"قضايا المرأة في فقه القرضاوى"


الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر

* التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى

* القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في

قضايا المراة

الفصل الثاني : النماذج والقضايا التفصيلية

* شخصية المرأة المسلمة

* أهلية المرأة المسلمة

* مكانة المرأة في الأسرة المسلمة

* زي المرأة المسلمة وزينتها

* قضايا المرأة في الأقاليات

* في الثقافة الجنسية

Disediakan oleh,

* Saudari Hasanah

Perbahasan ( 4 ) : Penglibatan Wanita Muslimah dalam Masyarakat

( A ) Isu-isu Penglibatan Wanita Muslimah dalam Kehidupan Sosial

* Ikhtilat di antara lelaki dan perempuan

Pelbagai pendapat dan perbahasan berkenaan dengan isu ini diperkatakan dan diantara yang sering disalah ertikan dengan menyifatkan Islam sebagai satu agama yang meletakkan tembok yang tinggi diantara lelaki dan wanita sehinggakan keduanya tidak dapat melihat antara satu dengan yang lain!

Jawapan :

* kalimah Ikhtilat1 tidak pernah wujud didalam kamus Islam didalam menerangkan perhubungan diantara lelaki dan wanita. Ia sebenarnya lebih sesuai digantikan dengan kalimah ‘pertemuan’/ ‘perjumpaan’/ ‘penglibatan’ diantara lelaki dengan wanita dan sebaliknya.

* Tiada hukum yang umum diletakan didalam Islam tetapi perlu dilihat dari sudut tujuannya dan menimbangtara kebaikan & keburukannya.

* Tiada petunjuk lain yang dapat diberikan melainkan kembali kepada petunjuk yang diutuskan oleh Allah s.w.t iaitu Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebagai petunjuk yang benar.

* Penglibatan Wanita Muslimah dalam masyarakat sewaktu zaman Rasulullah s.a.w :

1. Hadir solat berjemaah dan Solat Jumaat.

2. Hadir Solat Sunat Hari Raya.

3. Hadir pengajian ilmu bersama golongan lelaki.

4. Penglibatan sebagai aktivis sukarela dalam siri peperangan.

5. Penglibatan dalam gerak kerja dakwah.

6. Diberi jawatan pengurus kewangan.

* Wanita dalam lipatan sejarah zaman para Anbiyak :

1. Kisah 2 puteri Nabi Syuib a.s yang bekerja kerana ayahanda mereka sudah berusia.

2. Kisah Saidatina Maryam AL-Muqaddasah dengan Nabi Zakaria a.s bersoal jawab sewaktu beliau di dalam mihrab.

3. Kisah Pemaisuri Balqis bermesyuarat dengan kaumnya berkenaan dengan perintah Nabi Sulaiman a.s. dan dialog diantara baginda dengannya.

قال تعالى : (( وَالَّتِى يَأْتِيْنَ الفَاحِشَةَ مِنْ نِّسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةَ مِنْكُمْ فَإِنْ شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي البُيُوْتِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُنَّ المَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُنَّ سَبِيْلاً ))النساء -15

Maksudnya : Dan para wanita yang melakukan perbuatan keji2 di antara wanita- wanita kamu, hendaklah terhadap mereka ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Apabila mereka telah member kesaksian, maka kurunglah mereka(wanita itu) sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah s.w.t memberikan jalan(yang lain)kepadanya3.

* Mengurung wanita didalam rumah dengan dikelilingi dinding merupakan nas Al-Quran yang diturunkan sewaktu peringkat sebelum turunnya hukum hudud terhadap penzina sebagai balasan kepada wanita yang melakukan perbuatan buruk. Jadi adalah tidak boleh diterima akal untuk mengurung wanita muslimah yang tidak berdosa dengan hanya memahami ayat dari surah An-Nisa ini membuta tuli tanpa mengkaji dengan lebih mendalam sebab penurunan dan keadaan yang sebenar!

* Kesimpulannya :

Pertemuan/perjumpaan dia antara lelaki dan perempuan adalah harus/digalakan sekiranya penglibatan diantara keduanya adalah dengan tujuan yang baik, untuk ilmu dan amalan soleh dengan syarat-syarat berikut :

1. Kedua-dua belah pihak menjaga pandangan dari melihat aurat, pandangan bersyahwat dan memandang tanpa sebarang hajat.

2. Wanita itu berpakaian menutup aurat.

3. Menjaga adab-adab sebagai seorang wanita muslimah sewaktu berinteraksi dengan golongan lelaki dari sudut percakapan, cara berjalan dan pergerakan serta tidak memakai hiasan yang membawa unsur tabarruj4 seperti wanita jahiliyah.

4. Menjaga dari berdua-duaan tanpa mahram.

5. Menjauhi dari memakai pewangi yang boleh menarik perhatian dan menaikan syahwat.

6. Pertemuan dengan tujuan yang penting dan jelas tanpa bualan kosong yang membuang waktu

1 Ikhtilat : Percampuran / Hubungan Sosial.

2keji : sebahagian besar mufassirin menafsirkan : perbuatan zina.

3jalan lain kepadanya : sebahagian besar mufassirin menafsirkan bahawa jalan yang lain itu ialah hukum hudud yang dijelaskan dalam surah An-Nur : 2

4Tabarruj : Perhiasan yang berlebih-lebihan.

( B ) Penglibatan Wanita dalam Bidang Politik

Sektor politik merupakan satu kewajipan syar`ie dan hak berpolitik merupakan tanggungjawab setiap individu yang bergelar warganegara –seperti hak melantik pegawai, hak pilihanraya dan hak pencalonan.

* Para Ulama menetapkan wanita sebagai ahli yang sempurna dalam hak pemilikan harta persendirian dan hak pemilikan dalam penjagaan anak. Justeru mereka memiliki hak politik dalam memilih pemimpin yang baik, yang melaksanakan amal ma`ruf dan nahi mungkar.

* Ayat al-Quran jelas menyebut perkara berkenaan penglibatan lelaki dan wanita dalam politik melalui ayat 71 surah at-Taubah :

قال تعالى : (( وَالْمُؤْمِنُونَ وَالمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ))

Allah s.w.t menerangkan dengan jelas bahawa wanita turut memiliki hak mutlak seperti lelaki dalam bersaudara dan usahasama dalam ekoposial.

* Sejarah Baiah ke-2 turut mencatatkan dengan jelas kewajipan penglibatan wanita dalam politik. Wanita zaman Kegemilangan Kerajaan Islam Madinah memainkan peranan yang penting sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri bermesyuarat bersama mereka di dalam perkara-perkara umum dan khusus.

* Perlantikan Wanita sebagai Ketua

* Tiada nas al-Quran yang melarang wanita menjadi ketua dan golongan yang mengatakan wanita dilarang menjadi ketua hanya bersandarkan kepada sepotong hadis sahaja daripada Abu Bakrah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

Rasulullah s.a.w telah bersabda ketikamana baginda telah mendengar perlantikan Buran Bint Qisra sebagai Raja di Parsi :

" لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً "

Imam Al-Qardhowi menyebut beliau tidak mahu membahaskan dengan lebih lanjut berkenaaan pendapat-pendapat yang mempertikaikan kesahihan matan hadis kerana hadis ini telah diriwayatkan selepas peristiwa pembunuhan Saidina Usman dan sewaktu Saidatina Aisyah r.a. mengetui peperangan Jamal yang masyhur.

Namun, sekiranya matan hadis ini sahih bukan bererti wanita dilarang menjadi ketua kerana hakikatnya , larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah larangan kepada wanita menjadi pemerintah yang mutlak(khalifah)-yang kelazimannya perlu mengetuai siri-siri peperangan, menjadi imam dalam solat dan lainnya.

* Rasulullah s.a.w sendiri pernah melantik Samra Bint Nahik Al-Asadiah sebagai pengurus kewangan di pasaran sekitar Makkah dan tugas itu setaraf dengan jawatan Qodhi ( hakim )ketika itu. Saidina Umar r.a. sewaktu pemerintahannya turut melantik Syifak Bint Abdullah al-Adawiyah sebagai pengurus kewangan di pasaran Madinah.

* Syiekh Ghazali RahimahuAllah menyatakan bahawa :

“ Kes ini bukanlah berdasarkan si polan itu lelaki atau wanita tetapi ia meliputi akhlak, kemampuan dan kemahiran masing-masing serta kebolehan ilmu yang dimiliki.”

* Hakim

Perbahasan berkenaan ini sudah lama diperbincangkan oleh ulama-ulama terdahulu bahkan Jumhur Ulama melarang wanita dilantik menjadi hakim. Ini jelas apabila diantara syarat yang disenaraikan untuk menjawat jawatan hakim ialah : Lelaki, Islam, Baligh, Berakal, Adil, Cukup pancaindera, boleh Mendengar, Melihat dan Bercakap. Pendapat ini berdasarkan daripada hadis yang telah disebutkan di atas.

Namun ada pendapat sebahagian ulama yang membolehkan wanita menjadi hakim seperti Imam Abu Muhammad Ibn Hazam dan Imam Abu Hanifah sendiri mengharuskan wanita menjadi hakim selain dari kes jenayah.

Imam Al-Qaradhawi mengatakan : Aku tidak melihat nas syarie yang mengatakan larangan wanita menjadi hakim bahkan Syiekh Al-Ghazali sendiri bersetuju dengan lantikan wanita sebagai hakim namun aku lebih suka hukum pengharusan ini disertai dengan syarat-syarat tertentu iaitu :

1. Wanita itu menjadi hakim sewaktu dia mampu.( سن قابلة.( : Tidak menghakimi sesuatu kes sewaktu sedang mengandung/ dalam keadaan haid .

2. Wanita yang memiliki keahlian sebagai hakim ( psikologi/ilmu/akhlak ) kerana jawatan ini memikul tanggungjawab yang berat dan besar1

3. Sistem kehakiman yang dipersetujui oleh masyarakat untuk melantik wanita itu sebagai hakim.

1Kenyataan ini berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan At-Tarmizi

* Ketua Pemerintah :

Larangan kepada wanita mengetuai pemerintahan dalam sesuatu kerajaan adalah disebabkan kebiasaan sifat wanita itu tidak mampu untuk menghadapi konflik-konflik yang berat, yang mengerah tenaga jasmani yang banyak namun disebut –kebiasaan- kerana tidak dinafikan wujudnya wanita yang dianugerahkan kemampuan yang hebat untuk memikul tanggungjawab besar ini seperti mana kisah Pemaisuri Saba` yang dinukilkan di dalam al-Quran. Namun perlu diingatkan sesuatu hukum tidak terbina atas perkara yang ganjil ( Nadir )1

Tetapi Islam tidak melarang wanita untuk menjadi ketua didalam sebahagian perkara seperti dalam Majlis Fatwa/Ijtihad, pendidikan, pejabat pentadbiran dan lain-lain perjawatan yang wujud pada zaman moden ini.

1Kaedah menyebut : Suatu hukum tidak berlaku dengan perkara yang nadir (perkara yang jarang berlaku)

( C ) Penglibatan Wanita Muslimah dalam Kerjaya Profesional

* Wanita Bekerjaya

* Wanita adalah INSAN seperti lelaki. Insan : satu kejadian semulajadi yang hidup, mampu berfikir dan bekerja. Ayat al-Quran jelas menyebut :

قال تعالى : (( فَاسْتَجَابَ لهَمُ ْرَبُّهُمْ أَنِّي لآ أُضِيْعُ عَمَلَ عَامِلِ مِّنْكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىج بَعْضُكُمْ مِّنم بَعْضٍ ))

آل عمران-195

قال تعالى : (( مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلِنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلِنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ

مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ )) النحل -97

Justeru wanita berhak untuk bekerja sepertimana lelaki berhak untuk bekerja.

* Wanita adalah sebahagian MASYARAKAT insani. Islam tidak akan memberi hak kemasyarakatan sekiranya menghukum mereka dengan kejumudan. Memberikan mereka untuk hidup tetapi tidak memberi kehidupan! Ini bukan ajaran yang dibawa oleh Islam!

* Tugasan utama wanita ialah mendidik generasi akan datang. Antara tugasannya seperti mengurus rumahtangga, membantu suami, membina keluarga bahagia yang disinari cahaya kemesraan dan rahmah. Namun tiada pengharaman syarie untuk mereka keluar bekerja bahkan hukumya adalah harus dan menjadi pengharusan yang dituntut sekiranya benar-benar berhajat-seperti wanita yang ditalaq dan tiada tempat bergantung.

* Faktor keperluan Wanita bekerja :

1. Keperluan keluarga yang menuntut mereka bekerja –seperti membantu suami/ mendidik anak-anak@saudara perempuannya yang masih kecil/ membantu ibubapa yang sudah tua seperti disebut di dalam al-Quran mengenai kisah 2puteri Nabi Syuib a.s. yang membantu ayah mereka mengembala kambing.

2. Keperluan masyarakat –seperti bidang perubatan terutama dalam lapangan Obstetrik1 & Ginekologi2, bidang pendidikan dan bidang-bidang yang memerlukan perkhidmatan wanita untuk wanita.

* Apabila hukum pengharusan diletakkan perlulah disertai dengan beberapa syarat untuk wanita itu keluar bekerja :

1. Pekerjaan yang dihalalkan syarak yang bermaksud tidak terlibat dengan pekerjaan yang haram atau yang membawa kepada haram seperti menjadi setiausaha peribadi kepada majikan lelaki, atau pramugari dan lain-lain.

2. Menjaga adab-adab sebagai wanita Muslimah dalam perhiasan, perjalanan, pergerakan dan percakapan.

3. Memastikan tanggugjawab utamanya sebagai isteri, ibu dan anak tidak diabaikan.

* Tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Muslim ialah:

1. Membantu menyediakan suasana bekerja yang selesa seperti bekerja hanya separuh hari, cuti khusus pada mereka yang baru berkahwin, dan cuti untuk melahirkan dan menyusukan anak.

2. Pembinaan sekolah/universiti khas untuk golongan wanita yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan bebas.

3. Pembinaan tempat khusus untuk wanita yang bekerja di dalam sektor pentadbiran, perbankan dan lain-lain supaya tidak berlaku fitnah.

1Obstetrik : Ilmu berkaitan melahirkan anak.

2Ginekologi : Ilmu sakit puan.

Fiqh : Hiburan & Rekreasi

“ Tarian “

( a_syierra88 @yahoo.com )

Tarian merupakan salah satu warna-warni yang menghiasi dunia hiburan sejak zaman-berzaman. Setiap ketamadunan bangsa pasti memiliki seni tarian yang berbeza-beza mengikut adat dan tradisinya yang tersendiri.

Tarian : merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

Kita tidak boleh mengatakan tarian itu semua dibolehkan dan kesemua tarian itu dilarang kerana seni tari lahir dari fitrah kejadian manusia itu sendiri. Pergerakan harian manusia sentiasa diiringi dengan seni tarinya yang tersendiri bermula dari dia bangun dari tidur sehingga dia berbaring semula untuk tidur. Kesemuanya dihiasi dengan pergerakan cuma ia tidaklah dikira sebagai satu jenis tarian kerana tidak diiringi dengan pergerakan dan muzik tertentu.

Jadi Islam meletakkan garis panduan dengan bergantung kepada jenis tarian dan individu yang menari.

Di dalam kitab karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi ini, beliau telah mengkategorikan hukum tarian seperti berikut :

1. Tarian yang Dibenarkan dalam Islam.

2. Tarian yang Dilarang dalam Islam.

Subtopik 1 : Tarian yang Dibenarkan dalam Islam.

Diantara tarian yang dibenarkan ialah tarian lelaki sewaktu perayaan ( tarian kebudayaan ) dengan syarat tidak mendedahkan aurat, tiada unsur pengejian dan pemujaan terhadap sesiapa, tidak melewati waktu solat/ urusan-urusan wajib, serta tidak menghilangkan nilai moral dan akhlak yang diseru oleh Islam.

Ini berdasarkan dalil yang jelas : Pada suatu hari raya, sekumpulan lelaki Habsyah telah mengadakan persembahan tarian dengan lembing di dalam Masjid Nabawi dengan disaksikan oleh baginda s.a.w sendiri. Bahkan Rasulullah s.a.w turut memberikan galakan dan merai akan persembahan itu dengan sabda baginda : (( Dunakum Ya Bani Arfadah )).

Ada beberapa lagi dalil yang disebut di dalam buku ini.

Tetapi yang paling asasnya ialah Islam tidak melarang sebarang bentuk tarian kebangsaan dan kebudayaan selagimana menepati syarat yang telah digariskan.

Selain itu Islam membenarkan, tarian wanita meraikan hari perkahwinan bersama dengan pengantin perempuan dengan syarat mereka mengadakanya sesama kaum wanita sahaja dan tidak menjurus kepada maksiat.

Subtopik 2 : Tarian yang Dilarang dalam Islam.

1. Tarian Wanita Timur

Tarian ini dilarang kerana ia adalah sejenis tarian yang menjadi satu kerjaya professional ( penari kelab )bagi wanita dengan pergerakan-pergerakan yang menggeliang-geliut seperti ular yang memberikan kesan erotism kepada kaum lelaki yang menontonnya dan menghabiskan wang demi menikmati tarian tersebut. Tambahan pula, penampilan yang ditonjolkan adalah menggiurkan dengan pemakaian yang mendedahkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan seolah-olah dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kaca putih jernih.

2. Video Klip

Mutahir ini, dunia hiburan semakin canggih dengan kehadiran video klip yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Bahkan ia lebih berbahaya dan memberikan impak yang buruk terhadap umat Islam memandangkan penghasilan video klip adalah secara bebas dan terbuka. Tarian yang ditarikan oleh wanita dengan pergerakan-pergerakan yang memalukan dan diiringi dengan lagu dan muzik. Bagi mereka adalah ia adalah kesenian yang sebahagiannya adalah kegilaan. Bukan sekadar tarian secara biasa malahan tarian berbentuk horizontal ( berbaring ). Paling menyedihkan ia menjadi satu bentuk perniagaan yang memberikan keuntungan yang lumayan!

3. Tarian Ballet

Tarian jenis ini mula dipopularkan di Itali, kemudian mula berkembang sehingga ke Perancis dan ia kini menjadi salah satu jenis tari yang begitu digemari oleh dunia. Ia merupakan sejenis tarian yang menggabungkan muzik, drama,syair dan konsep pemakaian yang tertentu. Tarian ini memerlukan kelincahan, kelembutan dan ketangkasan bagi penarinya.

Islam tidak menghalang sekiranya tarian ini hanya sekadar untuk riyadhah dan hanya bersama kaum sejenis sahaja. Namun bagi kaum lelaki, sekirnya ia menutup aurat maka tiada larangan bagi mereka untuk dipersembahkan di kalangan umum.

4. Tarian berpasangan

Tarian jenis ini amat popular di Negara-negara Barat. Kita dapati tarian ini menyebabkan wanita akan kelihatan berpelukan dengan lelaki ajnabi dan tarian ini akan diiringi muzik yang mendayu dan mengalunkan. Bagi bangsa Barat, bertukar-tukar pasangan adalah satu kebiasaan dan melambangkan keterbukaan.

Ini merupakan satu kefahaman yang merosakkan pemikiran umat Islam sedangkan Islam itu sendiri telah mengharamkan melihat wanita dengan syahwat, berdua-duaan tanpa muhrim, bicara yang membawa kepada syahwat inikan pula dengan tarian yang saling bersentuhan kulit dan memberikan kesan erotisme kepada kaum lelaki!

Sesungguhnya Islam itu meraikan kesenian tetapi bukan keseniaan yang melampaui batas-batas moral sesama manusia dan menghilangkan kesucian seni itu sendiri.

WaAllahu`alam.

Oleh Saudari Hasanah

Kaherah, Mesir.

Laporan Gerak Kerja Mingguan (29 September 2011M)

Laporan Gerak Kerja


Tempat : Maktabah ARMA
Masa : 8.00-10.30mlm
Kehadiran :16 orang

1.Ucapan aluan oleh saudara Abdul Hadi Ishak
1.1 الأديان حول العالم
1.2 Pergerakan Islam dan Tasawuf
1.3 Sejarah Islam-Tokoh-tokoh Islam

2.Pembentang umum oleh Saudari Nuurul Eiffah
2.1 حياة المرءة المسلملة في اطار الحدود الشرعية
2.2 Etika-etika Muslimah dalam semua kategori
2.3 Batas-batas yang ditetapkan oleh Syarak

3.Penambahan Info oleh:
-Saudara Adam Adenan
3.1"Ilmu&Ekonomi dua perkara penting meneraju Umat, Kesenian dan Dakwah"-Tiga kewajipan; Keimanan,Masyarakat dan Qanun
-Saudari Asma Husna
3.2 "Muslimah Hari Esok"-Tidak terlalu bebas dan tidak dikongkong
3.3Dua aliran; 1.Terlalu mengikut budaya barat(bebas)
2.Terlalu dikekang dan dikongkong

4.Pembentangan oleh Saudari Aminah Said-Healing Body&Soul
4.1 Cleanliness-teeth hygiene
4.2 Skin Protection-Ablution(Wudhuk)-Prohibited from diseases
4.3 Oral Hygiene-To increase self confidence
4.4 Advantages of Siwaak
4.5 Sun Protection
4.6 Insect-bite

5.Tambahan Info oleh Saudari Azfa
5.1 Importance of Cleanliness of the Hands and Feet

6.Sambungan pembacaan Kitab Tahrir Al Mar Ah
6.1 Muqaddimah
6.2 Perbezaan 4 Mazhab(Solat Jumaat bagi wanita)
6.3 Martabat wanita mengikut tamadun-tamadun sebelum Islam
-Tamadun Babylon -Tamadun Yunani -Tamadun Rom -Tamadun Mesir -Tamadun Pra-Islam

7.Penutup

Disediakan oleh,
SU Madrasah Wasatiyyah

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

  • - *Risalah Rabbaniyyah 2* Fadhilatussyeikh Dr Khaleel Ismail Elyas di persidangan antarabangsa bersama dengan Ulamak-Ulamak besar dunia. Walaupun berada d...
    9 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    13 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    14 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    14 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    15 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini