Laporan Gerak Kerja Mingguan ( 27 Oktober 2010 )

Laporan Perjumpaan Madrasah Wasatiyyah

Tarikh : 27 Oktober 2010M
Masa : 7.30-9.00 malam
Kehadiran : 8 orang

1. Ucapan aluan oleh Saudara Abdul Hadi Ishak

2. Perbincangan umum berkenaan isu-isu semasa Malaysia oleh saudara Muhsin Ahmad :

2.1 Masalah Jenayah meruncing di Malaysia
2.2 Isu Pemberian Wang Ihsan : Sumber judi lumba kuda??
2.3 IFF`s ( Islamic Festival Fashion Show ) dipolitikkan...
2.4 Kematangan remaja Islam dalam Ilmu masih di tahap terlalu rendah
2.5 Perjalanan Institusi Ifta
2.6 Keistimewaan warga Cina di Malaysia
2.7 Pemahaman Amal + Kefahaman

3. Perancangan minggu hadapan :

3.1 Pembentangan : Saudara Muhsin Ahmad ; Rasul & Ilmu
Saudari Nurul Iffah ; ( tajuk umum )

3.2 Penyediaan artikel oleh setiap ahli : Kulyah No.1 Persatuan Bukan No.2??

4. Penutup.

Disediakan oleh
SU Madrasah Watiyyah

Laporan Gerak Kerja ( 30 Jun-7 Ogos 2010)

لقاء المدرسة الوسطية

التاريخ/الوقت

الحضور

الأنشطة

ملاحظة

30 / 6 / 2010 م

13 طلبة

1. القدس : قضية المسلمين

2. المرأة ودورها

3. المرأة والمجتمع

4. القرءاة التراثية : الحكم العطائية

عبد الهادي إسحاق

شريقة إينتن شافي ناز سيد جاسين

حسنة محمد يوسف

عبد الهادي إسحاق

21 / 7 / 2010 م

9 طلبة

1. معالم الوسطية : ضبط الفقهاء وتأصيل الأصول

2. Kelebihan & kekurangan "TIDUR"

عبد الهادي إسحاق

أسماء حسنى عدنان

28 / 7 / 2010 م

9 طلبة

1. المناقشة العامة : شعبان وفضائلها

2. واجبنا نحو القرآن الكريم

3. الحياة الروحية في الإسلام ( مقدمة وتعريف )

4. الإسلام : العلم والتربية 1*

عبد الهادي إسحاق

عبد المؤمن ذوالكفل

آدم عدنان

حسنة محمد يوسف وحكيمة زكوان

7 / 8 / 2010 م

11 طلبة

1. النقود : عرض / ذهب ؟؟

2. فقه الصيام

3. الحياة الروحية في الإسلام ( تتابع )

4. الإسلام : العلم والتربية 2*

5. Perpecahan : Masalah Umat Islam ;

Dr. Tal`at Muhammad Afifi

عبد الهادي إسحاق

عبد الهادي إسحاق

آدم عدنان

حسنة محمد يوسف

محمد فارس رملي

*التقديم مع العمل الوراقي : واحدة فقط

Keistimewaan al-Qaradawi (Siri 6)



PDF Print E-mail
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali

1.Ketajaman akal dan pandangan yang bernas

Sebagai seorang pendakwah, al-Qaradawi mempunyai ketajaman akal dan pandangan yang bernas dalam mengutarakan sesuatu isu dan menyelesaikannya dalam konteks masyarakat kini. Perkara ini dapat dilihat dalam penulisan-penulisan beliau terutama mengenai gerakan Islam dan keutamaannya dalam menghadapi arus globalisasi. Dalam buku Fiqh al-Awwalawiyyat, al-Qaradawi menghuraikan keutamaan dengan mengambil contoh dari al-Quran, al-sunnah serta para pendakwah sepanjang zaman.
Beliau menghuraikan perkara ini dengan jelas dan mudah sehingga mencengkam jiwa pembacanya. Walaupun perkara keutamaan ini telah dinyatakan dalam al-Quran tetapi ia semakin diabaikan sehingga al-Qaradawi menulis buku ini untuk menyedarkan peranan yang perlu dipikul oleh umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi juga mengakui peranan akal dalam islam. Beliau menyatakan dalam bukunya al- Ilm wa al-‘Aql fi al-Islam (Ilmu dan akal dalam Islam) yang menerangkan kedudukan akal dan Islam memuliakan akal dengan mengiktirafkan ijtihad sebagai salah satu hukum yang diputuskan akan mendpat pahala sama ada betul atau salah. Walaupun begitu akal harus dibimbing oleh wahyu.

2.Sasterawan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang sasterawan dan sejak kecil lagi beliau menulis rangkap syair-syair Arab.Beliau amat menyukai syair yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.Al-Qaradawi juga mempunyai buku syair yang berjudul Nafahat wa lahahat, dan al-Muslimun al-Qadimun. Syair yang pertama ditulis ialah bertajuk Safarat al-indhar. (Bunyi sirene) Syair itu menggambarkan sebuah zaman yang ditimpa peperangan. Apabila masyarakat mendengar bunyi sirene pada malam hari, maka sekilas itu mereka mematikan seluruh lampu. Sedangkan jika mereka mendengarnya di siang hari, mereka akan tergegas-gesas bersembunyi. Syair ditulis semasa beliau berada di tahun Dua Menengah Rendah, Maahaad Agama Tanta. Antara syairnya ialah syair yang ditulis dalam buku kisah Yusuf al-Siddiq yang berbunyi :

Wahai engkau yang disingkirkan oleh gelapanya malam, hadapilah ia dengan kesabaran,
Kerana siang dan malam akan selalu bergantian
Lihat cuaca yang dapat cerah kembali meskipun awan telah menyelimutinya
Dan malam akan berakhir dengan datangnya cahaya pagi hari
Lihatlah Yusuf yang dengan tangannya berhasil menguasai Mesir
Padahal sebelumnya ia adalah penghuni penjara.

Dalam penjar Tur, Yusuf al-Qaradawi dan rakan-rakannya sering menghiburkan hati mereka dengan syair Mustaf Sadiq al-Rafi’I yang berjudul al-‘Arubah. Rangkapnya berbunyi antara lain :

Wahai Tuhan kami, hanya padaMulah kami menyeru
Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaanMu
Kami tidak akan ridha dengan yang lain, kecuali engkau meridhainya.

Al-Qaradawi menulis rngkap syair khusus buat Hassan al-Banna iaitu :

Bagimu wahai pemimpinku, wahai guru yang mulia
Wahai orang yng membawa cahaya pada zaman kegelapan
Wahai pembimbing dunia yang mengikuti manhaj Nabi Muhammad
Wahai orang yang memiliki sifat generasi Dar al-Arqam
Engkau telah meninggalkan Islam dengan gagah berana, ia tidak memiliki
Anak kecuali para generasi muslim,
Engkau telah menuliskan kepda dunia akan benarnya sebuah pertolongan,
Dan engku menolaknya sampai menyiramnya dengan darah sendiri.
Mereka mengira bahawa engkau telah meninggal, padahal engkau tetap hidup di tengah-tengh kami,
Tidak pernah ada yang mati kecuali diktatator sang pelaku kejahatan.
Mereka mengira bahawa engkau telah tiada, padahal engkau nampak di tengah-tengah kami
Kami akan berjuang dengan manhajmu di seluruh pelusuk bumi yang fana.
Tidurlah di sisi Tuhanmu yang Maha Memberi Pemberi Petunjuk
Engkau telah mendirikan sebuah bangunan tak mungkin keruntuhan
Rasa cinta terhadapmu akan tetap tertulis dalam sanubari kami
Cahayamu akan selalu ada dalam hati dan namamu selalu ada pada mulut kami.

Al-Qaradawi mengambarkan penjara Tur sebagai tempat perkhemahan abadi bagi peningkatan peribadi anggoa Ikwan hingga tahun 1949. Rangkap syair tersebut berbunyi :

Wahai manusia, saat ini sejarah telah menjadi bukti perjuangan kami
Saat ini kebenaran telah nampak bagi sesiapa saja yang mahu melihatnya
Sesungguhnya kami telah melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan
Dan kebenaran ini dapat dibuktikan dengan beribu dalil
Mereka telah menganggap kami tiada, sehingga kami bertanyanya,
‘kemanakah air mengalir’
Padahal ia menghidupkan (tumbuhan) yang telah mati dan
Memberi minum mereka yang kehausan
Mereka berkata,’Ke Penjara Tur’.maka kami katakana,’Ya, sekarang rumah Ikhwan telah terbuka
Untuk menghimpun kami sebagai satu saudara di jalan Allah
Di sanalah kami memutuskan segala sesuatu yang ditajuti musuh kami
Ia adalah sebuah musalla tempat kami membersihkan diri
Ia juga adalah sebuah tempat yang bersih yang menjadi tempat kami menguatkan badan
Ia juga adalah sebuah tempat perlatihan untuk menyiapkan
Kami sebagai bala tentera dalam menghadapi sebuah peperangan
Dan ia adalah sebuah lembaga pendidikan tempat kami lebih banyak mengenai kebenaran
Jika kami dilarang berkumpul lebih dari empat orang
Maka ia akan menghuni belantara penjara Tur yang penuh serigala
Mereka memasukkan ke dalam Tur agar tersiksa dan terasing
Tetapi atas nikmat Allah bagi kami, ia adalah sebuah taman
Inilah Tur yang mereka inginkan agar kami menjadi terhina
Padahal di sana pula, Tuhan kami berkenan menambahkan keimanan
pada jiwa kami.

3.Spiritual yang tinggi

al-Qaradawi seorang yang mempunyai sifat kerohanian yang tinggi.Sifat ini semestinya ada bagi seriap orang yang berada dalam medn dakwah. Kerohanian ini akan memancarkan ketulusn yang suci kepada Allah dan menambhakn keimanan. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa penjara Tur telah bayak memberi latihan dan pengjaran kepada golongan Ikhwan untuk meningkatkan amalan kerohanian terutama dalam bulan Ramadhan. Di sini juga, mereka mengamalkan mathurat setiap solat Subuh dan Maghrib.

4.Kesetiaan kepada rakan

Al-Qaradawi amat seti kepada kwan sejak kecil lagi. Perkenalan beliau dengan Muhammad Damardasy Murad sejak di Mahaad Tanta dn tinggal serumah.al-Qaradawi menyifatkan Muhammad Damrsay sebagai teman baik dalam pelajaran, di rumah maupun dalm medan dakwah. Beliau adalah sahabat al-Qaradawi yang banyak mengetahui sifat keperibadian al-Qaradawi secara mendalam. Dalam Ikhwan, al-Qaradawi lebih mengenali banyak rakan-rakn seperti Abdul Wahab Battanuni, Ahmad Asal dan Sayyid Sabiq.

Kesetiaan beliau terhdap sahabat dapat dilihat dengan beliau mengarang buku tenatng perhubungan persahabatan dengan Muhammad al-Ghazali lebih dari 50 tahun. Begitu juga beliau mengarang buku tentang perhubungan persahabatan dengan al-Nadwi sejak mula al-Nadwi melawat Mesir pda tahun 1951 Beliau juga menulis ucapan takziah kepada sahabat-sahabatnya yang telah meninggal dunia.Ucapan-ucapan takziah itu dikumpulkan menjadi satu buku yang bertajuk fi wada’ al-‘alam. Antara ucapan takziah yang diberikan oleh al-Qaradawi iaitu Anwar al-Jundi, Ali Tantawi, Adil Husain, Muhamad Qutbah, Abdul Halim Abu Shaqah, Abdul Aziz bin Baz, Sayyid Sabiq, Mustafa al-Zarqa’, Jadul Haq Ali Jadul Haq, Muhammad al-Ghazali , Abdullah al-Ansari dan Abdullah bin Zaid al-Mahmud.

Sumber-Sumber Pemikiran Dakwah Al-Qaradawi

Al-Qaradawi dalam mengutarakan pandangannya mengambil sumber-sumber asasi sebagai titik tolak dalam karyanya dan pemidatoannya. Sumber-sumber tersebut ialah :

1. Al-Quran
al-Qaradawi menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam pemikiran, tulisan sama aada dalam bidang fatwa dan dakwah. Perkara ini jelas dalam bukunya seperti al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (halal haram dalam Islam), al-fatawa al-Mu’asarah (fatwa-fatwa semasa) dan Fiqh al-awlawiyyat (Fiqh Keutamaan). Beliau membawa dalil-dalil dari al-quran sebagai hujah yang utama. Al-Qaradawi sendiri mengakui bahawa al-Quran merupakan sumber utama dalam kehidupan seorang muslim. Dalam buku Marji’riyyat al-Ulya fi al-Islam (Rujukan Utama dalam Islam), al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-quran dan al-sunnah merupakan dua sumber utama dalam perundangan Islam, akidah, ilmu pengetahuan, ibadat, perundangan, akhlak, adab dan keseluruhan bidang kehidupan dengan memahaminya dengan kefahaman yang betul.

2. Al-sunnah
al-Sunnah merupakan sumber kedua selepas l-qurn.Beliau sentiasa mengambil hujah-hujhserta dalil-dlil dari al-sunnah dalm menerangkan makna-makna al-Quran. Beliau juga mempertahankan al-sunnah daripada golongan yang ingin menghapuskannya sebagai sumber utama Islam. Sebagai contoh fatwa yang membolehkn seseorng itu bersembahyang dalam gerej jika tidak ad temapt yang lain berdasarkan hadith nabi yang menyebutkan bahawa Allah menjadikan bumi ini masjid dan bersih. Sekiranya umat aku ingin mengerjakan solat, maka boleh dilakukannya. Al-Qaradawi mengambil hadith ini sebagai hujah dan sumber dalam mengeluarkan fatwanya iaitu mengharuskan mengerjakan solat di gereja selagimana ia jauh dari syubhat dan kekotoran. Al. Qaradawi menyebutkan penyelesaian permasalahan feqah dalam mana-mana mazhab mesti merujuk kepada al-sunnah. Oleh itu para fuqaha telah menjadikan al-sunnah sebagai sumber kedua perundangan Islam selepa al-Quran dalam kitab-kitab mereka termasuk mazhab Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri yang mengingkari Qias dan golongan Abu Hanafiah yng dikenali sebagai madrash al-ra’yu.(aliran ynag berdasarkn akal)


3.Kisah-Kisah Sejarah.

Al-Qaradawi sering kali membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan manusia khususnya ketamdunan Islam. Beliau membaw contoh-contoh kisah sejarah sebagai iktibar dn pengajaran untuk umt Islam. Sebagai contoh al-Qaradawi telah membawa kisah Qarun yang melampaui batas dan melakukan kezaliman keapada kaum dn tidak bersyukur atas kurniaan Allah. Beliau juga memberi contoh kisah kaum ‘Ad yang sombong dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Begitu juga dengan kisah kaum Lut yang melakukan perbuatan keji. Akhirnya mereka dihancurkan oleh Allah.

4.Ilmu-Ilmu Agama dan Ilmu-Ilmu Kemanusian.

Dalam bukunya Thaqafah al-Da’iyyah (Pengetahuan Para Pendakwah) al-qaradawi telah menyebutkan keperluan pendakwah menguasi ilmu-ilmu Islam, ilmu sejarah,ilmu kemanusiaan, ilmu kesusasteran dn bahasa.Oleh demikian, kita dapti beliau menjadikn ilmu agama dan ilmu kemanusian sebagai asas dalam pemikirannya. Di samping itu juga, beliau adalah graduan kuliah Usuluddin iaitu kuliah yng mengajar pelbagai ilmu seperti akidah, falsafah, tafsir, hadith, fiqh dan usul fiqh. Ilmu-ilmu tersebut terdapat dalam dirinya sebagai persiapan dalam medan dakwah. Penguasaan dalam ilmu kemanusiaan jelas terbukti dalam karyanya Islam hadarah al-ghad. Dalam buku ini beliau mengambil pandangan Alex Lord, Henry land dan Graudi yang menyebutkan kepincangan dunia barat.

5.Realiti dan Keutamaan

al-Qaradawi sentiasa melihat realiti dan keutamaan dalam menyampaikan dakwahnya. Dalam mengemukakan sesuatu isu, al-Qaradawi akan melihat keutamaannya. Dalam mukadimah buku al-‘Aql wa al-‘ilm (Akal dan Ilmu), beliau menjelskan sebab beliau menangguhkan buku-buku yang berkaitan dengan tafsir bertema dan lebih menumpulan mengenai isu-isu semasa yang merupakan lebih utama ditulis pada waktu itu. Al-Qaradawi menulis buku khusus tentang keutamaan dalam dakwah dan pemikiran iaitu buku yang berjudul Fiqh al-awwalawiyyat.(Memahami fiqh Keutamaan). Beliau menerangkan tuntutan keeutamaan dalam al-Quran dan al-sunnah dan sebab kehilangan keutamaan dalam kehidupan kita kini.Beliau juga membawa contoh-contoh ulamak yang melaksanakan dakwah mengikut keutamaan.

Beliau menggabungkan kelima-lima ciri tersebut dalam menyampaikn dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang mudah. Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam.

Imam Al-Qaradawi (Siri 5)


PDF Print E-mail
Buku-Buku Karangan al-Qaradawi

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Al-Qaradawi telah mengarang hampir seratus buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.Buku-buku beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan buku-buku tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, buku-buku tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Qaradawi secara lebih terperinci.

1. Fikah dan Usul Fiqh

Sebagai seorang ahli fikah, beliau telah menulis beberapa buah buku yang terkenal seperti berikut :
1. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad fi al-Shari’at al-Islamiah, (Ijtihad dalam syariat Islam), Dar al-Qalam, Kuwait,1996
4. Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah, (Pengenalan Pengajian syariat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
5. Min Fiqh al-Dawlah al-Islamiah, (Fiqh Kenegaraan), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997
6. Nahw Fiqh Taysir, ( Ke arah fiqh yang Mudah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
7. Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan Pencerobohan), Dar al-Sahwah,Kaherah,1992
8. Al-Fiqh al-Islami bayn al-Asalah wa al-Tajdid, (Fikah Islam antara ketulenan dan Pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
9. Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Syari’ah al-Islamiah (Faktor-Faktor kelenturan dalam syariah Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
10. Al-Ijtihad al-Mu’asir bayn al-Indibat wa al-Infirat, (Ijtihad Semasa antara kejituan dan kecuaian), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah,1994
11. Fiqh al-Siyam, ( Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991
12. Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2002
13. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik ), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
14. Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh minoriti Muslim) Dar l-Shuruq, Kaherah, 2001

2. Ekonomi Islam

15. Fiqh al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah al-Risalah, Beirut,
16. Mushkilat al-Faqr wa kayfa Alajaha al-Islam, (Masalah kefakiran dan bagaimana Islam mengatasinya),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1980
17. Bay’u al-Murabahah li al-Amri bi al-Shira; ( Sistem jual beli al-Murabah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1987
18. Fawa’id al-Bunuk Hiya al-Riba al-Haram, ( Faedah bank itulah yang diharamkan), Dar al-Wafa’, Kaherah,1990
19. Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, ( Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
20. Dur al-Zakat fi alaj al-Musykilat al-Iqtisadiyyah, (Peranan zakat dalam Mengatasi Masalah ekonomi), Dar al-Shuruq, kaherah,2001


3. Pengetahuan tentang al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Qaradawi juga melalukan kajian mengenai al-Quran dan al-Sunnah terutama dalam memahami metodologi, car berimteraksi dan membetulkan kefahaman mengenai al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang ini beliau telah menulis :

21. Al-Aql wa al-Ilm fi al-Quran, ( Akal dan Ilmu dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
22. Al-Sabru fi al-Quran, (Sabar dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1989
23. Tafsir Surah al-Ra’d, (Tafsir surah Ra’d), Dar al-Bashir, Kaherah,1996,
24. Kayfa Nata’amal ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, (Bagaimana berinteraksi dengan sunnah), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2000
25. Madkhal li Dirasat al-Sunnah, (Pengantar mempelajari sunnah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
26. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran, ( Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran), Dar al-Shuruq, Kaherah,1999
27. Al-Muntaqa min al-Taghib wa al-Tarhib ( hadith-hadith terpilih mengeni berit gembira dn peringatan), Dar al-Wafa, Kaherah, 1993
28. Al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifah wa al-Hadarah, (Sunnah sebagai sumber pengetahuan dan tamadun), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997


4. Akidah Islam

Mengenai persoalan tauhid, al-Qaradawi telah menulis beberapa buah buku :

29. Wujud Allah, (Adanya Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1990
30. Haqiqat al-Tawhid, (Hakikat Tauhid), Maktabah Wahbah, Kaherah,19
31. Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-Ksh wa al-Ru’a wa Min al-Kananah w al-Tarna’im wa al-Ruqa. ( Posisi Islam mengenai Ilham, kasyaf, mimpi, ramalan, pencegah kemalangan dan jampi), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
32. Iman bi Qadr, (Keimanan kepada Qadar), Maktabah Wahbah, Kaherah,


5. Dakwah dan Pendidikan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang juru dakwah yang penuh semangat. Dalam bidang ini beliau telah menulis buku-buku terkenal :

33. Thaqafat al-Da’iyyah, (Wawssan Seorang juru dakwah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
34. Al-Tarbiah al-Islamiah wa Madrasah Hassan al-Banna,, ( Pendidikan Islam dan ajaran Hassan al-Banna), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
35. Al-Rasul wa al-Ilmi, ( Rasul dan Ilmu), Muasassah al-Risalah, Beirut, 1991
36. Al-Waqt fi Hayat al-Muslim (Waktu dalam kehidupan seorang Muslim), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1991
37. Risalat al-Azhar bayn al-Ams al-Yawmi wa al-Ghad, ( Risalah al-Azhar antara semalm, hari ini dan besok), Maktabah Wahbah, Kaherah,1984
38. Al-Ikhwan al-Muslimun sab’in Amman fi al-Da’wah wa al-Tarbiyyah, (Ikhwan al-Muslimun selama 70 tahun dalam dakwah dan Pendidikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999


6. Kepastian mengatasi Masalah dengan cara Islam

Menurut pndangan al-Qaradawi, Islam adalah suatu kepastian yang wajib diikuti untuk mengatasi semua masalah yang kita hadapi. Tidak ada suatu sistem yang dapat mengatasi persoalan umat keculi Islam. Malah apa-apa sistem selain Islam hanya akan menambahkan luka parah yang sudah di alami umat. Mengenai masalah ini beliau telah menulis :

39. Al-Hulul al-Mustwaradah wa Kayfa janat ‘ala Ummaatina, (Penyelesaian Import : bagaimana ia Menghentam Umat kita), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
40. Al-Hall al-Islami faridatan wa daruratan (Mengatasi masalah dengan cara Islam adalah suatu kewajipan dan kepastian), Maktabah Wahbah, Kaherah,1987
41. .Bayinat al-hall al-Islami wa Syubuhat al-Ilmaniyyin wa al-Mustaqhribin, (Penjelasan mengatasi masalah dengan cara Islam dan tuduhan orang Barat dan pengnut sekular), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1988
42. ‘Ada’ al-hall al-Islami, (Musuh-musuh dalam penyelesaian cara Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000


7. Tokoh Islam

Al-Qaradawi jug menulis beberapa buah buku tentang sejarah hidup para tokoh :

43. Al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi, ( Imam al-Ghazali antara para pemuja dan pengkritiknya). Dar al-Wafa’, Kaherah,1988
44. Al-Shaykh al-Ghazali Kama Araftuhu Khilala Nisf al-Qarn (Syeikh al-Ghazali seperti yang saya kenal selama setengah abad), Dar al-Wafa’, Kaherah,1995
45. Nisa Mu’minat, (Para Wanita Beriman), Maktabah Wahbah, Kaherah,1979
46. Abu Hasan al-Nadwi Kama ‘Araftuh, , (Abu Hassan al-Nadwi seperti yang saya kenal) Dar al-Fikr, Beirut, 2001
47. Fi Wada’ al-‘A’lam (Memperingati Pemergian Tokoh-Tokoh), Dar al-fikr, Beirut, 2003


8. Dalam bidang Akhlak berdasarkan al-quran dan al-sunnah

48. Al-Hayat al-Rabbaniah wa al-‘Ilm, (Kehidupan Rabbani dan Ilmu), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995.
49. Al-Niyat wa al-Ikhlas (Niat dan Keikhlasan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
50. Al-Tawakkal (Bertawakal kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
51. Al-Tawbah ila Allah ( Taubat kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000


9. Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam yng sedang rancak dan merebak ke seluruh duni kebelangkangn ini jug menjadi perhatian al-Qaradawi. Beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sering memberikan gagasn-gagasn yng meluruskan hala-tuju gerakan kebangkitan Islam pada jalan tengah dn mencakupi hampir semua permasalahan umat. Tulisan beliau dalam persoalan ini menyeluruh, mendlm dan bersesuaian dengan realiti semasa. Al-Qaradawi dalam masalah ini telah menulis beberapa buah buku yang terkenal :

52. Al-Sahwah al-Islamiah Bayn al-Juhud wa al-Tatarruf ( Kebangkitan Islm antara penolakn dn sikap ekstrim), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1992
53. Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Ikhtilaf al-Mashru’ wa al-Tafaruq al-Madzmum, ( Kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perpecahn yang tercela), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1991
54. Al-Sahwah al-Islamiah wa Humum al-Watan al-Arabi ( Kebangkitan Islam dan keresahan negara-negara Arab), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
55. Min Ajli Sahwah rashidah Tujaddid al-Din wa Tanhad bi Dunya (Untuk mencapai kebangkitan yng sedar, yang membaharui agama dan membaiki dunia),Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995
56. Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah (Keutamaan gerakan Islam pada masa depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
57. Fi Fiqh al-Awlawiyyat ( Fikah Memahami keutamaan-keutamaan), Maktabnah Wahbah, Kaherah,2000
58. Al-Islam wa al-Ilmaniyyah wajhan li wajhin ( Islam dn sekularisme secara berdepan), Maktabah Wahbah, kaherah,1997
59. Ayna al-Khalal? (Di manakah kesalahannya?), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1985
60. Al-Syariat al-Islamiah Solihah li tatbiq fi Kulli Zaman wa makan ( Syariat Islam sesuai dilaksana setiap masa dan tempat), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
61. Al-Ummah al-Islamiyyah haqiqatun la wahm ( Umat Islam adalah suatu hakikat dan bukan khyalan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
62. Al-Thaqafah al-Islamiyyah bayn al-Asalah wa al-Mu’asarah ( Pengetahuan Islam antara ketulenan dn pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
63. Ghair al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam (Orang Bukan Islam dalam masyrakat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1992
64. Al-Muslimun wa al-Aulamah, ( Kaum Muslim dan globalisasi), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000
65. Al-Islam wa Hadarah al-ghad (Islam Tamadun Masa Depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
66. Al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajahat al-Islam, ( Ektremis Sekular dalam Menghadapi Islam), Andalusiah li Nashr,Kaherah, 2000
67. Al-Sahwah al-Islamiah min al-Murahaqah ila al-Rusyd, (Kebangkitan Islam dari transisi kepada panduan), Dar al-Shuruq, Kaherah,2002


10. Penyatuan fikrah bagi Petugas Islam

Al-Qaradawi jug menulis buku mengenai asas –asas yng diperlukan bagi petugas Islam dengn mengambil kira sas pendidka yang telah ditetapkn oleh Hassan al-banna. Antaranya ialah :

68. Syumul al-Islam (Kesempurnaan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
69. Al-Marji’yyat al-Ulya fi al-Islam al-Quran wa al-Sunnah ( Sumber rujukan tertinggi dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah),Muasassah al-Risalah, Beirut,1993
70. al-Siyasah al-Syar’iyyah fi daw’ nusus al-Shari’at wa Maqasiduha (siyasah syar’iyyah menurut syariat dan matlamatnya), Maktabah Wahbah, Kaherah,
71. Kayfa Nata’amal Ma’a al-Turath (Bagaimana Berinteraksi dengan Buku-buku klasik), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
72. Nahw Fiqh Muyassar mu’asirah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1999


11. Kefahaman Islam

Al-Qaradawi juga menulis tentang kefahaman Islam dengan pendekatn yang mudah dn jells. Antaranya ialah :

73. Al-Iman wa al-Hayat (Iman dan Kehidupan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990
74. Al-Ibadat fi al-Islam (Ibadat dalam Islam), Maktabah Wahbah,Kaherah,1985
75. Al-Khasas’is al-Ammah li al-Islam (Keistimewaan Agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1989
76. Madkhal li Ma’rifah al-Islam, (Pengantar Mengenali agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
77. Al-Nass wa al-Haq ( Manusia dan Kebenaran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
78. Jil al-Nasr al-Mansyud ( Generasi Kemenangan yang dinantikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1998
79. Durus al-Nakbah al-Thaniah (Pengajaran mengenai musibah kedua), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
80. Khatab al-Shaykh al-Qaradawi 5 jilid (Khutbah Syeikh al-Qaradawi),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
81. Liqaat wa Muhwarat hawla Qadaya al-Islam wa al-‘Asr (Perbincangan tentang permasalahan Islam dan semasa), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
82. Qadaya Mua’sarah ala basat al-Bahth (Kajian mengenai permasalan semasa)
83. Ri’ayah al-bai’ah fi Syari’at al-Islam ( Memelihara alam Sekitar Menurut Syariat Islam), Dar al-Shuruq, Kaherah,2001


12. Bidang Kesussateran dan syair

84. Nafahat wa Lafahat (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah.
85. al-Muslimun Qadimun ( Orang Muslim Maju) (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah,
86. Yusuf al-Sadiq, (Nabi Allah Yusuf) (Drama), Maktabah Wahbah, Kaherah,
87. Alim wa Taghiyyat , (Golongan Ulamak dan Golongan Pelampau)( Drama),Maktabah Wahbah, 1998


13. Risalah Kecil Mengenai Kebangkitan Islam

88. Al-Din fi ‘Asr al-‘Ilm ( Agama dalam dunia Ilmu Pengetahuan). Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
89. Al-Islam wa al-Fann (Islam dan Kesenian), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
90. Al-Niqab al-Mar’ah ( Pemakaian tudung bagi wanita), Maktabah Wahbah Kaherah, 1996
91. Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiah ( Kedudukan wanita dalam kehidupan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
92. Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (Fatwa-fatwa tentang wanita Muslimah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
93. Jarimah al-riddah (Jenayah Murtad), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
94. Al-Aqaliiyyat al-Diniyyat wa hulli al-Islami ( Minoriti agama dan Penyelesaian Islam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
95. Al-Mubasyirat bintisar al-Islamiah ( Berita Kemenangan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
96. Mustaqbal Usuliyyah al-Islamiah ( Masa Depan golongan fanatik Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1997
97. Al-Quds Qadiyah likulli al-Muslim ( Quddus tanggungjawab setiap muslim), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
98. Hajat al-Basyariah ila al-Risalah al-Hadariah li Ummatina ( Kepeluan Manusia kepada risalah ketamdunan kita), Maktabah Wahbah, Kaherah, Kaherah, 2000
99. Fatawa min ajli Palastin, (Fatwa-fatwa tentang Palestin), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2003
100. Zahirah al-Ghulu fi Takfir ( Fanatik dalam Mengkafir), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990


Kumpulan Ceramah-Ceramah Yusuf al-Qaradawi

101. al-Sunnah wa al-Bid’ah, (Sunnah dan Bidah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
102. Zawaj al-Maysar, haqiqat wa Hukm, (Perkahwinan Maysar hakikat dan hokum), Maktabah Wahbah, 1999
100.Dawabit al-Shar’iyyah libina’ al-Masajid, (prinsip syariat dalam Membina masjid), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
101.Mawqif al-Islam al-Aqdi min kufr al-Yahudi wa al-Nasara, (Pendirian islam terhadp perjanjian dengan Yahudi dan Nasr), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
102.Al-Juwaini Imam al-Haramain, ( Juwaini Imam Haramain), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000
103.Al-Istishaq wa al-Tubna fi Shari’at al-Islamiah, ( Penamaan dalam Syari’at Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,
104.Umar ibn Abdul Aziz, (Umar bin Abdul Aziz), Maktabah Wahbah, 2001
105.Likay Tanjaha Muasassah al-Zakat, (Semoga Institusi zakat Berjaya),Muasassah al-Risalah, Beirut,1994,


Di samping itu, al-Qaradawi jug menulis artikel di jurnal. Dalam majalah al-Muslim al-Mua’sir beliau menulis sebanyak 8 artikel sejak diterbitkan pada tahun 1974.Antaranya ialah :

1. Fiqh al-Islami bayna al-Asalah wa al-Tajdid (Fiqh Islam antara keaslian dan pembaharuan) dua siri.
2. Al-Fatwa bayna al-Madiyy wa al-Hadir ( Fatwa antara dahulu dan sekarang), dua siri
3. Zhahirah al-Ghulu fi Takfir (kefanatikan dalam mengkafir)
4. Nahwa Mawsu’ah li hadith al-Nabawi ( Ke arah ensikplopedia hadith nabi)
5. Ray’u fi Ijtihad l-Mu’asir (Pandangan dalam Ijtihad semasa)
6. Al-Harakah al-Islamiah fi Majal al-Fikr wa al-‘Ilm (Gerakan Islam dalam bidang Pemikiran dn Keilmuan)

Al-Qaradawi jug menulis dalam Jurnal Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar yang mula diterbitkn pada tahun 1980. Antaranya ialah:

1. Mubadi’ wa qayyim li ta’lim fi daw’i al-Sunnah al-Atarah (Asas dan Nilai dalam pembelajaran menurut sunnah)
2. Awalim al-Sa’ati wa al-Murunah fi Shari’at al-Islamiah, ( prinsip keluasan dan fleksibel dalam syariat Islam)
3. Fi fiqh al-Rada’ Numuzaj li fiqh al-Muqaran fi daw’i al-quran wa al-sunnah (Fiqh penyusuan, contoh bagi fiqh perbandingan menurut al-Quran dan al-sunnah)
4. Al-Hullu al-Islami bayn al-Juhud wa Tatawwur ( Penyelesaian Islam antara kebekuan dan perkembangan)
5. Imam al-Ghazali bayn Madhiyyah wa Naqadiyyah ( Imam al-Ghazali antara pujian dan kritikan)
6. Al-Ilham wa al-Kashsaf wa al-ru’ya hal ta’udu masadir li ahkam al-shari’ah (Ilham, kashaf dan mimpi, adakah ia dikira sebagai sumber bagi hukum-hukum syariat)
7. Hal ru’ya min wasa’il al-‘Ilmi bi ahkam ( Adakah mimpi merupakan salah satu cara ilmu dalam hukum)
8. Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Islam (Nilai-nili kemanusiaan dalam Islam)
9. Al-Tarbiyyah inda Imam al-Syatibi ( Pendidikan menurut Imam al-Syatibi)
10. Hiwar hawla alaqah bayn al-Nass wa al-Ijtihad ( Dialog mengenai hubungan nas dengan ijtihad)
11. Nazarat fi fiqh al-Awwlawiyyat – al-awwlawiyyt fi majal al-‘Ilmi wa al-Fikr wa Da’wah (kajian fiqh keutamaan –keutamaan dalam bidang ilmu, pemikiran dan dakwah)

Sebahagian daripada artikel-artikel tersebut telah diterbitkan sebagai buku tu risalah-risalah kecil.Antaranya ;

1. Nahwa Fiqh Maysar mu’asir (Menuju fiqh kemudahan semasa)
2. Nazariat fi Turath Shaykh al-Ghazali, (Kajian mengenai Turath Syeikh al-Ghazali
3. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran (Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran)

Al-Qaradawi juga menulis kertas kerja dalam pelbagai persidangan antarabangsa . antaranya ialah Muktamar zakat Pertama yang diadakan di Kuwait pada 30 April 1984 yang bertajuk “Kesan Zakat kepada individu dan masyarakat”.

Pada awal tahun 1950n, al-Qaradawi menulis isu-isu kezaliman yang dilakukan oleh pemerinth Mesir di bawah Raja Faruk. Beliu menulis risalah-rsalah kecil seperti alim wa taghiyyat yang mengunakan uslub drama. Al-Qaradawi menjelaskan mengenai kebenaran said bin Jubair berdepan dengan Hujaj bin Yusuf dalam menyatakan kebenarn. Al-qaradawi menyeru orang ramai supaya berpendirian seperti Said bin Jubair. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa beliau melihat kisah Said Jubir dengan Hujaj mempunyai banyak kesesuaian kerana drama tersebut mempunyai satu matlamat khususnya dalam memerangi golongan yang zalim seperti kezaliman Hujaj, maka perlu kita mengambil pendirian seperti pendirian Said Jubair. Oleh sebab itu, al-Qaradawi menulis drama ini, satu pertiga ditulis di penjara Tur dan bakinya selepas keluar penjara. Dari sini jelaslah bahawa isu utama yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam buku ini iaitu menentang kezaliman oleh penguasa Mesir ketika itu.

Pada tahun 1968, al-Qaradawi menulis buku mengeni Palestin selepas Yahudi mengusai masjid al-Aqsa pda tahun 1967. Beliau menulis dalam buku Durus al-Nakbah al-Thaniyyah (Pengajaran dari musibah Kedua) yang menerangkan sebab-sebab musibah yang menimpa umat Islam dan bagaimana factor bagi mencapai kemenangan. Al-Qaradawi menekankan bahawa perlunya umat Islam kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh yang merupakan syarat utama untuk kemenangan umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi menulis buku Jil al-Nasr al-Mansyud yang khusus ditujukan kepada pemuda-pemuda palestin.

Pada tahun 1970an al-Qaradawi menulis buku-buku yang berkaitan Islam sebagai alternatif terbaik untuk manusia. Perkara ini disebabkan kegagalan kapitalis dan sosialis dalam meyelesaikan permasalahan manusia. Pada tahun 1971, beliau menulis buku Penyelesian import dan bagaimana ia mengentam umat Kita. Pada tahun 1977, beliau menulis buku Shari’at al-Islamiah (Syariat Islam sesuai untuk pelaksanaan setiap masa dan tempat) Buku ini asalnya merupakan kertas kerja yng dibentangkan di Nadwah Perundangn di Libya pada Mei 1972. pada tahun 1974, al-Qaradawi menulis buku Penyelesian Islam Tuntutan dan Darurat ymerupakan siri kedua dalam siri penyelesaian Islam. Pada tahun 1977, al-Qaradawi menerbitkan buku Khasa’is al-Islamiah (Keistimewaan agama Islam). Apabila isu kafir mengkafir semakin memuncak di kalangan umat Islam, beliau menulis buku tentang fenomena fanatik dalam kafir mengkafir.

Al-Qaradawi jug menulis buku yang berkaitan dengan ekonomi Islam. Beliau menulis mengeni permasalahan miskin dan pandangan Islam mengeninya pada tahun 1966. buku tersebut mencertakan sikap Islam terhadap kemiskinan dn bahaya kepada akidah umat islam. Menurut al-wqaradawi, beliau sentiasa mengambil perhatian dalam isu-isu syariat Islam dan sentisa menyeru dilaksanakan dalam segala aspek kehidupn. Prihatin beliau semakin bertambah apabila beliau mengkaji mengeni zakat dalam memenuhi keperluan ph.d pada tahun 1973.

Pada tahun 1983, beliau menerbitkn buku sistem jual beli al-murabhah bagi menjelaskan isu tersebut akibat perselisihan pendapat mengeni sistem tersebut yang dijalaankn oleh bank-bank.pada thun 1990, al-Qaradawi menulis buku tentang riba yang diharamkn bagi menjelskan fatawa yang dikeluarkan oleh Muhammad Sayyid al-Tantawi yang menjadi mufti Mesir ketika itu.

Pada tahun 1994, beliau mengarang buku tentang nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. Dalam buku ini, Al-Qaradawi menekankan 4 ciri utama ekonomi Islam iaitu rabbaniah, kemanusiaan, kesederhanaan dan akhlak. Pada tahun yang sama , al-qardawi jug menerbitkan risalah kecil mengenai cara –cara untuk menjayakan institusi zakat. Di sini jelas menunujukkan ketokohn al-Qaradawi dalam menangani isu-isu ekonomi semasa dan menjadikan ekonomi islam seabagai astu alterntif kepada ekonomi sosialais dn kapitalis. Walaupun beliau bukan gradun darim kuliah ekonomi tetapi keprihatinan beliau dalam menngani isu-isu baru yng timbul dalam system ekonomi wajar diberi pengiktirfan. Semas beliau datang ke Malaysia, beliau memberi ceramah mengeni ekonomi kepada pegawai –pegawai bank sambil bertukar-tukar pandangan. Beliau telah menegaskan bahawa kegiatan pembangunan ekonomi umat Islam mestilah bersesuaian dengan sistem syariat.

Al-Qaradawi jug menulis mengenai gerakan Islam dan kebangkitan islam sejagat. Beliau menulis tentang buku Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Juhud wa tatarruf (kebangkitan Islam antara penolakan dan sikap ekstrim) pada tahun 1982, buku al-sahwah al-islamiah bayn al-iktilaf al-Masru’ wa iktilaf al-Mazmum (kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perbezaan yang tercela) pada tahun 1989, buku al-awlawwiyyat al-harakah (keutamaan gerakan) pada tahun 1990. Buku tersebut menyatakan peranan dan keutaman gerakan Islam kini.

Dalam bidang ketokohan juga, al-Qaradawi menulis sejarah hidup wanita-wanita solehah seperti Khadijah bin Khuwailid, Fatimah al-Zahra’, Asma’, Ummu Sulaim dan Ummu Imarah dalam buku Nisa’ al-Mu’minat (wanita Muslimah) yang diterbitkan pada tahun 1979. kemudian beliau, menulis mengenai Imam al-Ghazali pada tahun 1987, sejarah hidup dan hubungannya akrabnya dengan Muhammad al-Ghazali pada tahun 1994 dan sejarah hidup Abu Hassan al-Nadwi pada tahun 2001.Al-Qaradawi juga menulis syarah kepada usul ashirin (20 perkara-perkara asas) yang dikarang oleh Hassan al-Banna. Al-Qaradawi menulis buku-buku tersebut ats nama ke arah Penyatuan pemikiran untuk petugas Islam. Sehingga kini ada lima buah buku yang diterbitkan dalam siri ini. Al-Qaradawi juga menulis buku-buku yang bercorak tasauf dan kerohanian atas tajuk fiqh akhlak dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sebanyak 4 buah buku telah diterbitkan dalam siri ini.

Al-Qaradawi merupakan seorang ulamak yang gigih dalam mempertahan dan menjelaskan Islam melalui buku-bukunya. Buku-buku karangannya melebihi 100 buah buku amat baik dibaca, diteliti dan dikaji oleh anak-anak muda dalam membentuk pemikiran Islam. Hasil mutiara pemikirannya perlu digarap sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang. Ketokohannya dalam penulisan dan menjadi perisai dalam mempertahankan Islam harus diberi penghargaan. Dalam abad ini antara ulamak yang banyak menulis buku ialah Muhamad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi dan Wahbah al-Zuhaili.

Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 4)


PDF Print
Oleh ohd Rumaizuddin Ghazali

1. Al-Qaradhawi sebagai Pemidato
2. Keluarga
3. Pujian-pujian Ulamak terhadap al-Qaradhawi

Ketokohan al-Qaradhawi bukan sahaja dalam bidang penulisan tetapi juga dalam bidang pemidatoan. Pemidatoannya yang jelas dn terang. Bakat pemidataoannya terserlah sejak kecil lagi apabila sering dipanggil untuk memberi ceramah sempena hari kemuliaan Islam oleh penduduk kampungnya. Walaupun usianya telah melebihi 70 tahun, beliau masih gagah berdiri berpidato dengan suara yang lantang dalam mempertahankan Islam semasa berceramah di Hotel Pan Pacific. Beliau menyebutkan walaupun usia telah melebihi 70 tahun tetapi jiwannya tetap muda terutama dalm mempertahankan Islam. Pemidatoannya berjaya menarik minat orang ramai. Neliau mengunakan bahasa yang begitu mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.
Al-Qaradawi mula berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak usia 17 tahun. Khutbah yang pertama disampikan ialah di Masjid Mutawalli dikampung Shafat al-Turab.Pada masa itu, beliu msih lagi belajar di tahun 4 peringkat rendah di Maahad Tanta. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah bertajuk syukur.

Sementara itu, beliau mula mengajar agama di masjid ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 1951, beliau bertugas menjadi khatib di Masjid Ali Taha di Mahallah al-Kubra. Pada tahun 1956, beliau menjadi khatib di Masjid Zamalik selama satu tahun setengah. Selepas menetap di Doha, Qatar pada tahun 1961, beliau menyampaikan khutbah dan ceramah-ceramah agama di masjid seperti Masjid Syeikh Khalifah bin Hamid, Masjid Abu Bakar al-Siddiq dan Masjid Umar bin Khatab.

Keluarga

Al-Qaradhawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

Pujian-pujian Ulamak terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau. Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan : “ Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”

-------------------------------------------
Rujukan / Nota Kaki (Siri 1-4)

1. Muhammad Mahdhub, Ulama’ wa Mufakirun Araftuhum, Dar al-Itisam. Kaherah, Jil. !,198 hal. 461. Isam Talimah, al-Qaradhawi Faqihan, Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000 .hal. 11 Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Al-Qaryah wa al-Al-Kuttab, Dar al-Shuruq, Kaherah.2002. hal. 104.
2.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab,hal. 101
3.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hal. 18
4.Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal. 461
5.Ibid., jil. 1, hal. 462
6.Ibid.,
7.Yusuf al-Qaradhawi, Risalah al-Azhar, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. I, 1994. hal. 3
8.Muhmmad Majdhub., jil. 1, hal. 462
9.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah w al-Kuttab, hal. 119
10.www.qaradawi.net.
11.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab,hal. 148
12.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hl. 164
13.Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, 465
14.Ibid.
15.Ibid
16.Buku Cenderamata Syarahan Perdana dan Humpunn Belia Islam Bersama Syeikh Dr.Yusuf Abdullah al-Qaradhawi, Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan, 27 Mac 1996, Kuala Lumpur. hal. 6
17.Muhammad majdhub., op. cit., jil. 1, hal. 466
18.Ibid
19.Yusuf al-Qaradhawi, al-Tarbiah al-Islamiyyah wa Madrasah Hassan al-Banna, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. II, 1992. hal. 66
20.Muhmmad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal.. 467
21.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, .hl. 283
22.Al-Qaradhawi menulis tentang Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Muhammad al-Ghazali Kama Araftutuh yang mengisahkan hubngannya dengan Muhammad al-Ghazali. Di samping itu juga, beliau menjelaskan keperibadian,ciri-ciri dan manhaj dakwah Muhammad al-Ghazali. Lihat Mohd Rumaizuddin Ghazali, Shaykh Muhammad al-Ghazali : Pemikirannya dalam Kayfa Nata’amal Ma’a al-Qur’an, Universiti Malaya , Kula Lumpur, 2000. (Tesis M.A yang tidak diterbitkan)
23.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hal.412
24.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab., hal.411
25. Muhammad Majdhub, jil. 1, hal.467
26. Ibid., jil.1, hal. 468
27. Ibid., jil. 1, hal. 468
28. Penulis berpendapat persiapan untuk al-Qaradhawi menjadi ulamak besar bermula sejak kegiatannya dengan Ikhwan dengan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh Mesir, mengiringi Hassan al-Banna untuk menyampaikan dakwah di markaz-markaz Ikhwan dan penahanannya dalam penjara terutama dalam penjara al-Tur. Dalam penjara ini, para Ikhwan yang ditangkap telah merubah penjara menjadi tempat beribadat, menuntut ilmu melalui kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Muhammad al-Ghazali dan dalam bulan Ramadhan kegiatan ibadat dipertingkatkan lagi. Di samping itu, amalan Mathurat dibaca setiap hari.
29. Yusuf al-Qaradhawi, Shaykh al-Ghazali kama Araftuh, Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995. hal. 11
30. Ibid., hal. 14
31. Ibid., hal. 16
32. Ibid., hal. 15
33. Ibid.,
34. Penulis telah bertemu dengan al-Qaradhawi dalam beberapa pertemuan semasa beliau melawat Malaysia dan mengunjungi sekretariat ABIM. Penulis juga menjadi pengiring dn penterjemah kepada Presiden ABIM Ahmad Azam Abdul Rahman dalam pertemuan dengannya bersama dengan Ustaz Mohd Dahlan Arshad dan Sdr Arsil Ibrahim. Antara pertemuan yang dianjurkan oleh ABIM ialah pada 26 Mac 1998 di Pusat Islam, Kuala Lumpur dan pada 26 April 1997 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Menurut al-Qaradhawi, beliau mula melawat ABIM sejak tahun 1974. Kali kedua pada tahun 1976 dan setiap kali datang ke Malaysia beliau pastinya bertemu dengan kepimpinan ABIM.
35. Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1., hal. 469
36. Ibid., hal. 469
37. Ibid
38. Ibid., hal. 470
39. Ibid.
40. Ibid.
41. Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal. 474
42. Temurmh wartawan akhbar Qatar sempena menerima Anugerah Sultan Brunei. Lihat dalam www.qaradawi.net/arabic.
43. Ibid., hal. 472
44. Ibid.
45. Yusuf al-Qaradawi, Kenanganku Bersama Ikhwanuk Muslimun, Aulia Publiher, Jakarta, 2003.hal.xvii
46. ibidf
47. Ibid
48. Ibid., hal. 473
49. Hassan Ali Daba, al-Qaradawi wa Zakirat al-Ayyam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 2004. hal. 60
50. Ibid., hal. 45
51. Ibid., hal. 472
52. Ibid., hal. 473
53. Ibid., hal. 475
54. Ibid., hal. 476
55. Ibid., hal. 476
56. Ibid., hal. 473
57. Yusuf al-Qaradhawi, Khatab Shaykh al-Qaradhawi, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. II, 1997, jil. 1, hal. 5
58. Ibid
59. Ibid., hal. 7
60. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Syahsiyyat al-‘Am al-Islamiyyah, Maktabah Wahbah, Kaherah, 2001.hal.40
61. Yusuf al-Qaradawi Kalimat fi Takrimihi, Dar al-Salam, Kaherah, 2004. jil. I, hal.32
62. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Syahsiyyat al-Ammm, hal. 86
63. Yusuf al-Qaradawi Kalimat fi Takrimihi, jil. 1, hal. 81

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 2* Fadhilatussyeikh Dr Khaleel Ismail Elyas di persidangan antarabangsa bersama dengan Ulamak-Ulamak besar dunia. Walaupun berada d...
    8 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    13 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    14 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    14 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    15 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini