Laporan Gerak Kerja Mingguan ( 21 April 2010 )



Perjumpaan Madrasah Wasatiyyah
Tarikh : 21 April 2010
Masa : 9.40-11.33 malam
Kehadiran : 25 orang

1. Pembentangan oleh saudari Aina Fatimaa Othman : Ar-Rubbaniyyah Abrazu Khasais Tarbiyyah Islamiyyah ; Dr.Yusuf Al-Qaradhawi. ( Ketuhanan : Keistimewaannya dalam Pendidikan Islamiyyah )

2. Ucapan dan perasmian Majlis Penutup Madrasah Wasatiyyah oleh saudara Mohd.Firdaus Hat.

3. Jamuan penutup.
4. Perbincangan kitab Tahrir Al-Mar ah - Sejarah Penglibatan Wanita dalam Kewajipan Berhijrah dari negara bukan Islam ( ms : 87-03 )
5. Doa Penutup oleh saudara Mohd. Fadhil Abdul Rahman.

ANALISIS GERAK KERJA SEPANJANG 10 MAC- 7 APRIL 2010M

PERKARA

BAGUS

BAIK

SEDERHANA

LEMAH

TAJUK PEMBENTANGAN

80%

10%

10%

-

TEMPOH MASA PEMBENTANGAN

5%

80%

10%

5%

PENGISIAN

40%

50%

10%

-

RESPON AHLI

15%

55%

20%

10%

MAKANAN

90%

10%

-

-

Bancinan dibuat berdasarkan 20 orang ahli yang menyerahkan borang soalselidik.

Cadangan untuk perjumpaan akan datang :

1. Perbincangan isu-isu semasa.

2. Penyusunan semula sukatan pembentangan.

3. Pengisian bacaan kitab turas.

4. Pembahagian tajuk pembentangan kepada pembentang dibuat pada perjumpaan kali pertama setiap fasa.

5. Penbentang diharapkan lebih berkeyakinan, lebih bersedia dan membentang dengan suara yang jelas.

6. Kepelbagaian tajuk / kitab dari bidang berlainan setiap kali perjumpaan.

7. Mewajibkan penyediaan kertas kerja / slideshow.

8. Membuka ruang perbincangan selepas selesai satu-satu pembentangan.

9. Tepati masa.

10. Penyediaan air panas / suam.

11. Kekalkan dan tingkatkan mutu dimasa akan datang.

Disediakan oleh,
Hasanah Mohd. Yusof
SU Madrasah Wasatiyyah.

فلسفة الحدود


فلسفة الحدود

إن عقوبات الحدود بالذات ليست مقررة لمقاومة انحرافات فردية أو جرائم معينة فقط‘ بل إنها سياج يحصن المجتمع كله من السقوط
في مهاوى الفساد والانحلال والفناء،
لذلك فإن هذه الحدود لها طابع ديني، وأجمع فقهاءنا على أنها حق الله تعالى –اه

هذه النصوص تبدي لنا فلسفة الحدود في الإسلام، وأنها ليسة قاصدة لتعذيب المجرم بل إنها ترمي إلى إصلاح حاله وتطهير نفسه من الذنوب.

الشريعة حينما تعاقب فلا تعاقب إلا لزجر المجرم من العودة إلى الجريمة إضافة إلى منع المجتمع من الوقوع إلى مثلها.

فالشريعة هي عدل كلها ورحمة كلها وحكمة كلها.
أستاذ فواز فاضل

Pekerjaan Dan Akhlak


Pekerjaan Dan Akhlak

Bismillah..

Akhlak merupakan sifat yang dituntut dalam setiap amalan kita. Akhlak merupakan perbincangan para golongan pendidik, ahli-ahli tasauf dan ahli-ahli falsafah di mana pembentukan akhlak dapat membentuk insan,masyarakat yang berjaya dan berdisplin.
Pembincangan akhlak di dalam pekerjaan amat penting bagi membentuk pekerja yang berdisplin dan berjaya serta membentuk komuniti tempat bekerja yang produktif dan tolong menolong.
Maka saya ingin memberi sedikit perkongsian maklumat tentang akhlak di dalam pekerjaan dan beberapa perkara yang berkaitan dengan hukum bekerja menurut perspektif Islam.
Mudahan kertas yang ringkas ini dapat memberi menfaat kepada pembaca.

Kata Kata Hikmah Terhadap Kemuliaan Kerja:
1: Pekerjaan adalah kemuliaan dan kehidupan, sesiapa ada kemampuan untuk bekerja dia tidak bekerja seolah olah dia adalah mayat.
2: Pekerjaan adalah cara yang membawa kepada mengenal nilai-nilai bekerjasama. Orang yang tidak bekerja adalah orang mementingkan diri sendiri. Wajip ke atas kerajaan member tunjuk ajar kepadanya.

1:Kedudukan Kedudukan pekerjaan mengikut adat dan uruf.
Kedudukan martabat kerja terbahagi kepada tiga bahagian:
Pertama: Pekerjaan Yang Mulia
Pekerjaan yang mulia adalah pekerjaan yang menjadi kebanggaan manusia apabila berstatus sedemikian.
Sebahagian ulama menyebut pekerjaan yang mulia terdapat dua aspek.
Pertama: Pekerjaan yang besandarkan kepada ilmu dan membawa kepadanya seperti jawatan pemerintahan dan kehakiman sehinggakan ibnu abiding menyatakan seorang guru layak berkahwin dengan anak seorang pemerintah.
Kedua: Pejuang-pejuang yang berjihad dijalan Allah yang mendapat wang hasil daripada ghanimah,harta yang diperolehi daripada kemenangan peperangan.

Bahagian Kedua: Pekerjaan Biasa
Pekerjaan biasa ini adalah perkerjaan kebanyakan orang ramai seperti pertanian,perniagaan, maka kalau di zaman sekarang kerja-kerja disektor kerajaan sebagai pekerja.
Bahagian Ketiga:Pekerjaan Yang Rendah.
Pekerjaan ini tidak dipandang elok bagi orang ramai seperti perkerjaan yang melibatkan najis,benda –benda kotor walaupun dia halal.

2: Definasi Akhlak
Dari sudut falsafah bererti fadhilat, iaitu kebaikan dan ia berlaku dalam dua sudut iaiutu dari sudut akal yang kita boleh kita peolehi melalui ilmu.
Kemudian dai sudut suluk iaitu tindak tanduk yang boleh diperoleh dengan pelaksanaa secara berterusan.
Akhlak dari sudut fuqaha ialah keadaan jiwa dan bentuk gambaran dalaman.

3: Tabiat Akhlak
Secara sahih akhlak ia boleh menerima perubahan seperti yang dinyatakan oelh Imam Ghazali di mana beliau menolak pendapat ahli falsafah Yunani yang menyatakan bahawa akhlak tidak menerima perubahan bererti sesorang yang jahat tidak mampu menjadi baik sebab akhlak tidak boleh menerima perubahan mengikut pemikiran mereka.
Tetapi Imam Ghazali menyatakan bahawa bintang yang buas pun boleh menjadi jinak bagai mana pulak akhlak manusia lebih lagi boleh berubah ,sebab itu Imam Ghazali membincangkan bab-bab akhlak di dalam kitabnya ihya.
Sesungguhnya akhlak ini merupakan lambang kebersihan seseorang, displin dan jati diri.

4:Kepentingan Akhlak Dalam Bekerja
Akhlak mempunyai peranan yang besar di dalam menjadika seeorang bekerja itu dengan sempurna, beramanah dan melayakan dia menjadikan khalifah dimuka bumi ini. Akhlak dapat mengubah seorang pekerja yang malas menjadi rajin, pembohong kepada berlaku jujur, dan boleh membentuk suasan kerja yang sihat dan penyanyang.
Apabila akhlak diterapkan dan dijadikan sebagai pengukur nilai kepada seseorang, akan berlaku perubahan dari segenap sudut. Sesungguhnya sesebuah bangsa menjadi kuat dengan akhlak,apabila akhlak itu hilang, maka bangsa itu menjadi lemah. Sesungguhnya akhlak mampu membentuk bangsa yang kuat dan cemerlang. Bukan padatnya penduduk menyempitkan negara tetapi akhlak penduduknya.

5: Akhlak-Akhlak Pekerjaan.
Di sini kita sebutkan 5 sifat akhlak di dalam pekerjaan.
1: Bersih
2: Istiqamah
3:Bekerjasama
4: Amanah
5: kasih sayang

Pertama: Bersih
Bersih bererti seseorang pekerja itu mengamalkan konsep kerja secara bersih dengan bekerja di tempat yang halal dan mencari kerja yang haram.
Bekerja mengikut undang-undang disediakan,tidak melanggar undang-undang seperti bekerja tanpa lessen.

Kedua: Istiqamahi
Istiqamah mungkin bererti berterusan dalam pekerjaan dan menunaikan maslahah-maslahah kerja dengan ketaatan dan berbincang dan jujur. Perkerja dan majikan saling berusaha untu maju dalam sebuah syarikat.

Ketiga : Bekerjasama.
Bekerjasama di dalam mewujudkan kerja dengan satu pasukan. Ini semua menuntut kepada ukhuwah,penghormatan di dalam menjayakan sesuatu kerja.

Keempat: Amanah:
Amanah ini adalah sesuatu sifat yang berpegang kepada janji ,tidak memungkiri janji. Seperti tidak menyebarkan rahsia kerja,tidak mengambil kesempatan,tidak menggunakan wasilah yang salah.

Kelima: Sayang
Kasih sayang iaitu kecenderungan di dalam bekerja untuk merealisasikan sifat saling mengasihani di dalam bekerja,melakukan kebaikan dan keringan kepada bekerja dan mengutmakan maaslahah kerja.
Cinta kepada kerja ini meyebabkan perkerja tidak ponteng kerja melainkan darurat , ini menyebabkan kerjaya akan bertambah maju.

Mudah-mudahan risalah ringkas ini dapat memberi menfaat kepada pembaca dan member keberkatan kepada semua.( Tajuk ini disampaikan di pejabat syarikat Sekuriti,Damansara)

Ustaz Fauwaz Fadzil Noor

Kefahaman dan Beramal


Tatkala membaca ayat al Quraan di dalam surah Jumaat yang bermaksud:

“ Mereka yang diberikan taurah kemudian tidak meramal dengannya seperti keldai yang membawa kitab kitab.

Ayat ini dihuraikan oelh Syed Qutub di dalam kitab tafsirnya, mengenai masalah yang besar itu kefahaman dan beramal.

Saya merasakan permasalahan kefahaman dan beramal inilah yang perlu di ambil berat oleh umat Islam agar umat kita tidak menjadi yang berilmu tetapi beramal atau beramal tanpa ilmu.
Ayat ini menunjukkan kepada menghimpunkan kitab sahaja tidak saja kalau tidak difahami kemudian diamalkan. Sesungguhnya amalan yang sempurna hasil daripada kefahaman yang sempurna.
Ini menunjukkan juga bahawa kalau kita mempunyai sekolah yang banyak atau tempat-tempat pengajian yang banyak tetapi tidak bermatlamatkan untuk belajar untuk faham dan beramal maka kita menjadi seperti orang yang memperbanyakkan keldai sahaja.

Kefahaman ini diperolehi apabila belajar dengan betul dan berfikir dengan baik maka hasil fehaman yang baik kita mampu melakukan sesuatu kerja dengan sempurna. Sesungguhnya bayang-bayang tidak dapat dibetulkan melainkan kita betulkan akal sesorang itu.
Kita sebagai umat paksi kepada dunia ini, perlu membuat tindakan segera dan perubahan terhadap pemikiran dan system-sistem yang lemah yang berhajat kepada tindakan berhikmah agar kita dapat mengejar tamadun lain.

Kita perlu memahami dunia ini dengan baik,apa keperluan semasa agar kita tidak asing daripada penduduknya, kita perlu mengenal akhirat agar kita tidak menjadi golongan yang rugi pada hari kiamat,

Kita amat berhajat kepada manhaj yang jelas agar dapat umat Islam mencapai satau kejayaan yang cemerlang dan membina tamadun yang beriman dan maju. Manhaj ini perlu dikaji oleh cendiakawan yang ikhlas untuk Islam agar dapat manhaj yang syumul dan seimbang bagi memandu umat kemercu kejayaan.

Jenerasi muda perlu dibina kefahaman yang sohih agar mereka dapat membangun negara kita dengan agama. Sesungguhnya Al quran sentiasa membawa kita kepada kepada jalan yang terbaik. Justeru itu kita perlu mendalami alquran, maqasid di dalam Al Quran bagi memboleh kita kembali menjadi satu umat yang dihormati dan digeruni. Tidak ada cara yang lain melainkan kita mampu berinteraksi baik dengan Al Quran dalam sudut kefahaman dan beramal. Ustaz Fauwaz Fadzil

Ilmu


Semalam aku menyampaikan pengajian di masjid Usamah di wangsa maju. Tajuk berkenaan dengan keutamaan ilmu ke atas amal. Di dalam pengajian aku membahaskan tentang ilmu dan pembahagian ilmu.

Ilmu adalah merupakan imam kepada amal. Ilmu menjadikan kita mengenal hak dan batil, halal dan haram. Sebab itu Islam mewajipkan kita mempelajari ilmu samada lelaki atau perempuan. Cuma di sini kita ingin menyebutkan pembahagian ilmu kepada fardu dan fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah, ilmu juga terbahagi kepada sunah,harus,makruh dan haram.
Kita sebutkan dahulu ilmu-ilmu fardu ain yang wajip dipelajari oleh setiap orang muslim yang mukallaf.

Pertama: ilmu yang berkaitan dengan akidah, wajip bagi setiap orang mempelajari akidah sehinggakan iman menjadi kuat, cukuplaah dia mempelajari buku2 akidah yang simple yang terikat dengan Al quran, tidak perlu dia mendalami ilmu2 kalam yang hanya sesuai dengan golongan ulama, orang2 awam cukup dengan belajar akidah daripada yang simple yang diikatkan dengan Al quran, seperti buku kecil Imam qaradawi bertajuk wujud nya Allah dan Tauhid, tetapi tidak lah wajip dia mengetahui istilah tauhid rububiyah atau uluhiyah dan sebagainya itu adalah istilah sahaja, yang paling dia berimaN dengan Allah dengan keesaanNya dan segala sifat yang ada di dalam Al quraan dan hadis2 yang sohih.

Kedua: mempelajari ilmu 2 fekah seperti bersuci,solat ,puasa dan sebagainya dengan kadar melepaskan dia daripada tanggungjawab ibadat tersebut. Di sana juga perkara yang menjadi fardu ain ke atas seseorang tetapi tidak menjadi wajib kepada orang lain ,seperti seorang dokor,dia wajip mempelajari hukum2 yang berkaitan dnegan adab2 pengamal perubatan dimana orang lain tidak wajip, begitu uga dengan peniaga, dia wajip mempelajari hukum jual beli, riba dan sebagainya di mana individu bukan peniaga tidak wajib mempelajari begitulah seterusnya.

Ketiga: ilmu akhlak dan tasauf, ini wajib dipelajarioelh semua orang muslim untuk mencuci hati daripada penyakit2 hati seperti riak,sombong, ujub dan sebagainya, kalau dia tidak mempelajarinya maka hukumnya adalah berdosa, kerana penyakit2 seperti selalu menimpa orang awam ,dengan itu ilmu ini wajib dipelajari untuk mengajar kita ilmu penyuci hati dan akhlak yang mulia.

Manakala fardu kifayah pula, ilmu yang berkaitan dengan kepakaran seperti ilmu usul fikh,ilum hadis,tafsir dan seumpama denganya kerana ilmu ini berkaitan dengan umat bukan dengan individu,jadi perlu ada sebahagian golongan sanggup untuk mempelajari ilmu-ilmu ini apatah seseorang yang ada minat dan kemampuan.
Begitu juga ilmu dunia yang menjadi punca kekuatan umat Islam ia meruupakan fardu kifayah untuk dipelajari oleh umat islam bagi membangunkan umat, sekiranya ilmu2 fardu kifayah ini tidak diceburi oleh sebahagian golongan maka keseluruhan umat islam berdosa.
Insyallah selepas ini kita akan bincang lebih lanjut (dah tak larat tulis) Ustaz Fauwaz Fadzil

Membina SikapToleransi


Membina SikapToleransi

Kita melihat keadaan yang berlaku di sekeliling kita daripada pertembungan pemikiran, hentam menghentam sesama muslim ia membawa kepada kelemahan umat islam semakin nyata.

Kalau kita tengok golongan salafi moden mereka menghentam aliran ahli kalam dan golongan pengamal adat-adat melayu sampai ketahap melampau. Siapa yang menganut fahaman ahli kalam dianggap salah, tak betul, kita jadi jadi salafi. Siapa buat talqin bidaah sesat. Begitulah seterusnya. Bagi setengah mereka kalau akidah kita bersih baru Islam boleh memerintah.
Ada setengah pergi jumpa dr wahbah zuhaili Tanya pasai tauhid asma wassifat,beliau pun tak tolak. Jadi begitulah keadaan umat islam.Yang anti wahabi pula hentam pun lebih kurang sama, kata golongan wahabi ni mujassim,tak betul dan sebagainya.jadi berpecah belah umat Islam dengan perkara-perkara istilah tersendiri, sedang semuanya menyatakan Allah itu satu,tidak berjisim, tidak sama dengan makhluk.

Di sini ini kita mengajak kepada semua aliran pemikiran membina satu kaedah musyhtarak(titik pertemuan) yang memboleh kita sentiasa membentuk hala tuju yang sama, membentuk hubungan yang saling lengkap melengkapi bukannya hubungan yang berlawanan. Kita adalah umat islam ,umat yang satu,mempunyai Tuhan yang satu,Nabi yang satu,qiblat yang satu, Quran yang satu, Sunnah yang satu. Perlu kita selesaikan perkara sesat menyesatkan ,kafir mengkafirkan, membina akidah yang berbentuk tasauf yang menggabungkan akal dan hati. Akidah yang melembutkan hati, akidah yang cantik bersandarkan Al Quran , Sunnah dan kefahaman salafuna soleh tanpa menafikan kefahaman khalaf yang banyak membantu pemikiran.

Perlu kita membina toleransi sesama kita, siapa yang minat salaf masuk lah salaf,siapa yang minat khalaf masuklah khalaf walapun pada hakikatnya pada pendapat saya kedua-dua aliran lengkap melengkapi Cuma kedua-dua aliran ini perlu ada tajdid didalam istilah dan juga konsep penyampian, ini terbukti kerana kedua-dua aliran telahpun awal membersihkan Allah daripada segala persamaan makhluk, Cuma cara pendekatan yang berlainan.
Marilah kita beramal dengan kata ulama kita di dalam jauharah tauhid

وكل نص أوهم تشبيها
أوله أو فوضه ورم تنزيها

Terjemahan: Setiap nas yang menampakkan sifat-sifat mutasyabihat(seperti tangan)
Maka takwilkanya atau tafwid(serahkan pada Tuhan dengan beriman dengan ayat tersebut) dan buangkan segala persamaa dengan makhluk.

Kita berhajat kepada wasatiyah yang mengambil faedah daripada semua kebaikan. Saya menutup tulisan dengan kata-kata Imam saya., Imam Yusuf al Qaradawi:

الانتفاع بأفضل ما في تراثنا الرحب المتنوع: من ضبط الفقهاء ، وتأصيل الأصوليين، وحفظ المحدثين،وعقلانية المتكلمين،
وروحانية المتصوفين،ورواية المؤرخين، ورق الأدباء والشعراء، وتأمل الحكماء، وتجارب العلماء مع العلم بأن هذا التراث
كله غير معصوم فهو قابل للنقد والمراجعة والمناقشة والترجيح والتضعيف، ولكن الأمة في مجموعها لا تجتمع على
الضلالة
Renungi kata-kata Imam ini sebagai pedoman.

Fauwaz Fadzil Noor

Golongan Minoriti Islam


Golongan Minoriti Islam

Saya diminta oleh seseorang pembaca blog untuk menulis golongon minority bukan Islam di dalam negara Islam yang ditulis oleh dr Qaradawi di dalam kitabnya Addin wassiayah.
Dengan nama Allah ,saya menulis:
Dalam bab kelima, Imam membicarakan tentang syubhat syubhat yang ditimbulkan oleh golongan pembaharuan ala barat dan orientalis terhadap Islam bahawa negara menzalimi golongan minority bukan Islam khususnya kepada kristian berdasarkan kepada tabiat Islam itu sendiri. Ia berlaku kepada beberapa perkara:
1- Islam melabelkan orang –orang bukan Islam sebagai ahli zimmah dan meletakan mereka ketaraf yang rendah didalam masyarakat.
2- Mewajipkan mereka membayar jizyah(cukai)
3- Mengenakan undang undang Islam terhadap mereka di mana mereka tidak berimanpun terhadap undang undang tersebut.
4- Menghalang mereka untuk jawatan-jawatan yang penting di dalam negara.

Imam menjawab terhadap tuduhan yang pertama dengan berkata dan saya huraikan secara ringkas:
Zimmah bermaksud jaminan dan perjanjian iaitu bererti mereka golongon ahli zimmah berada di bawah jaminan Allah,Rasul dan jamaah Islam. Tidak boleh secara syarak orang Islammembatalkan perjanjian tersebut dimana perjanjian tersebut menjaga segala hak-hak golongan bukan Islam.
Sekiranya golongan ahli zimmah merasa tidak gembira dengan gelaran ahli zimmah tidak menjadi masalah dilabelkan istilah yang mereka boleh terima seperti penduduk negara ataupun dinamakan rakyat.
Jadi kesimpulannya tidak timbul masalah penghinaan terhadap istilah ahli zimmah bahkan ia lebih kepada penghormatan.
- Kemudian Imam menjawab persoalan kedua iaitu masalah jizyah atau cukaia dikenakan kepada golongan bukan Islam.

Imam menyatakan jizyah yang dikenakan kepada golong bukan Islam itu adalah bersifat pembalasan iaitu menjaga hak-hak dan dan menpertahankan mereka daripada sebarang kekacauan. Begitu juga mereka tidak diwajipkan berjihad syarie . Bebaliknya sekiranya mereka turun berjihad iaitu mereka turun berperang menjadi askar untuk membela negara maka gugur jizyah daripada mereka.
Imam berkata lagi, sekarang ini jizyah boleh digugurkan kepada minority bukan islam kerana mereka telah menyertai kursus tentera yang diwajipkan kepada mereka.( ini merujuk kepada negara-negara arab atau seumpama dengannya.
- Kemudian Imam menjawab syubhat ynag ketiga mengenai golongan minority ini diwajibkan berhukum dengan hukum-hukum agama sedangkan mereka tidak beriman pun.

Imam menjawab: Hukum-hukum agama tidak pernah sekalipun diwajipkan kepada golongan bukan Islam,mereka tidak diwajipkan solat,puasa, zakat haji dan seumpamanya, begitu juga dengan perundangan rumah tangga,mereka dbiarkan berhukum dengan undang-undang mereka.
Dan sejarah telah mencatatkan bahawa golongan kristian mempunyai mahkamah mereka sendiri dizaman pemerintahan Islam dulu.
Adapun undang-undang civil dan jenayah mereka sama sahaja disisi undang Islam di dalam pemerintahan kerana menyama ratakan kedudukan rakyat di dalam negara.
Dan undang-undang selalu bersama majority sepertimana di dalam demokrasi dengan syarat tidak ada unsur kezaliman di sana.
Sambil memperingatkan bahawa sebahagian undang jenayah seperti hukuman minum arak tidak dikenakan kepada golongan bukan Islam kerana mereka beriktikad halal.
Begitu juga disana terhadap khilaf dikalangan ualam mengenai perlaksanaan hudud terhadap golonagn bukan Islam, dan Imam cenderung kepada mengambil pendapat yang paling ringan atau lebih luas bererti tidak tidak mengenakan hudud kepada mereka dan serahkan kepada untuk mengenakan hukuman.
-kemudian Imam menjawab persoalan pengharaman golongan bukan Islam di dalam jawatan negara.
Beliau menerangkan bahawa jawatan ini mempunyai pelbagai peringkat:
- Jawatan yang bersifat agama seperti menjadi Imam solat,ini memang hanya disandang oleh orang orang Islam kerana tabiat jawatan tersebut.
- Jawatan-jawatan yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji,ini dikhususkan kepada orang islam melainkan di sana terdapat pendapat ulama yang membolehkan orang bukan Islam bekerja sebagai amil zakat, ini adalah ketinggian toleransi Islam.
-untuk ringkasan, Imam qaradawi tidak menghalang golongan bukan Islam memegang jawatan yang sesuai dengan keadaannya dan berkelayakan seperti menjadi salah seorang pembantu presiden sekiranya penduduk bukan islam ramai seperti yang berlaku di Sudan.
Selain daripada jawatan ketua atau jawatan yang melibatkan agama tidak menjadi masalah untuk golongan Islam memegang jawatan seperti menteri.
Imam menyebutkan terdapat orang Islam di Syiria menteri di sana dan ramai lagi.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang bertoleransi dan reality memberi hak kepada semua manusia. Kepada saudara atau saudari yang meminta tulisan mendapat menfaat daripada terjemahan ini. Untuk mendalami permalahan ini boleh rujuk buku Imam Qaradawi mengenai hak-hak bukan Islam , boleh rujuk buku beliau yang lain iaitu Aqalliyat muslimah yang menghuraikan perkara lebih lanjut.

Wanita dan Hak Persamaan


Wanita dan Hak Persamaan

Baru-baru ini kita mendengar seminar hak kewanitaan yang dianjurkan oleh sisters in islam yang menyuarakan hak persamaan dengan lelaki seperti faraid dan sebagainya. Dijemputlah orang dari luar negara bagi membincangkan isu lapuk yang ditimpulkan golongan jahil dan kurang akal kerana membincangkan isu persamaan di antara manusia. Tajuk perbincangan pun menampakkan kebodohan mereka yang membincangan hak persamaan kerana hak persamaan ini tidak dibincangkan oleh orang-orang cerdik kerana sunnah kehidupan manusia ini berlainan tabiat ,kewajipan dan hak.

Cuba kita lihat dari sudut penyusuan dan hamil mana ada persamaan antara lelaki dan wanita kesemuanya reda apa yang dibahagikan oleh Allah. Cuba lihat dari sudut pakaian semuanya tak sama,tetapi tidak timbul pula hak persamaan. Sebab itu kita kata tajuk yang tepat ialah ialah mengiktiraf hak wanita dan member keadilan kepada mereka. Perkara ini sudah lama Islam membincangkan dengan mengangkat taraf mereka sebagai seorang ibu,anak dan adik atau kakak. Mereka diberi hak untuk memilih jodoh,memiliki barang,hak bersuara dan hak berkerja sekirangnya diperluakn oleh masyarakat,hak belajar dan sebagainya tidak agama lain yang memperlekehkan wanita. Lihatlah agama hindu,mahar wanita yang kena bayar dan lain-lain lagi tuntutan bagaimana mereka tak memberontak begitu agama yahudi yang memandang wanita tu syaitan,jadi siapa yangtak marah. Berlainan dengan Islam yang mengangkat darjat wanita sehingga syurag dijadikan dibawah tapak kaki mereka.

Sebenarnya fikrah meminta persamaan ini datang daripada barat yang menindas golongan wanita sehingga bangkit golongan wanita meminta hak-hak mereka sehinga membawa fikrah biarlah wanita bergantung pada diri mereka sahaja tanpa berhajat kepada lelaki. Sedangkan Islam menjadikan fikrah gabungan wanita dan lelaki itu satu keperluan kestabilan hidup. Cuba lihat proses kejadian manusia,tidak boleh berlaku persenyawaan melainkan daripada ovum dan sperma barulah menjadi manusia yang normal. Cuba lihat klon,ia tidak menghasilkan satu kejadian yang kuat dan mantap kerana berlaku diatas dasar satu pihal,ini baru proses kejadiaan,bagaimana pula dengan kehidupan.

Sebab itu saya mereka yang bersidang di Malaysia hari tersebut golongan jahil murakkab terhadap agama mereka sendiri,mereka tidak mampu berfikir dengan akal yang akedemik dan bebas melainkan mereka bertaqlid buta terhadap dunia barat dengan menngikut telunjuk barat. Sepatutnyamereka boleh didakwa di atas akta hasutan kerana perbincanagn mereka boleh membawa kepada keraguan umat Islam terhadap agamanya. Semoga Allah member hidayat kepada mereka dan kita semua.

Waktu Dan Ciri-Cirinya


Waktu Dan Ciri-Cirinya
Waktu adalah nyawa kita,seorang mukmin itu amat menghargai waktu di dalam mengerjakan perkara-perkara yang berfaedah. Di sini kita ingin menyebut cirri-ciri istimewa waktu dan masa seperti yang disebutkan oleh Imam Qaradawi.

Pertama: waktu ini cepat berlalu.
Waktu ini berlalu dengan cepat seperti berlalunya angin samada didalam keadaan gembira dan sedih dan waktu gembira ia lebih cepat berlalu. sekiranya dwaktu sedih ia berjalan perlahan berbanding waktu gembira,ini adalah perasaan seseorang pada hakikat waktu,hakikat waktu tetap berjalan dengan cepat.

Kedua: Sesuatu yang berlalu ia tidak boleh ganti.
Inilah cirri khusus waktu yang kedua di mana apabila berlalu hari atau masa maka adalah mustahil ia dapat dikembalikan. Berkata imam hasan al basri. Masa apabila berlalu maka ia tidak akan kembali.

Ketiga: masa adalah harta yang paling bernilai bagi seorang insan.
Apabila waktu ini cepat berlalu dan tidak boleh diganti maka ia adalah benda yang paling berharga emas dan perak dan kesemua jenis harta,sebab itu Hassan al- banna berkata “waktu itu adalah kehidupan”.

Maka wahai driku dan sahabat-sahabat renungkanlah kata-kata yang dibawakan ini. Mudahan kita tergolong daripada golongan yang menjaga waktu.

Keadilan Dan Ilmu Punca Kebahagian


Keadilan dan ilmu adalah sebab utama kepada kebahagian dan punca kepada mempertahankanya. Sebaliknya kezaliman dan penindasan adalah ibu segala punca kepada kerosakan dan kemusnahan. Inilah kata-kata Imam Mohd Abduh yang ingin menerangkan kepada kita betapa pentingnya keadilan dan ilmu di dalam mencapai kebahagian dan kejayaan. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.Apabila keadilan ditegakan,penyebaran ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar,tidak ada sekatan di sana kerana ilmu ini adalah bersifat berterusan tidak boleh disekat,sebab pelbagai kajian dilakukan,ia hanya sesuai dengan wujudnya suasana keadilan daripada kerajaan dan masyarakat.

Tetapi sebaliknya apabila kezaliman berleluasa,ilmu akan menjadi mundur,sekatan terlalu banyakk,banyak penipuan berlaku sehinggakan rakyat sering tertipu dan terus menjadi mundur sebab mereka disekat untuk mengetahui ilmu yang sebenar.
Cuba kita tengok dimalaysia,apabila banyak kezaliman oleh kerajaan,banyak kali rakyat tertipu,mereka diisi dengan benda yang karut dan seribu penipuan,banyak khurafat yang berlaku, Cuma mutakhir ini kebanyakan rakyat mula sedar tentang penipuan dan kezaliman kerajaan. Isa mula dituntut dihapuskan,kerajaan pun mula member respon dengan ingin mengadakan forum walaupun terdapat kata-kata menteri dalam negeri yang dianggap menipu dengan menyatakan kebanyakan rakyat menyokong isa. Kalau benar kata-kata menteri tersebut masih banyaklah rakyat kita yang masih bodoh. Tetapi kemenangan pas diterangganu menunjukan kata-kata menteri itu adalah pembohongan semata-mata.

Begitulah apabila kezaliman memuncak,rakyat diperbodohkan oleh kerajaan. Dengan itu marilah kita membina keadilan dan memperkuatkan ilmu dalam semua bidang agar kita semua mencapai kejayaan. Marilah kita membina masyarakat berilmu dengan itu keadilan dapat ditegakkan. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu saling membimbing kedua-kedua pihak kepada keadilan. Ustaz Fauwaz Fadzil

Risalah Wasatiyah 3


Risalah Wasatiyah

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid bertembung dengan aliran mazhab yang sudah lama bertapak dimalaysia.
Di mesir ini pula macam- macam aliran yang wujud,semunya mendakwa kebenaran masing-masing. Masing-masing berhujjah ada yang sampai boikot dengan sebab perkara yang tidak sebesar mana. Setiap aliran mencari pengaruh dan mencari pengaruh tidaklah salah secara mutlak sekiranya tidak ada kepentingan peribadi.
Sebagai satu cambahan idea, kita melihat kebanyakan yang wujud di dalam perkara yang ada didunia ia berubah seperti adat,ilmu pengetahuan ,system dan sebagainya. Jadi tidak hairan di dalam aliran pemikiran dan pendekatan pun akan berlaku perubahan.
Contohnya,kita ambil dimalaysia, apabila golongan muda membawa aliran salafi,banyak mengkritik amalan-amalan yang dilakukan oleh penduduk Malaysia seperti talqin,tahlil dan sebagainya,menimbulkan kontroversi, mereka ingin mengembalikan orang Islam kepada al-quran dan Sunnah tanpa taasub kepada mazhab.
Secara peribadi kita menyokong usaha untuk memperkasakan rujukan kepada Al-quran dan Sunah kerana ia lebih luas daripada mazhab dengan mengingatkan bahawa tidak mazhab di dalam Islam melainkan kesemuanya merujuk kepada Al-quran dan Sunah tidak ada satu pun yang terkeluar daripada sumber rujukan ini, ini dapat diketahui bagi siapa yang mendalami fikh muqaran dengan baik, kesemua mazhab ada dalil yang tersendiri.
Mazhab merupakan satu keperluan orang ramai untuk mengenal hukum hakam dengan mudah kerana mazhab bererti menghikayatkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan Sunah bukannya mencipta hukum. Cuma di sini kita pelu ingatkan bahwa bukanlah wajip sesorang itu bertaqlid kepada sesuatu mazhab tertentu , yang penting di dalam suatu masalah sesorang bertaqlid kepada mazhab dengan bertanya kepada ulama yang amanah.
Kadang-kadang sesuatu mazhab menyempitkan sesorang muslim di dalam sesuatu perkara maka di sana terdapat mazhab yang luas dan ringan hukumnya berbanding mazhab tersebut dan ia merupakan rahmat apatah lagi apabila disokong dengan dalil –dalil yang kuat.
Maka di sini, apakah ulama-ulama Malaysia sudah bersedia membuat persediaan untuk mengubah manhaj bertaqlid untuk orang ramai mudah melakukan ibadah mereka tanpa bercanggah dengan syariat dan ijmak ulama.

Kita tidak menyokong tindakan golongan yang menghina mazhab, bagi kita bermazhab itu lebih selamat daripada tidak ada mazhab kerana golongan itu bukan nya faham al-quran dan Sunah pun. Jadi elok mengikut ikut mazhab itu lebih selamat.
Berkenaan dengan aliran salafi kita menyokong aliran ini tanpa menyalahkan aliran khalafi yang dikenali sebagai golongan pentakwil dimana golonagn juga wujud hasil daripada pemikiran ualam-ulama yang besar seperti Imam Haramain,,Imam Ghazali dan sebagainya.

Cuma kita seronok dengan aliran keran ia lebih selamat dan dekat dengan amalam para sahabat. Tetapi perlu dingatkan ,bahawa salafi yang kitakan bukan wahabi yang menyatakan sifat-sifat Allah Taala yang mutasyabih itu adalah hakikat kerana ia akan membawa kepada tajsim bukan tajsim Cuma membawa kepada tajsim. Aliran salafi di sini bermaksud tidak mebincangkan sifat-sifat Allah yang mutasyabih dengan hanya menyerahkan kepada Allah Taala tentang maksudnya. Kita tidak dituntut untuk mengetahuinya.
Cuma ada beberapa keadaan kita berhajat kepada pentakwilan sifat-sifat Allah Taala seperti di dalam bidang dakwah dimana untuk tidak memeningkan kepala orang ramai dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Tanya kepada kuasa dengan syarat takwil itu tidak bercanggah dengan akal umum dan dalil syarie.
Tetapi perlu diketahui, bahawa pengajian tauhid seperti aliran takwil ini,kadang-kadang tidak sesuai kepada mereka keran ia tidak berpaksi kepada amalan hanya kepada pemikiran sahaja bahkan kadang tidak dapat membawa kelembutan jiwa.
Jadi kita perlu mencari alternative bagaimana hendak mengajar tauhid kepada orang agar mereka lebih dekat kepada Allah, bagi saya kita perlu memilih cara yang diajarkan oleh Al-quran dimana tauhid di dalam Al-quraan bukan setakat berbicara dengan akal bahkan dengan hati, hati tanpa akal tidak cukup,akal tanpa hati akan musnah, perlu digabungka kedua-dua alat ini.

Maka di sini saya menyatakan risalah wasatiyah amat penting disampaikan kepada masyarakat dia mana risalah ini mengambil faedah daripada semua aliran Islam tanpa sebarang taassub dengan menganggap kesemua peninggalan ulamak ini adlaah khazanah yang amat bernilai kepada kita di mana kita perlu mengambil yang terbaik daripada nya walaupun ia datang daripada muktazilah.

Umat Isalam adalah umat wasatiyah iaitu seimbang bukan sederhana, di mana seimbang ini beerti diwaktu perlu mudah kita permudahkan dan diwaktu perlu tegas kita bersikap tegas.
Bagi saya, tidak ada jalan lain melainkan kita kepada kepada risalah wasatiyah yang dibawa oleh Al-quran dan Sunah. Marilah kita mengkaji pemikiran wasatiyah untuk kita menjayakannya di dlaam kehidupan kita. Waallah a’lam.
Posted by Fauwaz Fadzil

Ulama Syariat Pemandu Umat


Ulama Syariat Pemandu Umat

Di dalam memikirkan terhadap siapakah tunjang utama di dalam memandu umat kita kepada kebaikan dunia akhirat. Tidak syak lagi ulama Islamlah yang menjadi nadi utama kepada penggerak masyarakat. Ulama yang mengetahui syariat yang mendalam dan mengetahui selok belok dunia agar tidak ketinggalan dalam membawa Islam sesuai disepanjang zaman dan tempat,merekalah pengerak umat.
Saya merenung lama terhadap perkara ini, bidang-bidang lain seperti kedoktoran,kejuruteraan,perakaunan dan sebagainya kos-kos ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah umat secara syumul dan lengkap tanpa memperkecilkan kos-kos tersebut yang mempunyai peranan besar di dalam membangunkan umat dan membantu agama Islam diterima oleh semua orang.

Tetapi di sana perlu di sana penggerak utama kepada umat,penggerak kepada hati,wawasan,semangat, gerakan dan seumpama dengannya yang dan perkara ini hanya boleh digerakkan oleh golongan yang mendalami syariah al-quraan dan sunnah sohih sebab ia adalah punca kepada kekuatan Umat islam. Pada pendapat saya,umat ini akan kembali kepada asalnya apabila meletakkan peranan ulama yang amilin dan moderat kepada tempat asalnya. Ulama yang membawa kepada akhirat dan tidak melupakan tanggungjawab terhadap dunia.

Saya katakana begini,berdasarkan pengamatan yang saya lakukan, tanpa merendahkan ulama-ulama bidang lain yang mempunyai peranan besar di dalam memajukan umat,Cuma kitakan ulama syarie ini adalah seperti garam di dalam makanan yang menyedapkan makanan tersebut. Berkata penyair:

Wahai ulama,garam kepada umat.

Tidak akan sedap makanan apabila garam rosak.

Maknanya, apabila ulama tidak memainkan peranan mereka dan tidak membawa manusia kepada Allah,maka akan rosaklah umat ini. Ayuh pelajar-pelajar ilmu syarie.perkuatkan semangat mendalami ilmu agama tanpa melupakan ilmu-ilmu dunia, kita mempunyai peranan yang besar didalam menggerakan umat,kita adalah nadi utama umat ini,kilaukan permata kita,setiap dari kita mempunyai permata yang tersendiri. Umat ini perlu kepada golongan menghidupkan akal dan hati ,tidak syak lagi ahli syariat dan dakwah lah yang mampu menggerakkan tugas ini.

Renungan Kata -Kata Ulama Berkata Imam Syafie


Renungan Kata -Kata Ulama Berkata Imam Syafie.

من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه.
Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

Berkata sebahagian ulama.
العلم رفيع المقام،شديد المرام، بطيء اللزام، لا يرى في المنام، ولا يورث عن الاباء والأعمام،فإنه شجرة تغرس في النفس، وتسقى بالدرس،ويحتاج طالبه إلى زيادة تعب وإدامة سهر، أفيظن من يقطع نهاره بالجمع وليله بالجماع أن يخرج بذالك فقيها؟ هيهات هيهات.
Terjemahan: Ilmu itu tinggi kedudukanya,satu matlamat yang cukup mencabar untuk mendapatkannya,memakan masa dan perlahan di dalam mencapainya, tidak boleh dilihat di dalam mimpi,tidak boleh diwarisi daripada ayah-ayah atau bapa-bapa saudara, ilmu adalah ibarat pokok yang perlu di tanam di dalam jiwa,disirami dengan mempelajarinya, penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam, apakah sesorang yang diwaktu siang dia berlepak-lepak dan di waktu malam dia bergaul atau berseronok dengan isteri dia menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali,amat jauh sekali. Ustaz Fauwaz Fadzil

Fiqh Islam


Fiqh Islam

Fiqh Islam adalah hasil dan natijah daipada pemikiran ulama-ulama besar dalam Islam yang bersandarkan kepada usul Islam iaitu Al-quran dan Sunnah bagi mengeluarkan hukum hakam.

Tidak wujud di dalam pendapat ulama kita terkeluar daripada usul syarie melainkan dalam kuantiti yang sedikit dalam keadaan mereka dimaafkan oleh Allah. Bagi pengamatan saya hamba yang kerdil ini,tidak ada pendapat-pendapat di dalam fikh islam melainkan ia bersandarkan usul syarak sama dalam bentuk khusus atau umum.

Mereka ulama Islam yang begitu ikhlas di dalam ijtihad mereka,mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah keran ijtihad adalah ibadah akal yang begitu tinggi nilainya di dalam Islam. Kalau kita melihat kepada khazanah fikh islam kita,kita menyakini bahawa ia adalah satu system yang mampu menyusun corak kehidupan manusia daripada ibadat sampailah politik.

Sesungguhnya fikh islam tidak jumud dengan permasalahan-permasalahan semasa, bahkan ia sentiasa berinteraksi dengan kehidupan dengan kekuatan yang asli. Ini kerana fikh islam merupakan satu system pada umumnya berubah mengikut keadaan semasa,zaman,adat,perubahan politik ekonomi,maklumat sains dan teknologi. Ini bukan bermakna fikh islam hanya mengikut rentak keadaan semasa dan tunduk kepadanya,sebaliknya ia menyusun keadaan semasa berlandaskan syaiat yang mulia.

Sebagai satu maklumat penting,terdapat perbezaan di antara syariat islam dan fikh islam,syariat islam tidak menerima perubahan sampai bila-bila,manakala fikh bersedia menerima perubahan dengan syarat ia dilakukan oleh ulama yang muktabar. Contoh syariat seperti solat lima waktu, puasa ramadhan,ia tidak menerima perubahan,dan fikhnya seperti adakah fatihah wajip atau tidak ,niat diwaktu malam di bulan ramadhan adakah ia wajip atau sunnat dan badakah boleh di niat waktu malam. Jadi kita melihat fikh ia terdapat khilaf di antara ulama dan syariat.

Kebanyak pertelagahan di antara di antara umat islam bukannya pada syariat tetapi pada fikh islam. Tetapi yang malang kita melihat kita menjadikan pertengkaran didalam masalah fikh sebagai satu punca perpecahanumat kita. Sedangkan kita mempunyai kaedah di dalam berinteraksi denga fikh atau mazhab di antaranya,

1: Tidak boleh menginkari dan menganggap masalah khilaf itu berdosa,iaitu orang yang berpegang kepada kewajipan berniat ketika wuduk,dia tidak boleh mengingkari penganut mazhab hanafi yang tidak berniat ketika berwuduk ,atau wanita yang memakai purdah dia tidak boleh marah kepada meraka yang tiidak berpurdah yang hanya bertudung kerana terdapat khilaf dikalangan ulama dan menganggap orang tidak memakai purdah itu berdosa.

2: Sekiranya terdapat kesusahan di dalam beramal di dalam sesuatu mazhab,seseorang itu itu mengambil pendapat yang lebih mudah untuk diamalkan kerana taisir.bukan untuk bermain-main.sebaliknya dia diuji.

Bagi saya,kebanyakan pendapat –pendapat ulama adalah tepat dan boleh diamalkan walau[pun berlainan mazhab kerana bertaqlid kepada satu mazhab adalah tidak wajip sebaliknya perlu ada mazhab ketika beramal di dalam sesuatu masalah, dan boleh bertaqlid kepada mana –mana mazhab islam selagi ia tidak merosakkan syariat. Pendapat yang menyatakan talfiq adalah harus adalah pendapat yang kuat selagi mana tidak membawa kepada keruntuhan syariat dan tidak mengikut hawa nafsu atau bermain-main dengan syariat, kerana ia(talfiq) boleh mengurang ketaasuban mazhab dan memberi kemudahan kepada hamba-hamba Allah Taal,sesiapa yang ingin mempelajari fikh secara begini bacalah kitab fikh sunnah oleh syeikh said sabik.

Cara begini bukanlah bermasuk kita anti kepada mazhab-mazhab islam,bahkan inilah satu cara penghormatan kepada semua mazhab islam yang membawa kita kepada Allah. Membuka pintu ini adalh merupakan satu kerja mulia bagi penndapat saya kerana ia mencerminkan Islam yang mulia dan mudah.

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Malaysia,pertengkaran berlaku di dalam perkara-perkara kecil sehinggakan membawa kepada perpecahan. Cuba tengok masalah talqin, tahlil,pertangkaran yang berlaku seolah-olah ia adalah asas kepada agama sedangkan ia adalah perkara tahsinat bukan daruri atau hajiat.kalau tidak dilakukan pun tak mudharatkan agama kalau buat pun tak salah. Cuma yang salah apabila kita menjadika ia sebagai perkara wajip yang perlu dilaksnakan. Tidak boleh perkara sebegini dijadikan wajip. Jadi janganlah duk marah orang yang melaukan talqin atau tahlil. Sebab bagi saya,perkara-perkara sebegini paling kurang ia adalah harus. Jadi perkataan masyru’ sesuai digunakan dalam masalah ini daripada dikatakan sunnah untuk mengelak kumpulan madiyun(wahabi) marah. Tidak ada masalah di dalam istilah.

Sebenarnya,kita perlu membincangkan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat,kita mesti memikirakan apakah penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka di dalam kehidupan,pemikiran ekonomi yang boelh yang menjadikan mereka bergerak lebih maju daripada menyibukkan mereka kepada perkara yang tidak menghasilkan faedah yang banyak. Inilah perkara yang perlu difikirkan,bukan saya nak kata tak boleh bincang langsung cuam jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai agenda utama dakwah. Kita perlu mengajar manusia memahami Islam yang sebenar,bagaimana berinteraksi dengan al-quraan dan sunnah,bagaimana hendak masyarakat,mengajar manusia kearah berlapang dada kalau ada pendapat berlainan yang tidak diterima oleh sesebuah penduduk. Janganlah kita menjadi diktator di dalam mengemukakan pendapat.

Maka di sini kita nyatakan,fiqh islam adalah satu sitem yang memudahkan orang ramai bukan menyempitkan,kalau terdapat pendapat yang susah di dalam suatu mazhab di sana terdapat pendapat-pendapat yang lain memudahkan.sesiapa yang membaca buku-buku fikh islam daripada pelbagai mazhab dia akan mendapati apa yang saya katakan.

Cuma saya katakan di sini,bukan semua orang mampu untuk menguasai fiqh dengan baik atau menjadi faqih,ia adalah pilihan daripada Allah,maka sesiapa yang tidak menguasai fiqh dia perlu bertanya kepada para ulama untuk menngetahui hukum-hakam.

Insyallah kalau ada masa lain kali kita bincang lagi tajuk ini.insyaallah. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Permasalahan Fatwa


Permasalahan Fatwa

Fatwa merupakan satu kerja yang besar dan ia merupakan jawatan yang sandang oleh Nabi Muhamadصلى الله عليه وسلم.. Fatwa bererti member jawapan kepada perkara yang berlaku berdasarkan hukum syarie sama soalan itu diajukan oleh individu,jemaah atau pemerintah.
Mufti merupakan penjawab kepada fatwa dan hakikat sebenar mufti adalah mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum daripada sumber rujukan Islam tanpa bertaqlid kepada mana-mana imam. Selepas berlaku kemunduran didalam fikh Islam,mufti berubah kepada mufti muqalid yang berfatwa mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhabnya.
Apabila muncul semula kebangkitan fikh Islami kita dapati ramai mufti tidak hanya berfatwa kepasa mazhab mereka tetapi pendapat-pendapt yang diluar daripada mazhab mereka untuk tujuan menjaga maslahat.


Saya inginkan mufti-mufti yang tidak mencapai tahap mujtahid atau murajjih mempelajari talfiq di dalam berfatwa agar dia berfatwa mengikut kaedah talfiq, dengan sebab itu memudahkan beliau untuk berfatwa dengan pendapat yang mudah sebab fatwa terbina di atas dasar mudah dan menganggkat kesusahan.

Di sini kita ingin tekankan kepada golongan muda yang berani berfatwa sedanagkan mereka belum cukup ilmu di dalam fatwa agar berwaspada di dalam percakapan mereka. Kita melihat golongan remaja yang berani berfatwa dengan mengharamkan taadud jemaah islam yang berlainan dengan dengan manhajnya berani menyatakan perkara yang tidak nas yang sorih dan jelas mengharamkan penubuhan jemaah yang lain. Ada juja golongan yang mewajipkan memakai purdah,baju kurung,mereka tidak takut kepada Allah dengan membuang kenyataan yang berat di dalam fikh Islam. Begitu juga ada yang tidak membenarkan akhwat menaiki bas bercampur lelaki atas alasan sadduzzaraik tanpa melihat akubat yang akan berlaku. Kenapa mereka ini tidak berlajar daripada ulamak-ualmak yang besar dan hanya berguru-guru melayu dan akhirnya tidak membina generasi fikh yang mantap.

Saya melihat di mesir, tidak ada seorang pun yang mempunyai kelengkapan ilmu untuk berfatwa kerana kekurangan di dalam banyak sudut. Cuma tidaklah terhalang untuk mereka menukilkan fatwa daripada ulama-ulama yang thiqah sebagai istiknas. Bagi saya tidak menjadi masalah para pelajar berpegang kepada pendapat-pendapat masing selagi mana ia terbina di atas dasar ijtihad yang sohih.

Di kalangan pemuda kita juga kadang-kadang menjadi pemonopoli fatwa dengan menyatakan hukum fikh tidak boleh diambil daripada syiekh qaradawi,dia hanya boleh di ambil did lama bidang dakwah. Apakah fikh yang sebenar,mengajar student dengan melabelkan ulama mujtahid mutlak seperti syeikh qaradawi sebagai orang tidak boleh di ambil fikhnya. Alangkah malunya kepada badan-badan fikh islam sedunia yang mengambilnya sebagai bahan rujukan dan mengiktirafnya sebagai seorang mujtahid kemudian,kita menyatakan fikh tidak boleh di ambil daripadanya.

Begitu juga kepada ahli-ahli perubatan yang ingin membuat kajian terhadap sesebuah jemaah, janganlah anda memenatkan diri anda dengan perkara-perkara tersebut,sekiranya kamu menggunakan tenaga untuk mendalami ilmu perubatan yang luas dan mendalami ilmu-ilmu yang bersifat akhlak falsafah islam itu lebih baik kepada kamu,sebab perkara-perkara yang berlaku di mesir tidak lebih daripada khilaf yang berterusan sampai hari kiamat.

Saya menyatakan semua perkara di sini,,agar kita menumpukan kepada ilmu yang boleh membantu umat islam kepada kemajuan,hentinkanlah pertelingkahan menegnai jemaah,akidah salafi dan khalafi,mereka itu semua adalah ulamak-ulamak yang besar,ulamak ahli kalam ada jasanya, ibnu taimiah ada jasanya,kita perlu membina fikh yang baru untuk memahami Islam berdasar al-quraan dan sunnah serta kefahaman-kedaripada fahaman ulama salaf kita. Tumpukan masalah akhlak dan hati dan pelajaran.

Allah Taala memaafkan orang-orang yang berperang di jalan Allah daripada bertahajud, disebabkan mereka sibuk dnegna jihad. Begitu juga dengan kita ynag sibuk belajar dengan Ilmu syarie dan ilmu perubatan insyallah dimaafkan sekiranya tidak giat berdakwah atau tidak giat dalam persatuan. Marilah kita mengenal tanggungjawab masing-masing dan mengelak daripada menghentam sama sendiri. Binalah ukhuwah yang kuat di antara kita. Janganlah kita tertipu dengan ilmu kita masih sedikt dan berhajat kepada pengajian lagi. Waallah A’lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil

Related Posts with Thumbnails

Jom Ikuti Perbahasan Hangat Madrasah Wasatiyyah Pada :

Catatan Popular

Blog Archive

  • - *Risalah Rabbaniyyah 3(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)* Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikiran...
    6 tahun yang lalu
  • Bicara Jumaat 2 - Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal b...
    11 tahun yang lalu
  • Penggunaan Alkohol (al-cohol) - Soalan: Apa hukum menggunakan alkohol pencuci kulit dan perfume?Jawapan: Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah, kerabat dan sahabat Baginda s...
    12 tahun yang lalu
  • Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? - Mengapa Nak Ajar Membaca Awal? Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana ...
    12 tahun yang lalu
  • MENCARI PERUBAHAN - Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para *du’at *akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing m...
    13 tahun yang lalu

Jumlah Paparan Halaman

free counters

Cari Blog Ini