membawa islam yang betul dan tepat pada zaman ini.
Menambah nilai prestasi kebolehan mahasiswa.
Method dan manhaj bergerak
Komuniti Madrasah Wasatiyah ini cuba bergerak berdasarkan manhaj yang bersesuaian dan berkesan. Beberapa pertemuan akan diadakan pada peringkat awal untuk menerangkan berkenaan fahaman sederhana dan seimbang (Al-Wasatiyah) seterusnya bermulalah kajian terhadap tulisan-tulisan ulama moden seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ali Jum'ah, Dr Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain. Selepas itu komuniti ini akan dibahagikan mengikut bidang-bidang kajian seperti al-quran dan hadis, Akidah dan aliran fikiran, fekah dan usul fekah, sastera dan bahasa arab, tasauf dan dakwah dan lain-lain lagi.
Sahabat komuniti
Sahabat wasatiyah adalah mereka yang merupakan ahli Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dan sahabat-sahabat dari negeri yang lain.
Beberapa orang penyelia akan dilantik bagi menggerakkan dan memantau perjalanan komuniti ini. Berikut merupakan susunan organisasi cadangan asas dan sementara bagi komuniti ini
Penaung : Badan Ilmiah dan Pengetahuan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.
Mursyid Liqa': Muhsin bin Ahmad
Mudir / Moderator Liqa' : Muhammad Abdul Hadi Bin Ishak
Setiausaha/Ketua Penal Blog : Hasanah binti Mohd Yusof
Bendahari /Mas'ul Wanita : Wardah binti Mohd Yusof
Unit Perancang/Mas'ul Lelaki : Adam bin Adenan & Mukmin
Silibus dan Pengisian
Madrasah bukanlah platform untuk mengeluarkan fatwa. Ia hanyalah pentas bagi perbincangan ilmu bermanhaj dan dakwah bersistematik di kalangan mereka yang berminat.
Fokus kepada tulisan-tulisan Yusuf Al-Qaradawi dan ulama sebarisnya dalam membawa manhaj dan kefahaman Wasatiyyah berlandaskan 30 Ma'alim yang telah digariskan beliau. Ini kerana karangan-karangan beliau merangkumi aspek-aspek kajian yang pelbagai dan memenuhi keperluan segenap bidang daripada usul-usul agama sehingga cabang-cabangnya seperti bidang Akidah, Ekonomi Islam, Ulum Quran dan Sunnah, Dakwah dan Tarbiah, Aliran Pemikiran serta Sastera dan Bahasa Arab.
Menerusi liqa'-liqa' ilmu dan perbincangan pelbagai hala, penyediaan dan pembentangan kertas-kertas kerja, seminar, forum dan sebagainya.
Rujuk karangan-karangan beliau dijadikan umdah atau sandaran bagi kajian-kajian Madrasah Wasatiyyah dengan tidak mengenepikan karangan ulama kontemporari lain seperti Dr Ali Jum'ah dan Dr Wahbah al-Zuhaili yang juga mempunyai sumbangan besar dalam mengisi aliran sederhana dan seimbang.
Kos dan Perbelanjaan
Dianggarkan kos menghidupkan Madrasah Wasatiyyah ini berjumlah le 3000.00 . Ia berdasarkan perbelanjaan tahunan seperti berikut :
Kitab rujukan moden : le2000.00
Pengurusan/jamuan : le1000.00
Jumlah : le3000.00
Penutup
Diharapkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan bantuan tidak kira material atau moral agar Madrasah Wasatiyyah berjalan dengan jaya bagi mencapai objektif-objektifnya. Moga usaha kecil ini menjadi titik mula kearah kecemerlangan akademik dan semoga ia diberkati Allah dan mandapat perkenan-Nya.
di 11:03:00 PG 0 ulasan Label: Madrasah Wasatiyyah
MADRASAH WASATIYAH
Memanjatkan tinngi kesyukuran kepada Allah Taala kerana manhaj wasatiyah telah mula diterima oleh kerajaan dan sebahagian tokoh ilmuan Malaysia.
ustaz Zaharudin pun menubuh madrasah wasatiyah untuk di dalam manhaj ini. ini menunjukan manhaj ini menggambarkan manhaj Islam yang sebenar. kita mahu setiap umat Islam diperkenlkan manhaj ini suapaya kefahaman mereka terhadap agama dan kehidupan akan bertambah baik.
Bersyukur kepda Ilahi manhaj yang kita telah mengajak orang ramai kepadanya mula berkembang. Saya sendiri mula membaca kefahaman di surau Pusat Dakwah
Alor Setar dam membaca buku2 Al qaradawi di banyk tempat kerana ingin mengembang madrasah Al qradawi dan wasatiyah,
Saya dan sahabat-sahabat saya masih istiqamah ini menyebar fahaman ini . Di Kolej Insaniah kita mempounyai anak murid Dr Qaradawi Dr Rejab Abu Milih bekas mufti Islam Online juga cuba mengerakkan pemikiran Imam Qaradawi yang kita kasihi.
Mudah-mudahan usaha untuk mengerakan pemikiran Imam Qaradwi akan berjaya dibentuk diinsaniah, insyalah kita ke arah itu, kita mahukan pendakwah2 akan cuba membaca pemikiran imam Qaradawi supaya kita selalu bertambah maju kedepan dengan izin Allah Taala.
mudahan selepas ini penulisan akan diteruskan dengan lebih lancar selepas lama berhenti. Amin. kalau siapa2 yang ada tajuk nak cadang bolehlah cadang dsini untuk kita huraikan yang termampu.
Oleh : Ustaz Fauwaz Fadzil Nor
di 10:18:00 PG 0 ulasan Label: Artikel Mudir
Hukum Beer Tanpa Alkohol

AlImam Qaradawi telah ditanya tentang hukum meminum beer tanpa alkohol maka Imam menjawab:
Islam telah bersepakat bahawa setiap minuman yang mempunyai unsur memabukkan samada banyak atau sedikit hukum meminumnya tetap haram.Apabila arak ini diharamkan kerana mabuk dan unsur yang memabukkan itu adalah alkohol maka sekiranya terdapat di dalam jenis minuman beer yang tidak mempunyai alkohol maka ia tidak menjadi haram dan tidak menajadi kesalahan seorang muslim yang tenang hatinya dengan air itu untuk minum.
Tetapi sekiranya terdapat sedikit alkohol maka hukumnya haram.sekiranya seseorang itu syak terhadap beer itu adakah ia mempunyai alkohol atau tidak,maka hendaklah dia mengelakan minuman tersebut kerana menjaga agamanya.
Apa-apapun,Allah Taala telah memberikan nikmat minum-minuman yang begitu banyak yang status halalnya itu diyakini yang boleh kita meminumnya.(Nukilan daripada Web Imam bersama gubahan dan ringkasan bahasa).
Oleh : Ustaz Fauwaz Fadzil Nor
di 10:14:00 PG 0 ulasan Label: Artikel Mudir
Fikrah Merancang

Dipenghujung Ramadan ini membuahkan fikrah kepada kita iaitu fikrah merancang beribadat pada bulan-bulan akan akan datang. Fikrah merancang ini telah ditanggilkan oleh umat Islam sehingga perancagan untuk beribadat telah hilang daripada kehidupan kita.
Kita merancang segala-segalanya melainakan ibadat. Adakah kita mengatur ibadat kita diwaktu padi,diwaktu tengah hari,waktu petang,malam dan tengah malam. Ramadan mengajar kita pengertian sebegini. kita boleh merancang beribadat dngan tadarusnya,terawihnya dan sedekahnya. Alangkah indahnya kalau hidup kita berterusan dibawah lindungan Allah dan beramal dengan Sunnah Nabi.
Seperti kata seorang pemikir barat " If Fail To Plan You Plan To Fail" Maka fikrah merancang dan menysun waktu,kehidupan adalah tanda-tanda seorang muslim yang berjaya kerana dengan penyusunan kita mampu melaksanakan tugas kita dengan sempurna dan meletakan setiap amal pada tempatnya. Seperti kita menyusun kewangan kita dengan penyusunan dan perancangn dengan baik kita tidak berhutang atau mampu mengurangkan hutang dan dapat hidup dengan bahagia begitulah dengan ibadat.
Mudah-mudahan tulisan ringkas ini kita mampu menjadi umat yang merancang,setelah itu kita mampu beramal,setelah kita beramal kita ikhlas,selepas kita ikhlas, amalan kita diterima Amin.
di 9:54:00 PG 0 ulasan Label: Artikel Mudir


